View: 12367|Reply: 88
|
Krisis THAILAND -- update: demo besar2an minta PM letak jawatan (p4)
[Copy link]
|
|
Krisis Thailand meruncing * Sekat laluan ke lapangan terbang * Kakitangan Thai Airways sertai bantahan
[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]anggota Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) cuba merempuh penghalang yang diletakkan oleh pihak polis antirusuhan di luar kawasan Rumah Kerajaan sewaktu tunjuk perasaan yang semakin memuncak di Bangkok, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
15,000 pelancong terkandas
SEKUMPULAN penunjuk perasaan memenuhi landasan
lapangan terbang sehingga memaksa ia ditutup kepada
semua penerbangan di Pulau Phuket semalam.
PHUKET - Lebih 15,000 pelancong terkandas di pulau peranginan Phuket semalam berikutan penutupan lapangan terbang setelah protes antikerajaan berlanjutan tanpa tanda akan reda.
Lapangan terbang kedua sibuk di Thailand itu ditutup tengah hari kelmarin berikutan 5,000 penunjuk perasaan menghalang dan berarak di jalan sehingga memaksa pihak berkuasa menggantung penerbang masuk dan keluar dari pulau itu.
Penunjuk perasaan fanatik dari Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) turut menghalang laluan ke lapangan terbang itu.
Pengarah terbang tersebut, Wicha Nurnlop berkata, rundingan dengan pihak berkuasa untuk membuka semula landasan menemui kegagalan.
"Lapangan terbang Phuket ditutup untuk tempoh yang tidak diketahui," katanya.
Sehingga kini lebih 100 penerbangan dibatalkan termasuk 25 laluan antarabangsa mengakibatkan 15,000 penumpang terkandas, kata Wicha.
Para pelancong diberikan bilik hotel percuma sehingga lapangan terbang dibuka manakala pihak berkuasa cuba mengatur perkhidmatan bas untuk lebih 100 penumpang yang mempunyai penerbangan lain di Bangkok.
Sementara itu di Bangkok, Perdana Menteri Samak Sundaravej berkata beliau tidak akan meletak jawatan walaupun berhadapan bantahan yang semakin menjadi-jadi.
Menurut Samak, beliau sudah mengemukakan permohonan untuk menghadap pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej bagi menerangkan kepada baginda mengenai situasi terkini.
"Saya tidak akan meletak jawatan hanya kerana ancaman ini. Saya menjawat jawatan ini kerana madat sah dan akan berundur jika undang-undang menetapkan saya perlu berhenti," katanya.
Samak berkata, kerajaan campuran enam partinya dipilih pada pilihan raya Disember lalu secara sah dan ia tidak boleh ditumbangkan dengan cara tidak sah. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Pejabat PM Thai diceroboh Samak Sundarave tetap bertegas tidak akan letak jawatan
[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]Penunjuk perasaan antikerajaan baring di jalan raya bagi mengelakkan terkena gas pemedih mata ketika polis menggempur penunjuk perasaan di Bangkok, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
penunjuk perasaan berhimpun beramai-ramai di depan Pejabat Perdana Menteri Thai.PM Thai panggil sidang tergempar Parlimen |
|
|
|
|
|
|
|
Monday September 1, 2008
Bangkok bomb raises fears of violent campaign
By Chalathip Thirasoonthrakul
BANGKOK (Reuters) - A small bomb exploded in a Bangkok police booth in the small hours of Monday as a stand-off between the Prime Minister and protesters occupying his office entered its seventh day with no sign of either side backing down.
Anti-government protesters carry sticks and poles in preparation for clashes, through the Government House compound in Bangkok September 1, 2008. (REUTERS/Adrees Latif)
A senior government source said the blast, which shattered nearby windows but caused no injuries shortly after 1 a.m. (1800 GMT on Sunday), was a signal the People's Alliance for Democracy (PAD) was taking its campaign to another level.
"The PAD has launched a guerrilla war with us," the source, who asked not to be named, said.
Police echoed his comments, saying they believed it to be the work of agitators trying to depict the police as powerless in the face of the three-month PAD campaign to unseat the elected administration.
"They want to show that the government and the police are too weak to protect the people," national police spokesman Surapol Thuanthong told Reuters. "It is something we expected would have happened."
The PAD, a group of businessmen and activists whose campaign against former Prime Minister Thaksin Shinawatra led to his overthrow in a 2006 coup, has always espoused peaceful protest.
However, last week's raid on a state television station by men armed with knives and golf clubs, as well as the protracted Government House occupation behind razor wire barricades, has brought this into question.
A PAD spokesman denied any responsibility.
"We had no reason to do that. It would only scare away protesters, not bring more people to join. We have other effective "civil disobedience" measures to fight the government without planting a bomb," Parnthep Pourpongpan said.
"I AM NOT AFRAID"
Tensions peaked on Friday when police used teargas and rubber bullets to repel 2,000 protesters trying to storm Bangkok police headquarters. Protesters also shut down three regional airports, all of which have since reopened.
Samak has said repeatedly that he would never bow to the PAD demands, and warned in his weekly radio address on Sunday that his patience was wearing out.
"I am not afraid, but I am concerned about chaos in the nation," he said. "We cannot let the seizure of Government House continue indefinitely without taking action."
Thai shares have fallen more than 23 percent since the protests began in May, and fell just over one percent on Monday, despite some better-than-expected inflation figures.
Nobody knows how the crisis will end but scenarios involve Samak or the PAD caving in, a coup, a police crackdown, a snap election, or even intervention by King Bhumibol Adulyadej.
The revered monarch has stepped into several disputes during his 60-year rule but normally only after bloodshed.
As well as accusing Samak of being an illegitimate proxy of Thaksin, the PAD proclaims itself to be a defender of the King against a supposed Thaksin plan to turn Thailand into a republic.
Both accusations are denied by Samak and Thaksin, who skipped bail on graft charges and fled to London last month.
The PAD campaign against Samak, now in its 100th day, has sucked in support from a variety of state unions, leading to disruptions to rail and port services. Union leaders at state utilities have threatened to cut water and power supplies to government offices and buildings if the authorities use force against the PAD.
On Monday, Sirichai Maingam, union leader at state power producer EGAT, urged back-room staff to take a holiday but said production workers would carry on as normal.
"We are not going to hurt the people as our strike aim is to slow down the government's work," he said. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by derose83 at 1-9-2008 02:59 PM
penunjuk perasaan berhimpun beramai-ramai di depan Pejabat Perdana Menteri Thai.PM Thai panggil sidang tergempar Parlimen
tapi si samak tu ignored ajer... jenis tak sedaq diri worang tak suka dah ler... tapi giler kose la gamaknya tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thailand isytihar darurat untuk reda ketegangan
BANGKOK: Thailand hari ini mengisytiharkan darurat dengan mengharamkan sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima orang dalam usaha meredakan gerakan penunjuk perasaan anti-kerajaan.
Pengumuman itu dibuat sejam selepas tercetusnya insiden pergaduhan di jalanan membabitkan ribuan penyokong Perdana Menteri, Samak Sundaravejdan dan kumpulan anti-kerajaan yang mahu beliau menyerahkan jawatan.
Seorang dilaporkan terbunuh dan puluhan lain cedera dalam pergaduhan berdekatan kompleks kerajaan yang dikuasai aktivis pembangkang yang menuntut Samak meletakkan jawatan.
Mereka mendakwa Samak adalah boneka Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri yang digugurkan.
“Disebabkan malam semalam tercetusnya keadaan tegang yang memberi kesan terhadap keamanan dan undang-undang demokrasi, kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara," menurut kenyataan yang disiarkan di radio.
Samak melantik komander tentera paling berkusa, Jeneral Anupong Paojinda untuk mengetuai pasukan khas melaksanakan petintah darurat itu bersama Ketua Polis dan Komander Tentera Bangkok sebagai timbalannya.
Pengumuman itu juga menyebut, Anupong kini mempunyai kuasa untuk menyuraikan sebarang perhimpunan dan mengarahkan mereka keluar dari lokasi terbabit.
Polis Thai awal hari ini juga terpaksa meminta bantuan tentera untuk meleraikan kumpulan yang mengadakan protes jalanan.
Stesen tv Thai menyiarkan kumpulan penyokong dan anti-kerajaan yang memakai topi keledar dan membawa belantan bertembung sesama mereka dengan ada yang melontar batu.
“Ada laporan seorang daripada mereka cedera akibat ditembak manakala yang lain cedera kerana bergaduh," kata jurucakap kerajaan tempatan, Peeratong Saichoew. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkok diisytihar darurat
ASKAR-ASKAR Thai mengawal sebatang jalan raya dekat
Rumah Kerajaan, Bangkok semalam.
BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej semalam mengisytiharkan perintah darurat di Bangkok yang akan berkuat kuasa sehingga 30 November ini.
Keputusan itu dilakukan berikutan keadaan tegang ekoran tunjuk perasaan Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) dan kumpulan yang menyokong kerajaan.
Kedua-dua kumpulan itu bertempur sehingga mengakibatkan seorang terbunuh dan lebih 40 lagi cedera.
Pertempuran itu berlaku kerana PAD mahu Samak meletakkan jawatan selepas hanya berkuasa selama lapan bulan.
Ketua Tentera Thailand, Jeneral Anupong Paojinda yang turut berperanan sebagai Timbalan Pengarah Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negara (ISOC) dilantik sebagai pengerusi penguat kuasa darurat.
Samak turut mengisytiharkan perintah menghalang orang ramai daripada berkumpul lebih daripada lima orang, penerbitan berita yang boleh menimbulkan suasana panik atau mengganggu ketenteraman awam.
Orang ramai dikehendaki mengikut arahan tentera jika mereka diminta keluar dari satu-satu kawasan.
Samak dalam satu sidang akhbar berkata, para penunjuk perasaan yang menduduki pejabatnya di Rumah Kerajaan, Bangkok kini perlu keluar dengan segera.
Menurutnya, bantahan tersebut adalah di luar jangkaannya dan keputusan untuk mengisytihar darurat dibuat setelah beliau berunding dengan beberapa pihak.
Sekutu rapat bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu meminta penunjuk perasaan agar bertimbang rasa dan tidak membuat sebarang tuduhan hanya kerana mereka bencikannya.
Katanya, beliau turut kesal dengan 43 syarikat perusahaan milik negara yang mengumumkan akan mengambil langkah menentang kerajaan. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkok tenang, tiada keganasan baru
BANGKOK: Selepas 24 jam perintah darurat diisytiharkan, keadaan di Bangkok hari ini tenang tanpa sebarang kejadian keganasan baru, tetapi kumpulan badan bukan kerajaan dan media terus mendesak Perdana Menteri, Samak Sundaravej meletakkan jawatan untuk menamatkan konflik itu.
Disebalik ancaman oleh 43 kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok di seluruh negara dan menjejaskan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta perkhidmatan bas sebagai menyokong gerakan antikerajaan, masih tiada tanda tindakan itu diambil setakat ini, tetapi industri pelancongan terjejas teruk akibat konflik itu.
Lapangan Terbang Hatyai ditutup dua hari berturut-turut selepas beratus penyokong Pakatan Rakyat Bagi Demokrasi (PAD) melakukan sekatan di jalan menuju ke lapangan terbang itu bagi menunjukkan perpaduan mereka dengan rakan mereka yang merampas Bangunan Kerajaan pada 26 Ogos lalu.
Di pulau peranginan popular Koh Samui, jumlah pelancong yang tiba dengan penerbangan merosot daripada 5,000 kepada hampir separuh manakala di Bangkok, jumlah pembatalan tempahan terus meningkat.
Beratus anggota polis berkawal di sekitar Bangunan Kerajaan dan kawasan berhampiran, yang menjadi pusat pertempuran pada awal pagi semalam antara anggota PAD dan kumpulan prokerajaan, Pakatan Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator (DAAD) yang mengakibatkan seorang terbunuh dan 40 cedera.
Keadaan semakin reda hari ini selepas DAAD, dibentuk selepas tentera menggulingkan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dalam rampasan kuasa pada 19 September, 2006, memindahkan tapak bantahan mereka dari Sanam Luang yang terletak dekat kawasan pelancongan popular Grand Palace ke Samut Prakan di pinggir ibu kota.
Tentera yang mengawal keselamatan di ibu kota berikutan perintah darurat itu, belum mengambil sebarang tindakan untuk mengeluarkan penyokong PAD dari Bangunan Kerajaan dan dipercayai sedang berunding dengan pemimpinnya untuk mencapai penyelesaian secara baik.
Samak, bagaimanapun terus tidak menghiraukan gesaan pelbagai pihak supaya meletakkan jawatan dan menolak cadangan agar membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru.
"Samak mesti mengaku yang beliau telah melakukan banyak kesilapan dalam tempoh tujuh bulan memegang jawatan dan ia sudah cukup untuk beliau meletakkan jawatan," menurut Bangkok Post.
Akhbar itu juga berkata PAD, yang secara terbuka telah menyatakan sokongan agar parti Demokrat mengambil alih pentadbiran jika Samak meletakkan jawatan dan juga mencadangkan sistem baru bagi 70 peratus wakil dipilih manakala 30 peratus lagi dilantik, mesti menerima prinsip demokrasi dan membenarkan Parti Kuasa Rakyat pimpinan Samak membentuk Kabinet baru kerana mereka mempunyai majoriti.
Pemimpin PAD Sondhi Limthongkul memberitahu Bangkok Post yang mereka bersedia menamtakan bantahan jika Samak meletakkan jawatan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
2 pelajar ditembak ketika berarak ke rumah PM
BANGKOK 5 Sept. - Dua pelajar universiti ditembak oleh penembak yang tidak dikenali ketika sedang berarak ke kediaman Perdana Menteri, Samak Sundaravej di sini malam semalam.
Anusak Sieng-oon dan Apichart Polrit, dari Universiti Ramkhamhaeng, ditembak di kaki serta lengan tetapi keadaan mereka tidak serius.
Kedua-dua pelajar berumur 22 tahun itu adalah antara lebih 100 pelajar yang berarak ke kediaman Samak di Soi Navamintr 81.
Ketua Polis Lad Prao, Kolonel Somsak Bunsaeng berkata, dua lelaki yang menunggang motosikal menghampiri kumpulan itu dan melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kedua-dua pelajar tersebut.
Kumpulan pelajar itu kemudian berhimpun di balai polis Lad Prao untuk membuat laporan polis serta membatalkan rancangan mereka untuk berarak ke rumah Samak bagi membantah cara beliau mengendalikan krisis politik yang sedang melanda.
- Bernama
Perdana Menteri itu mengisytiharkan darurat minggu ini selepas keganasan tercetus antara penyokong pro dan antikerajaan, mengakibatkan seorang lelaki mati manakala 40 orang cedera.
Beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) menawan Rumah Kerajaan sejak 26 Ogos, memaksa Samak mengendalikan pentadbiran negara dari ibu pejabat Angkatan Tentera.
Sungguhpun didesak oleh PAD supaya beliau meletak jawatan, Samak terus ingkar, sebaliknya menggesa supaya diadakan pungutan suara bulan depan untuk meraih sokongan bagi kerajaannya yang berusia tujuh bulan itu.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Cadang tarik balik perintah darurat
BANGKOK 5 Sept. - Perdana Menteri, Samak Sundaravej hari ini menyatakan, beliau sedang mempertimbangkan untuk menarik balik perintah darurat di Bangkok walaupun tunjuk perasaan antikerajaan terus berjalan.
Samak telah mengisytiharkan darurat di Bangkok pada Selasa lalu selepas penunjuk perasaan menawan pejabat beliau dan bertempur dengan penyokong kerajaan, menyebabkan seorang terbunuh sementara 43 yang lain cedera.
Keputusan itu meletakkan Bangkok di bawah kawalan ketua tentera, Jeneral Anupong Paochinda, namun beliau enggan mengusir penunjuk perasaan yang berada di pekarangan pejabat Thaksin sejak 11 hari lalu.
Perintah darurat tersebut sekali gus mengharamkan perhimpunan politik lebih daripada lima orang namun ia tidak diendahkan penunjuk perasaan yang menuntut Samak berundur dari jawatan beliau.
"Tidak ada keperluan darurat kerana tiada sesiapa mematuhinya. Saya akan mempertimbangkan untuk menarik balik perintah tersebut kerana ia tidak berkesan. Saya akan berbincang dengan pegawai terlibat dalam sehari dua ini untuk membuat keputusan," kata Samak lagi.
- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Pungutan suara helah Samak - Pengkritik
| kumpulan antikerajaan terus berkampung di pekarangan Rumah Kerajaan di Bangkok, semalam bagi mendesak pengunduran Samak tanpa menghiraukan perintah darurat di bandar raya ini.
- AFP
|
BANGKOK 5 Sept. - Cadangan Kabinet untuk mengadakan pungutan suara bagi menamatkan krisis politik Thailand disifatkan oleh pengkritik sebagai satu helah bagi membolehkan Perdana Menteri, Samak Sundaravej kekal berkuasa.
Pengkritik sebaliknya berpendapat, cadangan itu tidak dapat menyelesaikan krisis yang memuncak ketika ini.
Malah, pemimpin gerakan yang menganjurkan tunjuk perasaan antikerajaan termasuk di hadapan Rumah Kerajaan menegaskan, mereka akan meneruskan bantahan sehingga Samak berundur.
"Keputusan untuk mengadakan pungutan suara, yang mungkin mengambil masa lebih sebulan, akan menyebabkan krisis berlarutan.
" Pungutan suara jelas cubaan terdesak oleh kerajaan Samak untuk berkuasa lebih lama," kata akhbar The Nation dalam ruangan lidah pengarangnya.
Pemimpin parti pembangkang, Parti Demokrat (DP), Abhisit Vejjajiva pula berkata, pungutan suara itu tidak akan menyelesaikan krisis yang berlaku.
Beliau sebaliknya mencadangkan Samak membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru, tindakan yang sama sekali ditolak oleh Samak.
Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (DAP) yang menganjurkan tunjuk perasaan antikerajaan pula menyifatkan, cadangan itu sebagai taktik untuk membolehkan Samak kekal berkuasa.
Sehubungan itu PAD menegaskan, ia akan terus mengadakan tunjuk perasaan antikerajaan sehingga Samak berundur
Sementara itu, Speaker Dewan Senat Prasobsook Boondech memberitahu pemberita, pungutan suara memakan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk diadakan.
"Masalah dalam negara sekarang serius dan perlu diselesaikan secepat mungkin," katanya.
- Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Samak perlu letak jawatan
SEJUMLAH penunjuk perasaan bersorak gembira selepas
mahkamah memutuskan Samak perlu meletakkan jawatan
di Bangkok semalam.
BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memutuskan secara sebulat suara bahawa Perdana Menteri Samak Sundaravej (gambar) perlumeletak jawatan secepat mungkin.
Keputusan itu dilakukan berikutan penglibatan Samak dalam rancangan masakan televisyen dengan menjadi hos sekali gus yang melanggar peraturan.
Peraturan itu adalah menghalang Perdana Menteri memegang jawatan lain ketika berkuasa.
Undian di kalangan hakim sebanyak 9-0 itu berkuat kuasa serta merta tetapi Samak boleh kembali ke jawatannya jika dia mampu meyakinkan Parlimen untuk mengembalikan kedudukannya.
"Jawatannya sudah berakhir dan tempoh sah kabinet juga sudah tamat walaupun perlembagaan menyatakan mereka (anggota kabinet) perlu bertindak sebagai kerajaan sementara sehingga Perdana Menteri dan Kabinet baru dilantik," kata Hakim Mahkamah Perlembagaan, Chat Chawakorn.
Menurut perlembagaan, semua anggota Kabinet kecuali Samak akan terus melakukan tugas mereka sehingga Kabinet baru dibentuk.
Timbalan Perdana Menteri, Somchai Wongsawat, akan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.
Berikutan keputusan mahkamah itu, para penyokong Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) yang telah berkampung di pejabat kerajaan hampir dua minggu turut bersorak kegembiraan.
Timbalan Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP), Karn Thiankaew berkata, pihaknya menghormati keputusan mahkamah.
Terdahulu, jurucakap PPP, Kudep Saikrachang menyatakan partinya akan mengundi semula Samak sebagai ketua kerajaan.
"Anggota-anggota eksekutif PPP akan mencadangkan para pemimpin kerajaan pakatan untuk menyokong Samak sebagai Perdana Menteri walaupun sebahagian mereka mencadangkan pemimpin Parti Chart Thai, Banharn Silpa-archa untuk menggantikan Samak," kata seorang ahli Parlimen PPP, Witthaya Buranasiri.
Namun Banharn menyatakan beliau enggan menerima tawaran itu kerana tidak mampu menerima tekanan politik. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Thai Political Turmoil To Remain, Says Former DPM
By D. Arul Rajoo
BANGKOK, Sept 10 (Bernama) -- Whether Samak Sundaravej returns as prime minister or is replaced, Thailand's political turmoil will remain as the People's Alliance for Democracy (PAD) will not budge until its new political system and non-elected premier becomes reality, a former deputy premier said.
Chaturon Chaisang said the fact that PAD wanted to remain in Government House and demanded that the entire Cabinet go after Samak was disqualified yesterday by the Constitution Court clearly showed their true intention.
"Whether Samak is elected again, or someone else takes over, they won't last long and they cannot stop the crisis. Whether Samak is qualified or not is not a big deal as the problem is far beyond that," Chaturon said during a talk on the Thai political situation at the Foreign Correspondents' Club here last night.
Chaturon, who was education minister under ousted prime minister Thaksin Shinawatra, said PAD leaders would not simply pack and leave Government House that they seized on Aug 26 as there are warrants of arrest for them for various offences that could land them in jail for a very long time.
"So, what is their way out. Sondhi Limthongkhul (a PAD leader) even said he wants to become a monk. Is it before or after his jail sentence. So they need amnesty, new politics, non-elected prime minister and all this can't take place without a coup," he said.
As such, Chaturon said, PAD leaders want to see more damage and more turmoil that could lead to a coup.
On Tuesday, Samak, 73, was stripped of his post by the Constitution Court for hosting cooking programmes while still in office. But the People Power Party (PPP) said they would nominate him again for the post.
Chaturon took over the leadership of the Thai Rak Thai (TRT) Party after the Sept 19 2006 coup that ousted Thaksin. When the party and 111 top executives were banned for five years for election fraud, PPP was formed and won the December 2007 election. Asked who were backing PAD, Chaturon said they are closely linked with the 2006 coup makers, elite groups in society and those who don't believe in democracy or elected governments.
Chaturon said Thailand was facing a deep crisis as the rule of law and its enforcement were not functioning, citing Samak who was sacked for a lame charge while PAD leaders could continue occupying the Prime Minister's Office despite clearly breaking the law.
With the military taking a neutral stand and police unable to enforce law for fear of being accused of creating violence, Chaturon said there were no quick solutions to the conflict.
"There is already a perception that any violence is because of government," he said.
Furthermore, Chaturon said, conflicts are not new to the country as it had been in the same situation for the past 76 years, with 18 coups and 18 constitutions since 1932.
Chaturon, who spent five years in the jungle with the Communist Party of Thailand after the military crackdown on student activists in October 1976, said the conflict was worsening due to the pro-PAD view of academicians and media favouring the movement.
"Most of the academicians cannot differentiate between a bloodshed coup and a peaceful intervention. The media, on the other hand, only gives coverage to pro-PAD opinions," he said.
The conflict, he said, could only ease if the majority of the people openly condemn PAD's activities and more efforts were carried out to educate the larger population that whatever PAD was doing would do more harm to the country in the future.
"The PAD already set the basic condition for violence by seizing Government House, the NBT TV station and airports," he said.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
inilah yg terjadi bila rakyat hilang kepercayaan terhadap keupayaan kerajaan untuk mentadbir negara. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyaaaaaaa
dicalonkan lagi jadi PM???
aparrahhhhhhhhhhh beria ria dgn darurat sumer... pastu samak jadi PM jugak... darurat ke hulu darurat ke hilir... last last... serender.. gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
hhahahahaha...klakar sungguh...
PPP nak nominate die balik jd PM Thai |
|
|
|
|
|
|
|
Samak Is On The Way Back
By D. Arul Rajoo
BANGKOK, Sept 11 (Bernama) -- Two days after being disqualified, Samak Sundaravej is set to regain his prime minister's post as lawmakers from his People Power Party (PPP) have given him strong backing, apparently with support from ousted premier Thaksin Shinawatra.
The move is expected to prolong the confrontation between the PPP-led coalition government and thousands of anti-government protesters who have been occupying the Prime Minister's office, Government House, since Aug 26.
PPP deputy spokesman Suthin Klangsaeng said the majority of the more than 200 PPP members of parliament (MP) who attended a meeting this morning agreed to nominate Samak when Parliament meets Friday.
He said the members felt that Samak did not commit any criminal offence and merely misunderstood the provision of the consititution when he appeared in television cooking programmes while still serving as premier.
"He is fighter of democracy and we felt he is the right choice," he told reporters.
Samak was not present during the meeting.
A PPP MP said Thaksin, who is in exile in Britain, spoke to the MPs over the phone and told them that Samak was the best choice to be the prime minister.
"Thaksin said only Samak can manage the current situation," he said.
The MP said several PPP members spoke against nominating Samak again as they felt the current confrontation would not end if he was reinstalled.
"But the majority agreed to endorse Samak," he said, adding that some wanted Thaksin's brother-in-law and acting prime minister Somchai Wonsawat to be appointed.
On Tuesday, the nine-bench Constitution Court reached a unanimous decision to disqualify Samak after they found him guilty of violating Article 267 of the 2007 Constitution by hosting the "Tasting and Grumbling" and "All Set at 6am" cooking programmes while still in office.
But the conviction does not stop him from being nominated again.
However, some PPP members and leaders of the five coalition partners openly had said that the government would fall into deeper trouble if Samak was elected again as he faces a 24-month jail sentence for a defamation case.
Samak has appealed against a Criminal Court decision which found him guilty of defaming former deputy Bangkok governor Samart Ratchapolsitte.
The People's Alliance for Democracy which started street protest on May 25 have demanded that Samak resign over claims that he is a proxy of Thaksin.
After Thaksin was ousted by the military in the Sept 19, 2006 coup and his Thai Rak Thai party was dissolved by the court a year later, he asked Samak, a former Bangkok governor, to lead the PPP formed by TRT members and eventually became the prime minister after the Dec 23, 2007 election.
Samak is set to be endorsed by the parliament as PPP has the majority, while Chart Thai has 34 seats, Puea Pandin 24, Matchima Thipataya 11, Ruam Jai Chart Pattana 9 and Pracharaj 5.
Democrat Party leader Abhisit Vejjajiva offered himself to lead a national government comprising all political parties to overcome the conflict but it's unlikely to get support as they have only 164 seats and other parties are not keen to join them.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
PM Thai: Samak dipilih semula
PENUNJUK perasaan antikerajaan beratur panjang menanti giliran
mendapatkan makanan di luar Rumah Kerajaan semalam sewaktu
parti pemerintah memutuskan untuk memilih semula Samak sebagai
Perdana Menteri. – AFP
BANGKOK 11 Sept. – Parti pemerintah Thailand, Parti Kuasa Rakyat (PPP) hari ini memberi sokongan kepada pemimpinnya, Samak Sundaravej untuk menjawat kembali kedudukan sebagai Perdana Menteri.
Samak dikatakan telah bersetuju dengan pencalonan berkenaan dan beliau akan kembali memegang jawatan Perdana Menteri setelah diluluskan Parlimen.
PPP hari ini dengan sebulat suara mahu Samak kembali menjadi Perdana Menteri dan telah menghantar empat wakil untuk memaklumkan kepada beliau.
Menurut seorang daripada empat wakil itu, Sutin Klangsaeng, Samak telah bersetuju untuk kembali ke jawatan tersebut.
“Beliau telah bersetuju untuk menerima tawaran ini dan mahu Parlimen memutuskan perkara ini,” kata Sutin.
Bagaimanapun suasana berbeza ditunjukkan oleh penunjuk perasaan yang menguasai Rumah Kerajaan apabila mereka tetap bertegas tidak akan menerima sesiapapun dari PPP sebagai Perdana Menteri.
Mereka juga menegaskan tidak akan bersetuju dengan pemilihan semula Samak, yang terpaksa berundur kelmarin selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan beliau bersalah kerana konflik berkepentingan apabila menjadi hos program masakan.
Parti-parti lain dalam kerajaan perikatan yang diketuai PPP telah mencadangkan calon lain yang mampu mengurang ketegangan politik dengan Perikatan Demokrasi untuk Rakyat (PAD) yang menguasai Rumah Kerajaan buat minggu ketiga.
“Prinsipnya di sini ialah Samak yang banyak kali melanggar perlembagaan, tidak patut menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
“Tiada sesiapa dari PPP boleh menjadi Perdana Menteri atau menteri dalam kerajaan,” tegas seorang ketua PAD, Somsak Kosaisook kepada pemberita.
– Reuters
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
selagi thailand dibawah military - selagi tu lah politik dia tak stabil
dan penuh dengan demonstrasi sana sini -- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|