View: 4156|Reply: 47
|
Ahlan-Wa-Sahlan-Ya-Ramadhan
[Copy link]
|
|
Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?
Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda
Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada 365 hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?
Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk
Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan
Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan
Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang.. tak pasal-pasal ilang jari
Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula
Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat berpuasa
Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.
[ Last edited by Syd at 25-8-2008 05:17 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yea yea ramadhan bakal tiba |
|
|
|
|
|
|
|
selamat menyambut ramadhan
dengan tambahan amalan
<ingatan utk diri sendiri> |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amboi awainya bubuh.kenyang pinat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 icelemontea's post
nak ingatkan kat abe ice..
1. jgn asik merembes je
2. jgn asik nak kempen ngundi je
3. jgn asik nak citer pasal awek waktu perbarisan hari kebangsaan je
4. nanti tak sedar tiba2 dah puasa
heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK |
|
|
|
|
|
|
|
selamat menyambut ramadhan
posa jgn tak posa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam ramadhan semua.
Puasa biar penuh, hokay! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 kekekek's post
ingat bono dah merajuk dah dr masuk sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 kekekek's post
kalau darjah 5, mesti dapat puasa penuh kan?
(abe ice, dini, kak sxam, dino semua tu...mmg takkan puasa penuh nye)
nih kalau dah langkau 25 tahun.. dan subur plak ( )
mana laa nak penuh puasa
|
|
|
|
|
|
|
|
31 Ogos tarikh lihat anak bulan Ramadan
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini (29 Syaaban 1429 Hijrah).
Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja ialah Pontian Kecil di Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; dan Bukit Melawati di Kuala Selangor, Pulau Angsa di Daerah Kuala Selangor serta Bukit Jugra, Banting di Selangor.
Lokasi lain adalah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pangkalan Baru Daerah Manjong di Perak; Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi, Menara Alor Setar di Kedah; Kuala Sungai Baru di Simpang Empat di Perlis; dan Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Kemuning di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut serta Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin di Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi di Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling di Kuala Krai, dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Kota Bharu di Kelantan; Menara Universiti Malaysia Sabah di kampus Antarabangsa Labuan, Tanjung Dumpil di Sabah; dan Tanjung Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching serta Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak.
Bukit Tanjung Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
KEPADA SEMUA RAKAN2 KU YANG DISAYANGI YANG BERTEMU DI SINI
SEMPENA RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA
SAYA MEMOMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA MENGGURIS JIWA
SEMOGA RAMADHAN INI KITE AKAN SAMA2 DAPAT MENUNAIKAN KEWAJIPAN KITE SEBAGAI HAMBANYA |
|
|
|
|
|
|
|
dari email
alam Ramadhan buat sahabat & teman,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa
ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika
masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. |
|
|
|
|
|
|
|
SAHUR TIME
Besh juga cerita ni… Ringan kepala!
1st year:
“Abang nak makan apa sahur nanti?… Nanti sayang masakkan”
“Sayang masak la apa-apa pun, abang tak kisah”
2nd year:
“Pagi esok kita makan telur masin, sayur, sambal tumis dan sayang akan bakar ikan, ok?”
“Ala, buat menyusahkan sayang je”
3rd year:
“Sahur nanti makan ikan masin dan lauk berbuka tadi, boleh ayahnya?
“Mana-mana lah yang…”
4th year:
“Sayang tak larat la, kita makan lah lauk berbuka tadi untuk sahur nanti…k?”
“Ok…”
5th year:
“Ayahnya, sahur nanti abang tolong masak nasi, lepas tu abang panaskan la lauk berbuka tadi ye…”
“Errmm….”
6th year:
“…Pandai-pandai lah abang goreng apa-apa yang patut…jangan lupa air teh strawberry yang sayang suka tu…”
“….”
7th year:
“Ayah kau sahur dirumah isteri muda dia…”
Hahahhaha!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|