View: 2431|Reply: 18
|
Epilog: Harga minyak naik bukan alasan pawagam sepi
[Copy link]
|
|
Oleh Akmal Abdullah
[email protected]RAMAI pihak dalam industri filem mula memberi alasan dua filem yang ditayangkan sebelum ini iaitu Pensil, Apa Kata Hati dan Sepi yang gagal mendapat kutipan box-office di pawagam disebabkan faktor ekonomi semasa, terutama akibat penstrukturan subsidi minyak petrol dan diesel serta harga barang keperluan yang semakin tinggi. Maka, menonton filem di pawagam bukan lagi perkara diberi keutamaan.
Apakah alasan ini logik? Sejak bila pencinta, peminat dan penonton filem Malaysia terlalu berkira untuk pergi pawagam disebabkan harga minyak naik? Kalau benar kenapa kita kita dapat melihat sebelum ini ada banyak filem juga yang lingkup di pawagam. SEdangkan pada masa sama ada juga filem yang mencapai kutipan lebih RM3 juta, RM4 juta dan RM5 juta, apatah lagi filem import seperti karya mega Hollywood juga sering mencapai kutipan lebih RM8 juta atau RM10 juta, malah filem Transformer pernah mencapai kutipan RM17 juta di Malaysia.
Alasan filem tak laku sebab harga minyak naik sekali dengar ada logiknya tetapi kalau disorot keadaan sebelum situasi kini, kebanyakan filem yang tidak laku di pawagam atau tidak mendapat sambutan memberangsangkan, bukan pula kerana faktor harga petrol atau barang keperluan naik. Banyak sebab lain menyebabkan filem tidak dapat sambutan.
Kita tidak boleh memberi kesimpulan dengan hanya dua filem cereka ditayangkan dengan tidak mendapat kutipan memberangsangkan di pawagam, ia disebabkan faktor harga minyak dan barangan keperluan naik memberi kesan kepada kutipan filem. Ini bukan jawapan positif sebaliknya satu escapisme untuk tidak mahu menyalahkan diri sendiri dan sentiasa untuk berani membuat perubahan ke atas filem tempatan.
Secara logiknya juga jika kita melihat suasana realiti semasa di kebanyakan bandar besar dan ibu negeri, gaya hidup masyarakat masih tidak berubah dengan ramai yang masih menggunakan kenderaan sendiri, selain kegiatan berbelanja di pasar raya mahupun pusat beli belah juga terus ligat. Begitu juga kebanyakan pusat hiburan, karaoke, kelab malam dan spa sentiasa aktif dan ramai pengunjung. Malah, ramai yang masih sanggup untuk beli kereta baru dan pergi melancong ke luar negara hinggakan ada tempahan tiket penerbangan untuk musim cuti sekolah pada bulan depan juga sudah habis ditempah.
Begitu juga mereka yang beriya-iya membuat demonstrasi protes harga minyak naik sedangkan orang sebegini tidak juga mengubah gaya hidup mereka, malah masih berbelanja seperti biasa dan makan di restoran mewah, malah ada yang sanggup memandu kereta sendiri datang dari selatan atau utara tanah air semata-mata mahu tunjuk emosi dengan menyertai demonstrasi. Apakah itu juga tidak membabitkan perbelanjaan?
Berbalik kepada filem tidak dapat sambutan di pawagam, ia perkara cukup subjektif sebab sebelum ini kebanyakan filem yang gagal mendapat sambutan atau kutipan tidak memberangsangkan bukan kerana faktor ekonomi semasa. Ia disebabkan elemen lain, iaitu mungkin faktor cita rasa, mood ke pawagam, cuaca, publisiti lemah, promosi lembap, persepsi terhadap filem tertentu atau pengarahnya serta kesan daripada cakap-cakap mulut orang di sekeliling mereka, selain kritikan dalam media massa serta paling ketara mutu filem itu sendiri yang mungkin tiada elemen menarik dan menghiburkan.
Apakah ada jaminan kalau harga tiket di pawagam dikurangkan RM1 atau RM2, ia mampu menjadi sambutan akan bertukar menjadi box- office dengan pencapaian kutipan RM3 juta?
Seperti filem Apa Kata Hati, kutipan kasarnya sekitar lebih RM900,000, iaitu jumlah yang sekadar boleh tahan, tidak seteruk kutipan filem lain sebelumnya seperti Jarum Halus yang meraih sekadar RM8,197, Akhirat (RM329,000), Kala Malam Bulan Mengambang (RM554,000) dan Pensil (RM13,000).
Walaupun filem itu adalah sentuhan Saw Teong Hin yang pernah menghasilkan filem epik lagenda, Puteri Gunung Ledang (PGL), Apa Kata Hati juga sebenarnya ada banyak kelemahan lain dari aspek cerita yang begitu ringan, selain elemen logik dan khayalan tidak seimbang untuk membolehkan penonton rasa dekat di hati mereka, selain gabungan pelakon yang tidak mantap dari segi komersiol dan konsep genrenya adalah biasa dalam kepompong cinta remaja yang plastik.
Sepi adalah karya terbaik Kabir Bhatia dan sentuhannya memang bagus kerana bukan sekadar paparan kisah cinta yang mendalam tetapi banyak memuatkan unsur psikologi. Tetapi gaya pengarahan, konsep persembahan dan genre Sepi sama dengan filem Kabir terdahulu, Cinta dan baru-baru ini ditayangkan filem sama dalam versi Indonesia, Love. Persepsi filem Kabir yang masih dalam lenggok sedemikian sebenarnya mengundang kebosanan penonton kerana beliau tidak tampilkan genre lain, selain judulnya Sepi juga sebenarnya tiada daya tarikan komersiol.
Filem Pensil arahan M Subash bagus dari aspek cerita masyarakat tetapi genrenya tidak sesuai buat masa kini. Sayang masyarakat malah ramai peminat filem tidak tahu pun kewujudan filem ini di pawagam, disebabkan publisiti dan promosi cukup lemah. Faktor lain juga disebabkan barisan pelakon filem ini adalah bukan komersiol, malah ramai tak kenal Subash meskipun dia membawa watak utama dalam filem ini.
Kata orang, jual filem bukan macam jual nasi lemak... |
|
|
|
|
|
|
|
pengakuan ikhlas aku: aku dah stop tgk wayang sbb nak jimat duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangke ade filem kutip bwh 10000 |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun x pandang dah panggung wayang skrg..
tiket wayang tu bleh wat belanja makan sehari.. lagi kenyang.. |
|
|
|
|
|
|
|
jarum halus tu filem apa?
tak pernah dengar pun.... patotla dapat 8k je.... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti yg tgk jarum halus tu forumner cari jek..sbb bung jami promo kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 mc_art's post
len macam je ayat ko nih...
pe masalahnyer neh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 debab_78's post
tak lah ..
aku puji cara debab cut cost ....
belanja yang mana perlu ...
bila wayang ramai dah slow ... impaknya kena la kat tokey2 wayang, pembikin2 filem ... tak masyuk la ..
gitula adanya |
|
|
|
|
|
|
|
rsnya lisa kurang 1-2 film je kot tgk dr dulu2
tak leh gak, kaki nih mesti nak gak ke cinema |
|
|
|
|
|
|
|
faktor utama:
filem SEPI & CINTA hampir sama. so orang tak nak tgk citer sama
tu jer |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah berzaman tak tgk wayang. aku pinjam jer VCD kawan2 yg beli. tu pun berlambak aku tak tgk
aku beli DVD citer korea wpun harganya mahal drp tgk wayang |
|
|
|
|
|
|
|
last aku tgk cite cinta kot.. jarang sgt tgk wayang sbb jauh hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 jac_diehard_fan's post
jauh??? wyg aq sblh skewl jew... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 Ustaz_SUFI's post
klu sebelah skolah.. ari2 aku pegi ni jauh tu yg malas tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 jac_diehard_fan's post
aq p0wn bawu gi td... tu p0wn ats deskn... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm kalau nak jimat duit
senang dload muvi ajer
lagi jimat duit ...
cuma nak tunggu kualiti yg ok memakan masa sket
tp berbaloi ....
tp cite melayu .. xtau kat ner nak cari
n x sure kualiti cam ner
|
|
|
|
|
|
|
|
aku still suka tengok movie kat panggung, sebab the wow factor you get from looking screen besar gedabak tu..
but its true, aku pun dah jarang nengok wayang, only yang aku benar2 mau nengok jer akan aku p panggung, the rest i rather wait sampai keluar kat tenet
nowadays aku tengok wayang hari rabu jer, sebabnya? hehehe movie days |
|
|
|
|
|
|
| |
|