View: 3322|Reply: 24
|
Perak Jadi Bandar Volkswagen Pertama Di dunia -
[Copy link]
|
|
12 Julai, 2008
Perak Berhasrat Wujudkan Bandar Volkswagen Pertama Di Dunia
IPOH, 12 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak bercadang memajukan sebuah bandar bertaraf dunia sempena jenama kenderaan Volkswagen (VW) sebagai satu produk pelancongan yang diminati di seluruh dunia, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata bandar VW yang pertama di dunia itu akan menawarkan kepelbagaian gabungan berkaitan dengan kenderaan buatan Jerman itu.
"Memandangkan pertambahan peminat yang kini menjadi pengumpul kenderaan jenama ini di serata pelosok dunia, adalah tidak mustahil bandar pelancongan ini dilengkapi dengan perkhidmatan membekal alat-ganti dan sebuah galeri pameran jenama itu.
"Mungkin akan ada sebuah bengkel dan makmal bagi peminat untuk mengkaji kehebatan kenderaan VW yang tahan lasak dan usia yang panjang ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Volkswagen Ipoh 2008 di Dataran Ipoh di sini Sabtu.
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai lokasi sesuai untuk tujuan itu dan bila bandar VW itu boleh diwujudkan, Mohammad Nizar berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Jawatankuasa Pelancongan negeri dan pihak berkaitan terlebih dahulu.
"Tetapi kita melihat ia mempunyai potensi besar bagi menarik kedatangan pelancong ke negeri ini termasuklah dari Jerman. Kita akan wujudkan sebuah kawasan di luar kawasan bandar raya yang serba lengkap dengan hotel dan restoran bagi semua pemilik dan peminat VW berhimpun," katanya.
-- BERNAMA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
rasanya ni thread ke 3 buka kat board Perak.. ni -
saya ingat lagi kawan2 kat sini.. lama saya tak masuk...
since last december or january.. ishhh lama juga tu --
ingat lagi gemukk... dan sepai leman.. neeziee etc...
anyway -- saya suka vw ni .. teringat masa sekolah dulu -
tibai kawan punya VW round2 KL.... pergi lake garden semua
ramai2... tak sangka perak jadi bandar VW yang #1 in the
world -
tahniah perak -
*saya pun ada sikit2 tempias sedara dengan perakians --
keluarga belah my dad - masih ada kat Taiping sana
juga changkat jering - |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 azz_azza's post
pink beetle? nice - -- ada pernah nampak rasanya -
yang saya naik dulu kawan punya - kalau purple -
dah jadi antique vw ni --- sapa ada - memang untung sangat - |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah, rumah gegerl besar
harapnya termakbul la impian perak jadi bandar volkswagon. menjana ekonomi rakyat setempat demi kemakmuran dinikmati bersama tak kira kaum, agama dan parti |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu kata diorang, memang gegerl menipu. aku setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
tak aci le gegerl puji diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
apa jadi ngan bandar proton? suda tenggelam kaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
kan hari tu ada resaksa mengamuk kat bandar proton... habih hancur semuanya. cuma kereta proton savvy je yang selamat. apaaaraaaaaa tarak tengok tv ka? |
|
|
|
|
|
|
|
kuala kangsar patut jadi bandar vespa lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa perlu taiping dan bukanya bagan serai?? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa perlu taiping dan bukanya bagan serai?? |
|
|
|
|
|
|
|
pertama kali.....
nama aku ada dalam senarai.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa pekdahnya ni? |
|
|
|
|
|
|
|
atau jadikan bandar manjung-lumut tempat keter sport.........
ada berani ka
|
|
|
|
|
|
|
|
bandar manjung-lumut tu kan ke sekarang ni dah jadi bandar askar-askar gay gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 Gemukkkkkkk's post
askar gay? apsal teman xtau......... kalu cam tu teman tuko le.. bandar sungai siput.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu kena tanya alinone kat thread manjung tu. dia biasa sangat la kehidupan stail gay ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|