CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10124|Reply: 51

Kompas

[Copy link]
Post time 11-8-2008 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Jom kita bincang topik kompas dan yg sewaktu dengannya termasuk pembacaan peta...kita juga akan bincangkan teknologi ganti yg bersamaan dengan fungsi kompas, gps, atau sistem pemetaan digital yg lain, sama ada dari dalam atau luar negara <br /><br />Tolong jgn lari dari topik <img src="./images/smilies/lol.gif" border="0" smilieid="9" alt="" /> <br /><br />Mula pertama mula, mengenal kompas <img src="./images/smilies/lol.gif" border="0" smilieid="9" alt="" />

[ Last edited by  tangopapa at 13-8-2008 11:07 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2008 09:58 PM | Show all posts

Compass prismatic

Prismatic compass



my favourite

Orienteering Compass



budak sekolah bleh la.....

[ Last edited by  tangopapa at 11-8-2008 10:07 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 10:13 PM | Show all posts
ade yg nak sambung?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 10:35 PM | Show all posts
askar pakai peta JUPEM ke pakai peta sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 08:49 AM | Show all posts

Reply #2 tangopapa's post

Prismatic compass paling tepat untuk bacaan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 08:54 AM | Show all posts
kompas aje......kena juga dikaitkan sekali dengan peta......ibarat kuku dan isi.......ada kompas tapi tak ada peta tak berguna juga......begitu juga sebaliknya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2008 08:55 AM | Show all posts

Reply #4 kapakterbang's post

mesti la pakai jepm punya......
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 08:55 AM | Show all posts
Heading tu pakai all caps..kang ada orang seberang ingat nak buat discussion pasal koran KOMPAS....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2008 11:26 AM | Show all posts

Balas #8 alphawolf\ catat

enggak bisa pak, kompas itu udahnya definisi lain pak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by tenteng at 12-8-2008 08:49 AM
Prismatic compass paling tepat untuk bacaan

maksudnya ada kompas yang tak tepat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 12:32 PM | Show all posts

Reply #10 zvicmorrow's post

maksudnya..kompas nie detail, mmg x akan tersasar. klw cam Orienteering Compass, x detail arah yg patut dituju
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 12:52 PM | Show all posts
dalam hutan mcm ne nak tau kalau kompas mengalami kerosakan?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2008 03:28 PM | Show all posts

Balas #12 zvicmorrow\ catat

dunno, any idea?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 09:05 AM | Show all posts
Ketepatan kompas hendaklah diperiksa sebelum ia digunakan dengan mengambil bearing ke objek tertentu dan bandingkan bearing tersebut dengan  sekurang-kurangnya dua kompas lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 09:09 AM | Show all posts

Reply #14 zulupapa's post

tak pon kalo tak sampai- sampai ke tempat yg dituju
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #15 tin's post

ke nak kena bagi latihan mengenai kompas kat pondok skot ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #16 zulupapa's post

syok blajo kat pondok skot..boleh cuci mata...tp yg x bestnya kalau dapat kusi yg xdek tempat nyandar..sakit pinggang...ingat dulu2 ..sampai ngantuk2 sebab disapa angin sepoi2 bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 12:24 PM | Show all posts
Kegunaan kompas.

1. utk mencari bearing sesuatu objek yang dapat dilihat di muka bumi dan model kompas tertentu pula digunakan bagi mencari bearing di peta.
2. utk meletak bearing supaya arah ke bearing itu diketahui
3. utk mengorientasi peta

Apakah bearing kompas?

Sebarang bacaan bearing di kompas dinamakan bearing magnet. Bearing yg diukur di peta dinamkan bearing grid. Ada perbezaan antara bearing magnet dan bearing grid.
Bearing magnet diukur berdasarkan Utara Magnet. Bearing grid diukur berdasarkan Utara Grid (0 darjah). Utara Grid (0 darjah) adalah utara di peta. Utara Magnet adalah utara (0 darjah) yang ditunjukkan oleh jarum kompas. Jarum kompas akan tetap menghala ke Utara Magnet akibat pengaruh magnet di perut muka bumi. Yang penting Utara Grid dan Utara Magnet tidak selari antara satu sama lain.

Ada satu lagi jenis Utara iaitu Utara Benar yang arahnya menghala tepat ke Kutub Utara. Utara Benar ini juga tidak selari dengan Utara Magnet dan Utara Grid. Nilai perbezaan antara ketiga-tiga jenis utara ini ada dicatatkan di luar bingkai peta.

[ Last edited by  zulupapa at 13-8-2008 03:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 12:43 PM | Show all posts
Disebabkan terdapat perbezaan antara Utara Grid dan Utara Magnet, bermakna sesuatu bearing yang diperolehi daripada peta tidak akan menunjukkan ke arah yang sama apabila bearing tersebut diletakkan pada kompas.

Contoh, jika bearing grid menunjukkan 120 darjah dan katakan perbezaan antara Utara Grid dengan Utara Magnet ialah 001 darjah, maka bearing 120 darjah di kompas tidak akan menghala ke arah yang sama dengan hala yang ditunjukkan oleh bearing  120 darjah di peta tadi.

Jika anda meletakkan bearing itu pada kompas dan bergerak, anda sebenarnya sedang bergerak ke arah lain dengan selisih 001 darjah. Anda tidak akan sampai ke titik yang hendak dituju.

Anda mestilah melakukan penukaran bearing grid ke bearing magnet. Begitulah juga bearing magnet yang ditunjukkan oleh kompas, hendaklah ditukarkan kepada bearing grid jika bearing itu hendak dilukis di atas peta.

Formula bagi penukaran adalah seperti berikut :

1. Bearing Grid ke Bearing Magnet = Nilai Bearing Grid + Nilai Perbezaan

2. Bearing Magnet ke Bearing Grid = Nilai Bearing Magnet - Nilai Perbezaan

Contoh :

1. Berapakah bearing magnet jika bearing grid bernilai 120 darjah dan nilai perbezaan Utara Grid dan Utara Magnet ialah 001 darjah 30 minit?

Jawapan :

Bearing Magnet = 120 darjah + 001 darjah 30 minit = 121 darjah 30 minit

2. Berapakah nilai bearing grid jika bearing kompas bernilai 140 darjah dan perbezaan Utara Grid dan Utara Magnet ialah 001 darjah 15 minit ?

Jawapan :

Bearing Grid = 140 darjah - 001 darjah 15 minit = 139 darjah 45 minit

Catatan :
Formula ini hanya boleh digunakan jika Utara Grid berada di sebelah timur (kanan) Utara Magnet. Jika Utara Grid berada di sebelah barat Utara Magnet, formula ini hendaklah sebaliknya pula.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 12:43 PM | Show all posts
KOMPONEN-KOMPONEN PADA KOMPAS

Komponen Asas

a. Kotak Kompas
Kotak kompas adalah berbentuk bulat dan diperbuat daripada
logam bukan magnetik dengan ukuran garis pusat dari 50mm
hingga 80mm. Di tengah-tengah tapak kotak ini dipasangkan
pangsi untuk meletakkan dial kompas.

b. Dial atau Gegelang Kompas
Jarum kompas diperbuat daripada besi magnet lebar dan
dilekat pada dial kompas. Dial kompas ini disenggat dari 00
hingga 3600 dalam arah jam. Senggatan darjah dibahagikan
kepada dua bahagian bagi membolehkan bacaan kepada 30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.246576 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list