View: 13830|Reply: 59
|
kisah benar kehancuran sebuah rumahtangga
[Copy link]
|
|
inilah kisah sebuah rumah tangga yang hancurrr....
ramai yg bertanya punca perceraian,so bacalah di sini...
kisah ini dipaparkan oleh Puan Maimunah di ruangan DCCK
KISAH BENAR
24 Oktober 2004 / 10 Ramadan 1425 MINGGUAN MALAYSIA.
Mentuaku macam Nyonya Mansor KISAH yang dibentangkan minggu ini amat menarik. Ia merupakan luahan hati seorang suami yang mendakwa bahawa dia telah bercerai secara paksa oleh mentuanya setelah dia menghadapi masalah kewangan dalam perniagaan yang diusahakannya.
Katanya kalau sebelumnya, kehadirannya dalam keluarga isterinya disukai walaupun bukan 100 peratus, tetapi setelah dia menghadapi masalah dalam perniagaan yang menjadi periuk nasinya, dia mula dibenci dan tidak disukai. Namun pada mulanya bukan ditunjukkan secara jelas, secara tidak langsung akhirnya hubungan mereka terhakis.
Cerita ini dihantar melalui e-mel oleh Kay dan setelah kami berbual dua kali di telefon, saya menjadi faham hasrat hati beliau yang terpaksa berpisah atas desakan keluarga isterinya walaupun dia sendiri tidak mahu bercerai, kerana teramat sayangkan tiga orang anaknya yang masih kecil.
``Saya terpaksa menjatuhkan talak ke atas isteri saya, Ida yang amat saya sayangi di Mahkamah Syariah walaupun saya tidak hadir di mahkamah, sementara Ida cuma diwakili oleh peguam.
``Sebagai manusia saya terpaksa menerima perceraian itu dengan hati terbuka walaupun hati kecil saya menangis dan saya tidak dapat menahan rasa kecewa yang amat sangat. Namun saya terima juga takdir yang telah ditentukan ke atas saya.
``Lebih sedih lagi kami baru sahaja berkahwin kira-kira empat tahun dan semasa kami bercerai anak saya yang kecil baru berusia 5 bulan. Yang mengecewakan saya perceraian ini terjadi kerana campur tangan orang ketiga iaitu ibu bapa mentua dan ipar-ipar saya. Mereka telah menghasut dan memfitnahkan saya kepada Ida supaya minta cerai.
``Saya amat sayangkan Ida, kata orang kita baru nak mula bercinta sebab perkahwinan kami pun bukan bercinta macam orang, sekarang, dua bulan berkenalan terus kahwin. Sebab antara kami ada kesesuaian. Tambahan pula saya memang mengimpikan kasih sayang seorang ibu dan nasihat seorang ayah, kerana saya dibesarkan oleh datuk dan nenek setelah ibu bapa saya meninggal dunia semasa saya kecil dahulu.
``Pendek kata, saya memang sayangkan ibu bapa mentua saya, saya mahu mereka menjadi ibu bapa saya hingga ke akhir hayat dan saya berusaha menjadi anak menantu yang baik kepada mereka. Mendengar nasihat tetapi tidak begitu tindakan mereka kepada saya.
``Tetapi manusia merancang, tuhan menentukan, ketika usia perkahwinan kami baru dua tahun, perniagaan saya mengalami kemerosotan. Pelbagai cara saya lakukan untuk memajukan lagi perniagaan saya tetapi tidak berjaya. Tambahan pula Ida ketika itu seorang lulusan ijazah dari sebuah universiti tempatan masih belum bekerja lagi.
``Apabila perniagaan menghadapi masalah, orang mula pandang serong, pelbagai fitnah dilemparkan, antara yang menyakitkan hati dan membuat hati isteri saya terusik juga, mereka mendakwa saya tak izinkan Ida bekerja, sedangkan saya sendiri berusaha keras menghantar Ida ke merata tempat untuk menghadiri temu duga, tetapi rezeki masih belum memihak kepada Ida untuk mendapat kerja lagi.
``Malangnya bila Ida tak dapat kerja mereka menyalahkan saya konon tak bagi Ida bekerja. Saya bukanlah kolot sangat atau nak kawal isteri mesti duduk dalam rumah sahaja, tetapi dia belum ada rezeki lagi. Takkan nak salahkan saya. Sebenarnya saya rasa mereka merasa rugi anak mereka sudah berpelajaran tinggi tapi masih belum bekerja itulah yang menjadi kerisauan mereka. Mungkin mereka nak kutip hasilnya.
``Dalam pada itu saya perhatikan keluarga Ida terutama ibu mentua saya ini suka sangat percaya pada benda-benda karut, seperti tangkal, jampi serapah dan sebagainya. Sebagai seorang bekas pelajar lulusan agama, dan pernah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Mekah cuma tak berjaya mendapat ijazah saja, saya rasa saya cukup tahu serba sedikit bab agama, jadi saya cuba nasihatkan keluarga mentua saya ini supaya jangan lagi mempercayai benda-benda karut tersebut, malangnya mereka menempelak saya dan melarang saya mencampuri urusan mereka.
``Sebagai orang yang tahu dalam selok- belok agama walaupun tidak banyak saya fikir saya perlu menasihatkan mereka supaya perbuatan tersebut tidak berterusan, sebab dikhuatiri mereka boleh tersalah akidah, malangnya pandangan saya disalahertikan.
``Sebaliknya mereka memarahi saya balik, malah mereka anak-beranak pernah datang ke kedai saya dan menyerang saya dengan perkataan yang buruk dan kurang manis di dengar, namun sebagai menantu, saya cuba menasihat mereka supaya lebih bersopan kalaupun marahkan saya. Bagaimanapun saya tetap berhubung baik dengan mentua saya walaupun respons daripada mereka terhadap saya tidak mesra lagi.
``Ketika Ida hendak bersalin anak ketiga, saya hantar dia balik ke rumah ibu bapanya seperti yang Ida kehendaki, tetapi saya amat terkilan sekali, kerana itulah kali terakhir saya dapat bermesra dengan keluarga, dengan isteri dan anak-anak yang masih kecil. Kerana selepas bersalin Ida ditegah pulang ke rumah saya dengan pelbagai alasan.
``Sebaliknya mereka mula menggalakkan Ida mencari kerja secepat mungkin di negerinya supaya tidak payah lagi pulang ke rumah saya. Lebih mendukacitakan selepas itu mereka menggalakkan Ida supaya membuat tuntutan cerai daripada saya.
``Dalam keadaan perniagaan semakin merosot, isteri pula dengan desakan mentua menuntut cerai, saya merasa cukup sedih dan kecewa, saya sering tidak dapat menahan air mata bila memikirkan nasib tiga orang anak saya yang masih kecil itu.
``Saya kesal menghantar mereka pulang, kerana ia memberikan peluang kepada mentua saya menghasut Ida menuntut cerai dan menggalakkan dia mencari kerja. Tetapi saya terpaksa ikut kehendak Ida yang mahu bersalin di rumah ibunya.
``Bayangkan ketika masih dalam pantang mentua saya dah bawa Ida ke mahkamah syariah membuat tuntutan cerai. Cuba pembaca bayangkan perasaan saya ketika itu, apakah tindakan mereka itu patut atau sebaliknya, lagipun antara saya dan Ida tak ada masalah, sebenarnya mereka sengaja nak memalukan saya kepada jiran tetangga dan kaum keluarga saya di kampung.
``Sampai sekarang saya masih menganggap perceraian kami adalah kerana campur tangan mentua, saya fikir cuma dalam filem P. Ramlee sahaja ada ibu mentua garang macam Nyonya Mansor, rupa-rupanya zaman moden sekarang pun ada. Malah lebih dahsyat lagi daripada Nyonya Mansor. Lebih sedih lagi mereka sanggup menyuruh Ida membuat laporan polis mendakwa saya ingin memarang mentua saya.
bersambung.....
[ Last edited by saatcham at 6-8-2008 08:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ooo. kisah..Ni le kisahnya?
Sedih eh.. Sekarang ni buat apa? Iyala tadi kat thread lagi satu kata dah miskin..
Ke aku salah baca?
Ada gak ye kisah cam gini.
Usaha lah tanpa putus asa. Allah belum nak bagi.. Bukan u ajer yang di duga..
Kalau ini kisah u sebenar, silap silap your x wife punya kisah lagi sedih..
Teruskan berdoa. Buat amalan mathurat ke. Allah dah pilih u untuk ujian ini,
bermakna, memang u adalah orang yang kuat untuk menerimanya..
Doa aku, satu hari nanti sinar itu akan menjelma jua untuk korang sekeluarga
disatukan semula. Tidak ada yang mustahil. Amin.:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
apa kesudahannya yerk kisah ni.. besar ni dugaan orang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by imk at 6-8-2008 06:45 PM 
ooo. kisah..Ni le kisahnya?
Sedih eh.. Sekarang ni buat apa? Iyala tadi kat thread lagi satu kata dah miskin..
Ke aku salah baca?
Ada gak ye kisah cam gini.
Usaha lah tanpa putus ...
Benar Tuan,aku memang usahawan,tapi usahawan miskin.....
sykur aku dah bahagia dgn keluarga baru..namun hati ini tetap merindu 2 anak kandungku yg kini tinggal bersama ibu dan papa tiri polis yg kaya raya pakai kereta honda kat johor..... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa jangka masa mengenali isteri terlalu singkat, macam kahwin terdesak. 4 thn kahwin, anak 3 ,kiranya suami-isteri belum menyelami hati budi masing-masing sepenuhnya dah terbeban dgn tanggungjawab menjaga anak-anak yg ramai pula tu. macamana nak dapat kerja, asyik mengandung je, siapa nak bagi kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
mana satu fakta yg betul.....
tuan umah ckp anak ada 2 ajek....
artikel kata melahirkan anak ke3...
sapa yg kamu nk tipu nih?
(ke aku yg poyo di pagi hari ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 afja's post
ko tak poyo. aku pun rasa mcm kisah dongeng jer nih...  |
|
|
|
|
|
|
|
dier x rindu kt anak yg ke 3 kot psal x sempat jumpa...
kt isteri dier bersalin kt umah mertua n mintak cerai dlm pantang...?
agaknyer la kot....
aku igtkn ni citer dlm megazin... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 m2506's post
honda cup pon honda gaks...  |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa diceraikan jugak kalau masih sayang?
(bukan soalan provok. aku mmg curious) |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah pening ni... tolonglah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak mentua gaya Nyonya Mansor??huhhh......:@
berat betul dugaan.....betul ke idak citer ni,aku baca je.....  |
|
|
|
|
|
|
| |
|