cuba carik lagu "melastik ke bintang- search" kat youtube tapi terjumpa band nih yang tengah perform lagu ni kat satu festival kat kuala..orang kuala mesti kenal kot dengan diorang ..tengok macam gitaris dia je yang menonjol..metallan ke nama dia..boleh tahan gak la main gitar..tapi mungkin band diorang tak sampai tahap boleh buat album lagi kot..tengok video lain siap perform kat jb lagi..jadi macam dah terkenal gak la..
Originally posted by kebayan at 10-7-2008 07:59 AM
ooooo... aku kenal mamat nie... kenal sesangat!!! tersangatlah kenal
ape mike nak tanye pasal die nie val?
aku bukan nak tanya pasal gitaris tapi band ni secara keseluruhan...band ni kiranya memang glemer le kat kuala ye..
rock kapak best pe. zaman penghujung 80-an, banyak lagu yang sememangnya best didengar. bila masuk era 90-an, mula la pengaruh muzik 'alternatif' masuk cucuk jarum.
memang betul...apasal diorang takleh buat lagu macam lagu zaman 80an dulu ye..padahal masa tu m nasir yang banyak cipta lagu untuk search..wings..alleycats..dll..
m nasir masih hidup lagi sekarang dan masih aktif mencipta lagu tapi kebanyakan lagu dah takde kick sangat..dengar sekali dua dah boring..
tak kisah nak memperjuangkan rentak melayu tu..memang sokong sangat..tapi sekali sekala buat le lagu rock jugak..best apa m nasir buat lagu rock..rock jiwang pun tak kisah le
dok layan video klip rimba bara kat atas tu. walaupun bpr yang nyanyi asalnya, tapi video klip ni memang cun dapat bagi imbasan suasana/gaya/stail era rock kapak. dressing, posing, cara main/nyanyi, gaya, etc. complete!
citer pasal bpr dulu kebanyakan lagu bpr yang sedap2 semua awang bpr yang buat..mana le dia pegi sekarang ye..pencipta lagu ni pun ada expiry date gak ye..aku ingat selagi hidup boleh buat lagu ni...