View: 10019|Reply: 27
|
Okapi - Muncul Semula -
[Copy link]
|
|
Okapi muncul semula
OKAPI memiliki belang seperti kuda belang di belakang tubuhnya
OKAPI, sejenis binatang yang pernah dipercayai sebagai haiwan mistik unicorn, telah berjaya dirakamkan dalam hutan liar buat pertama kalinya, kata Zoological Society of London (ZSL), baru-baru ini.
Dengan rakaman gambar itu maka terlerailah segala ketakutan bahawa spesies tersebut telah pupus lebih sedekad yang lalu berikutan perang saudara.
Kamera tersebut yang diletakkan secara rahsia oleh ZSL dan Institut Pemuliharaan Semulajadi Congo (ICCN) berjaya merakamkan gambar okapi itu di Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Congo.
Dr. Noelle Kumpel dari ZSL berkata: "Untuk merakam foto pertama seumpamanya bagi makhluk yang berkarisma itu adalah menakjubkan. Lebih-lebih lagi apabila spesies ini berasal dari sini lebih sekurun lalu.
"Okapi adalah haiwan pemalu yang unik. Tinjauan-tinjauan sebelum ini hanya cenderung merekodkan tahi dan tanda-tanda kewujudannya yang lain."
Okapi yang mempunyai lidah hitam seperti zirafah dan belang seperti kuda belang di belakangnya, dikesan kali terakhir di Taman Negara Virunga hampir 50 tahun lalu di muara barat Sungai Semliki.
Thierry Lusenge dari kumpulan ZSL Congo berkata: "Foto tersebut menunjukkan secara jelas belang-belang pada bahagian belakangnya, yang kelihatan seperti cap jari yang unik.
"Kami telah dapat mengesan tiga daripadanya dan kerja-kerja tinjauan lanjut akan membolehkan kami menaksir bilangan populasi dan pengagihannya di sekitar taman ini, yang mana ia merupakan langkah utama yang penting dalam menyasarkan usaha pemuliharaan."
Status sebenar okapi tidak dapat dipastikan akibat konflik perang saudara dan tahap infrastruktur yang lemah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cantik okapi ni.. belakang dia macam zebra la pulak....
tak pernah tahu pasal ni... wonder ianya macam seladang juga -
mesti wild animal ni - so maknanya tak pupus la species ni.. untung kita
dapat tengok juga haiwan ni, eh - |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantik dan unik.... masih lagi ade haiwan yg sebegini
harap harap spesis ni tak akan pupus macam tasmanian tiger |
|
|
|
|
|
|
|
aikk ingat dah pupus |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 a.ceCCo's post
ye la..macam haiWAN YG dalam thread teka teki cecco tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 firdaruddin's post
ohhh patutla |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 dexa\ catat
penah tengok dalam dokumentari kat channel history....ingatkan ape td....
ade satu lagi spesis yg hampir pupus kat australia.....yg mcm tiger tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 tangopapa's post
macam tiger ?
yang mana ye -
sebab kalau wombat... tak ada macam tiger pulak
dan tak pula endangered -- |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 dexa\ catat
tasmanian tiger...... |
|
|
|
|
|
|
|
cantik...tinge dia comei
rasa mcm sonok bila haiwan yg disangka dah pupus tibe2 dijumpai semula
sambil2 pikir selama ni mereka nyorok kat mana |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 hunt_fear\ catat
yg besar macam seladang pun kita payah nak jumpa, inikan plak kecik mcm rusa |
|
|
|
|
|
|
|
baru kenal..hmm..mcm2 spesis binatang dlm bumi Allah yang maha besar nih sebenarnya ehh |
|
|
|
|
|
|
|
ishk! Kat San Diego Zoo ada okapi nie, sihat walafiat lagi...mungkin dah tak ada in wild kot
nie ha gambar dia ku ambil :
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 nhuser\ catat
wahhhh...
gitu gambo sbnarnyer..
mcm kude cume ade belang2 aje
selama ni dia ada kat zoo jer kot, yg hidup bebas mungkin sudah lama tidak dijumpai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 hunt_fear's post
mungkin juga yang hidup bebas sudah lama tidak dijumpai...ada 3 ekor okapi kat SD zoo
nampak macam kuda belang, tapi okapi nie is closely related to giraffe...amazing kan |
|
|
|
|
|
|
|
Apa plak binatang yang dah pupus akan moncol lepas ni, kalau binatang dah pupus tu T-Rex muncul kembali baik tak yah, buat pupus manusia adalah kalau dia muncul balik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|