View: 16383|Reply: 210
|
lelaki tak pilih rupa!!!
[Copy link]
|
|
Lelaki tidak pilih rupa
Kajian sangkal kecantikan tarikan utama pikat wanita
LONDON: Anggapan lelaki menilai wanita berdasarkan rupa paras semata-mata disangkal satu kajian baru yang mendapati wanita kurang menarik turut boleh menyebabkan hormon mereka meningkat.
Penyelidikan membabitkan sekumpulan penuntut lelaki mendapati paras hormon seksual 'testosterone' mereka meningkat ke tahap lebih tinggi sama ada bercakap dengan wanita muda yang didapati menarik atau seseorang yang mereka tidak begitu berminat.
Selepas 300 saat bersama dalam satu bilik dengan seorang wanita yang tidak pernah ditemui sebelum ini dan dalam sesetengah kes wanita berkenaan tidak begitu cantik, paras hormon testosterone lelaki bertambah kepada purata kira-kira lapan peratus.
Penulis kajian percaya, pertambahan dalam hormon itu mungkin secara automatik atau reaksi tidak disedari pada lelaki apabila berdepan dengan wanita, untuk menyediakan mereka bagi kemungkinan peluang menjalin hubungan.
Kajian berkenaan, yang disiarkan dalam jurnal Hormones and Behaviour, membabitkan 63 penuntut lelaki berusia 21 hingga 25 tahun yang tidak tahu tujuan penyelidikan.
Paras 'testosterone' diukur dengan contoh air liur dan mereka kemudian dibawa ke bilik lain oleh penyelidikan dengan alasan menyelesaikan teka teki sudoku.
Dalam bilik sama, seorang lelaki atau wanita lain kelihatan menyelesaikan masalah sama tetapi sebenarnya bersikap mendorong. Wanita pula dipilih berdasarkan kecantikan.
Mereka kemudian dibiarkan bersendirian selama lima minit. Peserta pendorong diminta berbual dalam keadaan biasa atau dibenarkan berdiam diri jika lelaki memilik untuk tidak bercakap. � Agensi
yup.. aku sokong.. ..kalu ghopa besa besa tak lawa mana pung pekerti ada adab ada, wokey aper!! hormone leh meningkat gak tawww!!... aku tak lak cakap aku main belasah aje sapa2 buruk ke comey ke... tapi... pada asasnya pada aku ghopa tu bukan nombor 1 ler utk naikkan testosterone aku nih..  |
|
|
|
|
|
|
|
sekali fikir, betul....
2 kali fikir, cam tak berapa betul....
1st impression tu memainkan peranan utk lelaki terus lekat mendengar... |
|
|
|
|
|
|
|
tak cantik, tapi mungkin exotic. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
dari mana dtgnya cinta,dari mata turun ke hati..org laki ni kalau jumpe awek cung tapi perangai huduh sikit tak pe bg dia..sbb derang kata,alah.. dah jadik binik aku esok2 tahulah aku nak mengajarnya...org pompuan pulak sesetengah tu setuju kalau dikatakan tak memilh rupa,yg laki tu hudoh sepang pon,gasak pi laaa. ...yg penting poket laki tu tebal & harta menimbun...romen kena pejam mate pon, pejam mate ajelaaa...  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by faraway at 21-7-2008 10:10 PM 
tak cantik, tapi mungkin exotic.
Exotic macam sumpah2 ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau orang lelaki takl handsome tak apa janji tak pendek dan hitam legam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 sarahmirza's post
'tak pendek dan hitam legam'..tetiba otak ku terpikirkan benda lain...  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sarahmirza at 21-7-2008 09:15 AM 
Exotic macam sumpah2 ke ?
sumpah sumpah tu binatang...
mana boleh sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 sofiajane's post
|
|
|
|
|
|
|
biasanya girl yg kurang cantik apb berkawan dgn lelaki mrk tak expect apa2 dlm perhubungan mereka.. the girls sekadar menjadi diri mereka sendiri.. mungkin itu yg menarik minat the guys utk terus berkawan atau tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 dianaris's post
adakah ini bermaksud girl yg cantik tidak menjadi diri sendiri apbl berkwn dgn lelaki??
heheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
adik lelaki sy selalu kutuk pompuan2 cantik yg control2 ayu depan dia...hihi
dia suke pompuan yang selamba jee....
pakai mekap pun tak kene gaya, dressing over pun org lelaki ni dia akan kutuk balik kat belakang....
last2 adik laki sy tu dpt bini yg biase2 je...wife dia gelap (hitam manis) contra dgn kulit dia....
dulu dia ader awek kulit putih comey...tp clash sbb dia kater perangai cam siutt... |
|
|
|
|
|
|
|
loose pun loose la .. janji geli. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
....and pigs fly, too  |
|
|
|
|
|
|
|
haku now ni kan..dok tergila2 lagik kat Michael.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|