View: 29479 | Reply: 15
Nelydia Senrose minta ruang perbaiki diri, belum berhenti usaha jadi manusia lebih baik - "Saya tak nak ulas lanjut mengenai perkara (penampilan) ini"
[Copy link]
LAMA mendiamkan diri susulan terpalit kontroversi kembali tidak berhijab, pelakon Nelydia Senrose akhirnya tampil bersuara mengenai isu berkenaan.
Menjawab mengenai perkara itu, Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, hanya meminta diberi ruang untuk menjadi manusia lebih baik.
"Macam saya pernah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba menjadi manusia lebih baik.
"Saya tidak komen lanjut tentang itu, saya rasa itulah jawapan daripada saya," katanya kepada mStar.
Nelydia berkongsi perkara itu ketika ditemui sesi fotografi promosi drama Seindah Hujan Cinta yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa.
Dalam pada itu, dia juga berharap peminat dapat mendoakan terbaik buat dirinya berhubung penampilan dirinya.
Malah ketika ditanya tentang pelbagai kritikan yang diterima, Nelydia memilih untuk tidak mengulas lanjut perkara itu.
"Jadi saya harapkan orang ramai supaya saya menjadi lebih baik, saya tahu doa-doa itu akan berbalik kepada diri mereka semula.
"Saya tak nak ulas lanjut mengenai perkara (penampilan) ini," luahnya.
Sementara itu, Nelydia bakal membintangi drama Seindah Hujan Cinta selepas setahun tidak muncul di televisyen.
Nelydia berkata selain skrip yang menarik dia juga ingin melepaskan rasa rindu terhadap lakonan menerusi drama tersebut.
"Watak ini sangat berbeza dengan pernah saya bawa sebelum ini. Nak kata antagonis itu mungkin tetapi ada dark side.
"Drama menarik, bayaran setimpal dan saya juga rindu hendak berlakon," luahnya.
VIDEO
Sumber ; mStar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
1
View Rating Log
Okeh aje nely..asal jgn dressing mcm peah barkoba gedik terjojol sana sini udah le..nelly ni iols rasa mcm sopan juga khen..at least lepas kawin la..xde menyeksi bagai
Yg ni org tak hencap sgt sbb masa free hair baju agak decent. Gossip liar pon takde cuma time berlakon ngan mamu watak agak gedik.
Ok kah dgn laki sheols
Mcm fasa rebel je
Perasan gak muda2 freehair pergi haji, terutama utk tuntutan kerja, mula2 balik tu bertudung. Years after mcm taknak pakai tudung. Iman ada turun naik.
Sheols pi Haji dgn laki ke dlu ? Pakej mhl ?
lawanya lah dia ni
dah start berlakon balik ek
ye...pergi 3 tahun lepas
pakej RM100K, bukan paling mahal mcm tok RI
ayat cliche retis..skit2 suruh netijen sangap berdoa..doa la sendiri
Sheols masih dengan laki dia ke?
Lorrrr x pakai tudung x semestinya x baik...asal bertudung je baik??
dia bersomi biar la somi dia tanggung apa yg dia buat..takyah kalut2
die ni lawa betul..suka tgkk... lagipun die sopan jer.. tk jadi hencap
ustaz kat sekolah anak i pun selalu pesan macamni kat pelajar2 terutama pelajar lelaki. katanya jangan suka2 nak judge perempuan yang tak pakai tudung. tak pakai tudung tak semestinya jahat. yang pakai tudung pun tak semestinya baik.
i suka ustaz macamni