CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3747|Reply: 14

Inilah Anggota PDRM

[Copy link]
Post time 18-7-2008 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Bertentang Mata: Kasih suami sejati urus isteri lumpuh

Oleh Haspaizi Mohd Zain dan Nor Fazlina Abdul Rahim


LUAH PERASAAN: Suriati menceritakan pengalamannya yang lumpuh sambil diperhati suaminya, Kamal semalam.


PENGHARGAAN khas diberikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, kepada anggotanya, Koperal Kamal Ismail, 33, kerana gigih menjaga isterinya, Lans Koperal Suriati Mat Ali, 29, yang lumpuh separuh badan sejak lima tahun lalu. Ramai tidak mengetahui ada anggota polis masih bertugas walaupun dalam keadaan kurang upaya. Wartawan Berita Harian, Haspaizi Mohd Zain dan Nor Fazlina Abdul Rahim, menyelami perasaan Suriati yang kini meneruskan khidmatnya sebagai anggota polis di Cawangan Komunikasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu. meskipun perlu berkerusi roda untuk ke pejabat setiap hari.


Apa yang menyebabkan puan lumpuh?


Sebenarnya ketika mengandung pada 2003, saya tidak hadapi masalah, malah bersalin pun secara normal. Masalah bermula selepas melahirkan anak. Ketika anak saya (Mohd Amirul Hakimi) berusia empat bulan, doktor mengesahkan saya mengalami masalah pada saraf tulang belakang.


Sebelum itu, saya sering rasa lemah dan tidak bermaya, malah tidak mampu berdiri lama. Selepas saya pengsan secara tiba-tiba ketika berada di rumah, saya menjalani pemeriksaan dan disahkan mempunyai masalah saraf. Empat bulan kemudian, saya tidak mampu berjalan, tetapi selepas tiga bulan, saya pulih sekejap. Bagaimanapun, sejak 2006, saya hilang keupayaan untuk berjalan hingga kini.



Bagaimana puan menerima keadaan ini?


Mula-mula saya memang tak dapat terima keadaan kerana dari kecil dapat berjalan seperti biasa. Lama juga untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Nak pergi mana-mana pun malu berdepan dengan masyarakat.


Hanya sokongan suami membuatkan saya memberanikan diri. Katanya, tak payahlah nak malu sebab orang lain ada yang nasibnya lebih teruk. Hidup saya bertuah kerana dapat suami seperti dia (Kamal). Kalau orang lain, mungkin ada yang lari atau tinggalkan isteri apabila melihat keadaan macam ini.



Apa yang puan mampu lakukan dalam keadaan sekarang?


Kerja rumah yang ringan saya masih boleh buat termasuk memasak dan melipat pakaian secara berkerusi roda. Yang lain, terpaksa bergantung kepada suami sepenuhnya.


KASIH SUAMI: Suriati terpaksa didukung oleh suaminya setiap kali untuk berehat di ruang tamu atau ke dapur ketika ditemui di rumah mereka di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

Walaupun lumpuh, puan terus berkhidmat sebagai anggota polis. Bagaimana memenuhi tanggungjawab ini?


Saya bekerja macam biasa. Saya hanya buat kerja pejabat dan tak macam dulu ketika normal. Mula-mula rasa kekok sebab selama ini sebagai anggota polis, kita bergerak ke sana sini. Tiba-tiba dalam keadaan macam ini, kita tidak boleh buat apa-apa, tetapi kini sudah dapat menyesuaikan diri.



Apa yang mendorong puan untuk terus berkhidmat?


Sejak menempuh nasib ini, saya banyak membaca majalah dan melihat pengalaman hidup orang lain senasib, mereka mampu berdikari dan berjaya dalam hidup seperti Ras Adiba Radzi walaupun hidup atas kerusi roda. Suami dan anak turut menjadi pembakar semangat saya terus berkhidmat, selain minat dan cinta mendalam terhadap bidang kepolisan selama ini.



Bagaimana puan menilai sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lumpuh ini?


Pada mulanya rasa janggal dan bimbang kerana menyangka mereka tidak boleh menerima kehadiran saya dalam pasukan dengan keadaan begini. Sangkaan itu meleset apabila mereka cukup memahami dan banyak membantu. Semua rakan sekerja di jabatan saya cukup baik, memahami serta banyak membantu. Malah suami tidak pernah menghalang saya terus berkhidmat.



Apa harapan puan terhadap masalah yang dihadapi ini?


Dalam hidup saya kini, tiada lain yang saya impikan melainkan ingin kembali berjalan seperti dulu, dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan sempurna seperti orang lain. Saya teringin berjalan kembali bersama anak-anak, dapat ke pasar raya dan berkelah bersama keluarga. Anak saya kini dijaga adik ipar apabila saya bekerja.


Walaupun kurang diberi harapan untuk pulih seperti sedia kala, saya tetap berdoa dan menaruh keyakinan untuk kembali berjalan. Saya kini menjalani latihan fisioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) setiap minggu.

[ Last edited by  mmc at 18-7-2008 08:08 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2008 08:01 PM | Show all posts
moga tabah menghadapi segala ujianNya...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2008 08:13 PM | Show all posts
Dalam kelembutan ada ketegasan



Oleh Siti Mariam Md. Zain



KENANGAN... Robiah Abd. Ghani pada majlis penyerahan tugas sebagai pemangku Ketua Polis Pahang daripada Datuk Ayob Mohamed (kiri) pada 8 Ogos tahun lalu.

SEBAIK dilantik secara rasmi sebagai Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abd. Ghani, 55, akur bahawa hari-hari mendatang yang bakal dilaluinya akan menjadi semakin sibuk.
揝ebagai timbalan ketua polis pun memang saya sibuk, tetapi suka atau tidak saya mesti bijak mencari masa untuk keluarga juga,
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 09:07 PM | Show all posts
Hu hu terharu aku..suami menjaga isteri yang lumpuh....semoga tabah menghadapi dugaan dan setiap kepayahan ada hikmahnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 01:07 AM | Show all posts
aku pun terharu & kagum dgn sikap si suami yg tabah. semoga Suriati pulih.

pun kagum dgn Datuk Robiah Abd. Ghani.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 03:11 AM | Show all posts
huhuhuhu muchi...
soalan nyer boleh kah aku menjadi suami seperti itu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2008 07:46 AM | Show all posts

Reply #1 mmc's post

sakit saraf tulang belakang? sigh.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 08:52 AM | Show all posts
  Berhati mulia orang yang sanggup berkongsi susah payah begini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 05:16 PM | Show all posts
tabik spring kat mamat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:05 PM | Show all posts
suami penyayang
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 10:39 AM | Show all posts

Balas #1 mmc\ catat

aku harap kalo ada jodoh pun, biarlah lelaki yg seperti ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2008 10:01 PM | Show all posts
kena tembak  pun semangat tinggi lagi

Shot but raring to return to duty
2008/10/31

[url=]KUALA LUMPUR: He may be warded, having been shot in the knee while trying to apprehend a suspect, but Lance Corporal Mohd Azlan Abdullah is raring to get back to work. "This is nothing to me. It is a small injury. It will not hold back my spirit," he said at his bedside at Kuala Lumpur Hospital.

The 24-year-old was shot early Wednesday and is now recuperating at the hospital following surgery to remove the bullet from his right knee.

"If anything, my spirit is higher now and I will continue to serve the force and become a better policeman. I have wanted to become a cop since I was a child."

Azlan joined the force five years ago and has since been serving at the Dang Wangi police station with the patrol car unit.

The second of three siblings, he was promoted to the rank of lance corporal two years ago.

Azlan was wounded in a scuffle with a suspect in Kampung Baru on Wednesday.[/url]


Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan (centre) and Kuala Lumpur police chief Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman visiting Lance Corporal Mohd Azlan Abdullah at Kuala Lumpur Hospital yesterday.[size=+0]

The suspect made a grab for Azlan's MP5 sub-machine gun, setting off a round which slammed into Azlan's knee, but he still managed to get his man, albeit with the aid of several residents.

Azlan's mother Azizah Mamat said the family was grateful to God that nothing serious happened to her son.

"What is important is that he is safe. My husband and I understand (the dangers of) his duty," said the 46-year-old housewife.

She, her husband Abdullah Jusoh, 54, another son and daughter rushed to the hospital from their home in Pasir Panjang in Kuala Terengganu when they were informed about the incident.

Yesterday, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan and Kuala Lumpur police chief Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman visited Azlan at HKL.

Musa said the man arrested by Azlan and his accomplice, who is still at large, were foreigners.

"We are investigating who rented the vehicle to the suspects and how they entered the country," he said.

Musa attributed the successful arrest of the suspect not only to Azlan but also to the "buddy system" employed by the force.

He said the system was the best way to protect the lives of police personnel.

Musa said the system, practised in any critical situation, allowed other policemen to assist their colleagues immediately.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 06:12 PM | Show all posts

Balas #12 mmc\ catat

tuh lah.. pegawai2 yg buat pemilihan pilih budak2 muda yg tak kuat.. lembik jerr jadi polis.. muka tak garang pon... lawan penjenayah sampai tertembak kaki sendiri... len kali pilih yg gagah2 sikit.. jgn mcm hang kebun jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:59 PM | Show all posts
[quote]Tuesday November 4, 2008
Big shake-up in police narcotics dept
By NELSON BENJAMIN

KUALA LUMPUR: More than 60 police officers, including an Assistant Superintendent, and personnel from the narcotics department have been suspended, demoted or transferred in a nationwide clean-up exercise.

Some were alleged to have close links with drug syndicates while others were said to be complacent and shoddy in their investigations.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said the order to remove them with immediate effect was part of his efforts to clean up the force.

It is learnt that more than 40 officers and men are from the Johor police contingent while the remaining are from the Kuala Lumpur and Penang police contingents.

揑f there is evidence to charge any of them, we will do so. They have had ample warnings.

揟he shake-up has been ongoing for almost two months and a task force is going around the country and identifying those who are giving us a bad name,
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 04:42 PM | Show all posts

Reply #13 schumacher's post

Aku seconded usul hang dan cuba bayangkan hang ni sama dengan avatar hang...memang cukup mantap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.068815 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list