View: 73040|Reply: 721
|
HARI INI DAH EXERCISE KE BELUM?
[Copy link]
|
|
Tahap kesihatan adalah penting.....
untuk maintain kesihatan..... pakar kata kita kene exercise!
korang exercise tak setiap ari?
lets discuss kat sini... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Exercise nie yang paling suka swimming. Last year pernah dok intensive swimming. Sebab masa x der biasanye swim waktu malam jer. Cukup sebulan, masuk Ampang Puteri seminggu sebab asthma厖 |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by arifah_72 at 11-9-2008 02:31 PM
Exercise nie yang paling suka swimming. Last year pernah dok intensive swimming. Sebab masa x der biasanye swim waktu malam jer. Cukup sebulan, masuk Ampang Puteri seminggu sebab asthma厖 |
|
|
|
|
|
|
|
Senaman ringan hari2..10 min aje
Kalau yg BERat sket..mcm jogging tu,3 kali seminggu.
kalau malas nk kuar jogging..lari aje keliling rmh
|
|
|
|
|
|
|
|
MULAKAN SENAMAN IKUT KEMAMPUAN DIRI
Prinsip Memulakan Senaman
Mulakan senaman dengan tahap aktiviti yang boleh memanfaatkan dan bukan mendera atau menghukum tubuh. Lakukan secara berperingkat atau berkadar dari segi masa senaman atau tenaga yang dikeluarkan untuk meningkatkan tahap kecergasan.
Tidak perlu memaksa diri meningkatkan kecekapan jantung, paru-paru dan otot. Caranya ialah cukup sekadar menyebabkan badan berpeluh, mengah sedikit dan jantung berdegup lebih laju. Ketika berjoging atau berjalan, rentak kelajuan tidak harus hingga menyebabkan anda tidak boleh bercakap.
Katakan anda berjoging bersama isteri atau suami, anda masih boleh berbual dengan pasangan di sebelah.
Sesetengah orang mempunyai tahap kecergasan yang teruk dan terpaksa berhenti berulang kali untuk mengatasi kepenatan atau mendapatkan semula kekuatan. Tidak mengapa, lakukan mengikut kemampuan. Sekali lagi, jangan mendera diri anda.
Secara perlahan-lahan yang mungkin mengambil masa beberapa minggu, anda akan mendapati anda boleh berjoging bagi tempoh lebih lama atau jarak lebih jauh tanpa perlu berehat seperti peringkat awal dulu.
Kepentingan Berehat
Memang benar setiap sesi senaman perlu dilakukan secara berterusan, iaitu sekurang-kurangnya 20 minit. Bagaimanapun, jangan memaksa diri untuk terus bersenam apabila berasa tubuh tidak berupaya.
Jika dikerah terlalu kuat, antara kesan buruk yang dialami ialah ada anggota tubuh cedera atau berasa terlalu tegang dan sakit menyebabkan tidak boleh bersenam selama beberapa hari. Akhirnya semangat untuk bersenam terus berkubur.
Sesiapa yang mempunyai jangkitan dinasihat untuk tidak bersenam bagi mengelakkan sebarang masalah.
Petua Bersenam
Tetapkan sasaran untuk bersenam sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap sesi antara 20 hingga 30 minit. Apabila berjaya mencapai tahap kecergasan dikehendaki, teruskan bersenam supaya kecergasan berkekalan.
Bagaimanapun, tahap kecergasan akan merosot jika tidak dipertahankan. Dua atau tiga hari tidak bersenam tidak akan menjejaskan kekuatan itu, tetapi dua atau tiga bulan menyepikan diri akan menyebabkan tahap kecergasan turun mendadak.
Bersenam perlu dijadikan gaya hidup seolah-olah ada sesuatu yang kurang apabila tidak bersenam setiap minggu.
Pemeriksaan Doktor Sebelum Bersenam
Kebanyakan orang tidak perlu berjumpa doktor sebelum bersenam. Keadaan berbeza jika anda mempunyai penyakit tertentu dan mahu bersenam. Sebagai langkah pencegahan, dapatkan pandangan doktor yang akan menentukan aktiviti yang dilakukan tidak memudaratkan diri anda.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor apabila faktor di bawah terdapat pada diri anda:
1. Berumur melebihi 60 tahun.
2. Melebihi 35 tahun dan tahap kecergasan sangat teruk.
3. Menghadapi masalah obesiti.
4. Perokok.
5. Mempunyai sejarah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes atau sebarang masalah kesihatan lain.
6. Mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit jantung sebelum berumur 50 tahun.
Simptom Yang Perlu Diawasi Apabila Bersenam
Jantung
Simptom - Sakit di dada, leher, rahang atau lengan. Rasa berdebar, kesukaran bernafas yang teruk, pening, sakit kepala ringan dan berasa hendak pitam.
Tindakan - Berhenti bersenam. Jumpa doktor untuk pemeriksaan secepat mungkin.
Sendi
Simptom - Sakit, ketegangan dan bengkak.
Tindakan - Permudahkan tahap senaman dan letakkan pelapik kaki dalam kasut.
Otot
Simptom - Sakit dan ketegangan
Tindakan - Lakukan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan. Permudahkan tahap senaman dan peruntukkan masa untuk otot berehat sebelum meneruskan sesi senaman berikut.
Buah Pinggang
Simptom - Air kencing berdarah
Tindakan - Jumpa doktor yang mungkin menasihat supaya mengurangkan jarak larian. Jika keadaan air kencing tidak berubah atau simptom lain timbul, pemeriksaan teliti diperlukan.
Usus
Simptom - Cirit-birit atau darah dan lendir dalam najis.
Tindakan - Jumpa doktor. Kurangkan jarak larian. |
|
|
|
|
|
|
|
~ biasa jogging 2 kali seminggu
~ sekali dlm seminggu pergi gym
~ kat opis lebih selesa turun naik tangga berbanding gunakan lift yg disediakan |
|
|
|
|
|
|
|
kat kilang aki we jaga ni... setiap pagi ada xcercise 10 minit sblm masuk keje...tapi tak sempat panas pun..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 I-chi-ban's post
kat opis ada jugak buat aerobik ...tapi sebln sekali
sebab tu terpaksa ambik inisiatif sendiri utk bersenam |
|
|
|
|
|
|
|
aki we saya bersenam dalam rumah je dgn anak2. pasang cd aerobik sejam jugak lah. kalau time malas nak aerobik tu lari dgn anak2 keliling meja turun tangga naik tangga.
time hubby free selalu kita org gi tasik pedana jogging kat sana waktu petang kalau weekend jog pagi. jog waktu pagi balik rumah semua pakat2 cari bantal
bulan posa ni aktiviti bersenam dihentikan sementara waktu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintan66 at 11-9-2008 05:47 PM
aki we saya bersenam dalam rumah je dgn anak2. pasang cd aerobik sejam jugak lah. kalau time malas nak aerobik tu lari dgn anak2 keliling meja turun tangga naik tangga.
time hubby free selalu ...
cintan jod dari btp ke kubur tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hananie at 11-9-2008 04:26 PM
~ biasa jogging 2 kali seminggu
~ sekali dlm seminggu pergi gym
~ kat opis lebih selesa turun naik tangga berbanding gunakan lift yg disediakan
patut slim ........ |
|
|
|
|
|
|
|
saya break bulan puasa ni....selalu nya tetiap ari jogging 7 round kat taman rekreasi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 hananie's post
alhamdulillah..teruskan lah usha tu.. InsyaAllah tercapai lah nanti berkat kesabaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau makteh la....makteh rasa hari2 uruskan kerja dan rumahtanggapun dah jadi macam senaman.....dari 6.30 pagi hingga ke malam (cuma break sesekali jenguk CARI aje, rest sikit..hihi)
sentiasa bergerak aktif.....dan pastikan buat medical check-up setiap 6 bulan
sekali takkpun setahun sekali.....dari result tu boleh kesan mcm2 penyakit yg ada....alhamdulillah makteh di bawah lindunganNya....
INILAH PESANAN DARI WARGA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 makteh's post
INILAH PESANAN DARI WARGA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA!!! yang mana saya adalah salah seorang staff nya....hehehhhee. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 monorail's post
alhamdulillah ....
kalau bersenam tapi tak jaga pemakanan tak guna jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|