CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25568|Reply: 62

pengunjung misteri kat rumah mona fandey!!!

[Copy link]
Post time 27-7-2008 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Pengunjung misteri rumah Mona

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan ZAINI SAMSU HADI



RUMAH Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong
dekat Raub yang dipenuhi semak-samun.




RAUB - Rumah tempat berlakunya kes pembunuhan ngeri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 bahagian pada 1993 kini dikatakan menimbulkan misteri kerana ada pengunjung menjelang tengah malam.

Diterangi cahaya lilin, sekali-sekala kedengaran seperti suara manusia walaupun amat perlahan tanpa diketahui berapa ramai yang berada di rumah yang terletak di Kampung Peruas, Ulu Dong itu.

Kemunculan penghuni misteri di rumah milik Maznah Ismail atau dikenali sebagai Mona Fandey itu dikatakan bukannya setiap malam, tetapi hanya pada malam-malam tertentu yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Siapa mereka, tiada yang tahu kerana penduduk lebih senang mengambil sikap berdiam diri kerana bimbang ia menimbulkan perasaan takut terutama di kalangan kanak-kanak.

Seorang penduduk tempatan yang ditemui, Abdul Hadi Fuad, 41, mendakwa, mereka yang pernah ternampak atau terdengar kedatangan penghuni misteri ke rumah tersebut tidak akan mengulas mengenainya.


SEORANG penduduk menunjukkan laluan ke arah rumah Mona Fandey.



"Kami anggap mereka yang datang itu hanyalah golongan penagih dadah atau pemuja nombor ekor kerana orang biasa tidak akan ke situ pada tengah malam.

"Keadaan rumah tersebut juga semakin hari semakin teruk dan kini dipenuhi semak-samun," katanya.

Menurut Abdul Hadi, walaupun cerita kes pembunuhan ngeri itu telah menjadi sejarah, suasana di kampung tersebut mengalami perubahan mendadak selepas setahun kemudian.

"Dulu kami tidak kisah hendak keluar malam untuk ke mana-mana tanpa ada halangan dan kenderaan pun banyak yang keluar masuk walaupun hari telah gelap.

"Sekarang senario begitu sudah tidak wujud lagi malah sebelum pukul 5 petang lagi, kampung ini sudah sunyi sepi dan anak-anak pun tak dibenarkan bermain di luar rumah," ceritanya yang tinggal selang tiga pintu dari rumah tinggal tersebut.

Kes pembunuhan ngeri itu telah menjadikan kampung tersebut dikenali ramai ekoran liputan meluas yang diberi oleh pihak media.

Pembunuhan itu dilakukan oleh seorang bomoh wanita ilmu hitam, Mona Fandey, 37, bersama suaminya, Nor Affendy Abdul Rahman, 36, serta pembantunya, Juraimi Husin, 23.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah membunuh ADUN tersebut dengan mayatnya dikerat kepada 18 bahagian dan semua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2002.

Sementara itu, ketua kampung berkenaan, Jamaludin Husin berkata, cerita-cerita mengenai wujudnya pengunjung dan cahaya tersebut tiada kaitan dengan perkara-perkara yang tahyul.

"Sebaliknya, kemungkinan besar mereka adalah penagih dadah yang mengambil kesempatan kerana tidak ada siapa yang berani pergi ke rumah tersebut pada waktu malam," jelasnya.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa memantau keadaan di rumah tersebut atau memusnahkannya sahaja.




    kalu dah rumah tu dulu simpan mayat kerat 18  benda2 jin tu harus la ada...  aku kalu bayar 10K pun tak nak aku tido sorang2 kat rumah mona nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 07:59 AM | Show all posts
last words dari Mona Fandey sblm dier mati
"aku tidak akan mati"
neh mesti dier nyer jin datang nak wat kecoh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 27-7-2008 07:55 AM
Pengunjung misteri rumah Mona

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan ZAINI SAMSU HADI


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0727/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg
RUMAH Mona Fandey di Kampung Peruas, Ul ...


dah mati pun ade peminat ek///
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:33 AM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

kalo RM10k, aku sanggup weh, deposit dulu RM5k dlm akaun aku....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:51 AM | Show all posts
..ish
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 27-7-2008 08:33 AM
kalo RM10k, aku sanggup weh, deposit dulu RM5k dlm akaun aku....


aku pung haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2008 10:40 AM | Show all posts
10k jer?..kalau 1mil boleh difikirkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 11:03 AM | Show all posts
budak2 seekers kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 03:56 PM | Show all posts
ada orang puja nombor tu agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 04:15 PM | Show all posts
dah jadi kawasan jin bertendang
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 04:38 PM | Show all posts
tempat pemujaaan kot.. nak nombor ekor..

[ Last edited by  jo_je at 27-7-2008 04:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 10:44 PM | Show all posts
mat pit duk isap dadah kat situ kot.. port baik punye
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 09:09 AM | Show all posts
ape da xde misterinye....
2 smua angkara spesis kite jg...
bkn makhluk dnia ln.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 09:34 AM | Show all posts
jangan2 misteri kanak2 hilang terjawab kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 11:49 AM | Show all posts
betul tu, tak semestinya paranormal
entah2 org isap dadah, buat maksiat kat situ.
elok le kalau robohkan aje, dari jadi tempat ular bersarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 11:50 AM | Show all posts
Mungkin petanda sarang penagih - Polis

Oleh ZAINI SAMSU HADI



KERATAN Kosmo! Ahad semalam.

KUALA LUMPUR - Kawasan rumah tempat berlakunya pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 bahagian sebenarnya sudah lama tidak dikunjungi orang.

Ketua Pondok Polis Pamah Kulat, Lans Koperal Wan Mohd. Rosdi Wan Mohd. Nor bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia menarik perhatian penagih dadah.

Namun sejak beliau bertugas tiga tahun lalu, belum ada tangkapan dibuat di situ.

Menurutnya, waris tanah itu juga tidak pernah berkunjung meskipun untuk membersihkan kawasan peninggalan tapak rumah itu hinggalah keadaannya sudah bertukar semak.

"Memang ada orang kata kawasan itu dah jadi tempat penagihan dadah tetapi bagi aktiviti pemujaan, kita tidak terima maklumat,'' katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! Ahad semalam mengenai terdapat pengunjung misteri yang dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat di tapak rumah berkenaan pada waktu malam.

Menurut laporan itu lagi, kemunculan penghuni misteri di rumah itu dilihat pada malam-malam tertentu sahaja dengan kedengaran suara manusia serta cahaya seperti lilin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 11:51 AM | Show all posts
port lepak mat pit kot..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 01:23 PM | Show all posts
mat pit nih lepak2 kat situ...port baik...jin pun x berani nak kacau mat pit....hehhe
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 02:03 PM | Show all posts
thoyol kot ngan geng2 dia tgh wat research
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 02:30 PM | Show all posts
seeker pernah tak buat shooting kat tmpt ni? klu ade teringin nak tgk. mesti syok neh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.066745 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list