View: 23702|Reply: 0
|
Nikita Mirzani dituduh bersekedudukan dengan kekasih di Paris
[Copy link]
|
|
Nikita Mirzani bengang dituduh bersekedudukan dengan teman lelakinya iaitu Matthew Gilbert ketika bercuti ke Paris, Perancis baru-baru ini.
Menyangkal dakwaan tersebut, Nikita, 39, menjelaskan percutian itu bukan hanya bersama Matthew tetapi disertai rakan-rakannya yang lain.
"Saya berdua-duaan dengan Matthew di Paris itu fitnah. Saya tidak pergi sendiri. Saya ke sana dengan sebelas orang rakan-rakan yang lain.
"Saya bawa adik dan teman lelakinya serta rakan-rakan saya. Anak-anak saya pun saya bawa.
"Jadi, berita itu adalah fitnah. Kamu tidak boleh fitnah, saya ada bukti," katanya.
Rata-rata netizen tampil memberi sokongan kepada selebriti itu dengan menegaskan agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.
"Kasihan dia, yang memfitnah tidak mempunyai bukti.
"Mereka fitnah hanya kerana Nikita sedang bermasalah dengan anaknya, sangat menjengkelkan," komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|