View: 8910|Reply: 44
|
FI - History in the making at Singapore
[Copy link]
|
|
Sajer nak hangat2kan l agi bahang Singapore first ever FI night race...
History in the making at Singapore
Singapore will make history this week by staging glamour-fuelled Formula One's first ever night race, with safety worries taking a back seat to anticipation of a landmark event.
The tiny but affluent city-state won the right to host the event for five years, with an option to extend to 2017, after agreeing to hold it under lights in a move designed to boost global television ratings.
Sunday's showpiece will also be the first time F1 has raced around the streets of an Asian city, with the circuit hugging some of Singapore's best known colonial-era landmarks like St Andrews Cathedral and The Padang.
With just four Grand Prix left this season, McLaren's Lewis Hamilton goes into the race with a slender one point lead over Ferrari's Felipe Massa in the driver standings, setting the scene for a bumper showdown.
Hamilton, whose lead could increase if he wins his appeal Tuesday against a 25-second penalty imposed on him at the Belgium Grand Prix this month, is looking forward to the novelty factor.
"Singapore is a night time circuit, which none of us have experienced before, but we'll be OK," said the Briton.
Concerns though remain among other drivers about racing under spotlights at the tail end of the monsoon season, with torrential rain a possibility and potentially a dangerous hazard.
The race will start at 8:00 pm (1200 GMT) with final qualifying at 10:00 pm on Saturday, a scenario no Formula One driver has experienced before.
Toyota's Jarno Trulli said many drivers were apprehensive, particularly since they only take to the track on Friday.
"Singapore is a new challenge for everyone because it is the first time we will race there and the first time to race at night," he said.
"We don't know exactly how the track will be or how challenging the conditions could be, so it will be very interesting."
Organisers say 1,500 lighting projectors -- powered by 12 pairs of diesel generators -- will illuminate the 5.067km long Marina Bay track, each one four times brighter than those routinely used at football stadiums.
Leong Yue Kheong, director of F1 projects at the Singapore Tourism Board, insisted that everything had been done to ensure safety, including minimising glare from the lights, especially during rain.
"The way the light projectors are constructed is to make sure that they minimise glare," he said.
"I don't think we can totally eliminate or remove glare, especially when there is rain. When there is rain, all kinds of problems can be anticipated: the backwash, the water, the mist and so on.
"But I think what the lighting consultant has done is to minimise the glare that will affect the drivers."
Singapore, which is working to market itself and the race as the "Monaco of the East", is banking on the spectacle attracting hordes of tourists and is anchoring the long weekend with more than 10 lifestyle events.
These include the Singapore River Festival and the Singapore Motor Show, as well as the Amber Lounge after-race party, which costs 1,000 Singapore dollars (710 US) to get in, and a gala dinner at 4,000 Singapore dollars a head.
That said, it should be an exciting race. There are 25 turns but unlike the more famous street circuit at Monaco where overtaking is almost impossible, in Singapore there will be several opportunities.
The best will be at the end of Raffles Boulevard and as the cars cross Esplanade Bridge and brake for the righthander at the Theatres on the Bay.
McLaren CEO Martin Whitmarsh said that for the teams it was all about adapting to a new environment.
"Singapore is a new event, a new circuit. It's complex, there are 25 turns so the teams, engineers, drivers must become familiar with that," he told www.crash.net.
"It is run at night so the crew need to adapt to the shift patterns of being able to run and develop the car through the night and the drivers must become familiar with a new track when dark and under different conditions." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Who will walk away with the first Singapore Grand Prix trohpy
designed by the Lion City's very own Zulkifle Mahmod?
Tumpang bangga... anak Melayu..!!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Singapore Grand Prix facts
Singapore hosts its inaugural Formula One Grand Prix on September 28.
It will be also be the first race held at night anywhere in the world and
the first F1 race on a street circuit in Asia.
Here are some facts:
Singapore
First F1 GP: 2008
Circuit: Public streets around Marina Bay area
Spectator capacity: 110,000
Track length: 5.067 km
Number of laps: 61 (309.087 kilometres)
Number of turns: 23
Maximum speed: 300 kmh (188 mph) along Raffles Boulevard
Overtaking opportunities: Turn 1 (Pit Straight), Turn 7 (Raffles Boulevard), Turn 14 (Esplanade Drive)
Race direction: Anti-clockwise
Start time: 8:00 pm (1200 GMT) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Congratulation Singapore.....well done! |
|
|
|
|
|
|
|
dah round2 kat singapore. sure best .... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu hubby dah sound nak belikan tiket for F1 ni tapi bila dfikirkan..lebih baik hubby terus pulang Brunei jer..heheheheh...
Opportunity yg ader saya tolak....ish! |
|
|
|
|
|
|
|
FORMULA SATU SINGAPURA
SEMUANYA LANCAR
Oleh
Mohd Sani Ali
DENGAN dua kereta keselamatan melakukan tinjauan ke atas Litar Marina Bay malam tadi, ia dengan sendirinya mengesahkan semua persiapan bagi Grand Prix SingTel berjalan dengan sempurna.
Kereta Mercedes-Benz Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang biasanya meluncur laju sebelum setiap perlumbaan berlangsung bagi memastikan keadaan litar dan kawasan sekeliling dalam keadaan terbaik, kelihatan turut menguji keadaan litar sejauh 5.067 kilometer.
Ia juga turut meninjau cahaya lampu yang dibekalkan oleh 1,500 projektor yang dikatakan mempunyai kekuatan empat kali ganda berbanding cahaya lampu sesebuah stadium.
Semalam juga merupakan hari paling sibuk bagi para pemandu Formula Satu.
Bukan setakat sibuk mempersiapkan diri dan kereta bagi menghadapi ujian di Litar Marina Bay apabila sesi latihan bermula malam ini, malah turut sibuk dengan kegiatan yang diatur oleh pihak penaja pasukan masing-masing.
Selain daripada sidang media dan beberapa acara privet anjuran penaja, beberapa pemandu juga turut terlibat dengan majlis jamuan malam yang diadakan dan dikatakan berjalan hingga lewat dinihari.
Namun begitu, tumpuan tetap lebih menghala ke kawasan pit yang terletak dekat Singapore Flyer.
Kerana di situlah para jurutera dan mekanik kelihatan sibuk memastikan keadaan kereta dan jenteranya sudah bersiap untuk mengharungi cabaran pada perlumbaan 61 pusingan di atas litar yang pertama di rantau Asia Tenggara ini.
Pada keseluruhannya, semua pemandu memberikan 'lampu hijau' ke atas litar bercahaya lampu pertama dalam sejarah lumba kereta Formula Satu.
Seperti kata pendahulu Grand Prix Formula Satu, Lewis Hamilton dari McLaren-Mercedes, semua peserta akan memecut hampir 300 kilometer sejam di bawah sinaran cahaya lampu.
'Inilah yang saya nanti-nantikan, cabaran baru di gelanggang baru,' kata Hamilton.
Bersama rakan sepasukan, Heikki Kovalainen, dan pemandu Red Bull, David Coulthard dan Mark Webber, mereka memberi 'tanda jempol' ke atas litar tersebut.
'Mereka kelihatan telah melakukan persiapan dan kerja-kerja yang terbaik bagi perlumbaan ini,' kata Webber.
Pandangan yang sama turut diluahkan oleh pemandu Jerman, Sebastian Vettel, juara Grand Prix Italy dari pasukan Toro Rosso-Ferrari.
Beliau bersama beberapa pemandu telah mengadakan tinjauan dengan berjalan di sekeliling litar tersebut bersama jurutera pasukannya dan mengambil nota mengenai litar dan selekohnya.
Tetapi Vettel enggan berkongsi apa yang dicatatkan oleh pasukannya.
Tidak seperti Hamilton yang lebih terbuka memberitahu mengenai perkara-perkara yang penting seperti selekoh dan laluan lurus.
Terdapat 23 selekoh pada Litar Marina Bay ini yang turut dianggap sebagai cukup mencabar.
Namun suatu yang pasti menjadi perhatian semua pemandu ialah cuaca yang diramalkan hujan pada hujung minggu ini.
'Saya tetap menanti dengan penuh minat walaupun diramalkan hujan,' kata Hamilton tersenyum kerana beliau disifatkan sebagai pemandu yang paling mahir menguasai litar yang basah. |
|
|
|
|
|
|
|
My fren beli grandstand tix for all 3 days, $680....tambah sikit dapat satu bag LV... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 chicsee's post
kalau dah die hard fan... tiket beribu pun they dont mind buying...
duit tu kasi kita2 ni.. kan lagi baik..!! |
|
|
|
|
|
|
|
McLaren Mercedes Formula One driver Lewis Hamilton of Great Britain
is seen at event shortly after arriving in Singapore on Tuesday Sept. 23, 2008.
|
|
|
|
|
|
|
|
DUA BERANAK SANGGUP BELI TIKET HAMPIR $3,000 UNTUK TONTON DI LITAR
Oleh
Nazri Hadi Saparin
SELALUNYA orang menangis kerana sedih, tetapi Nurul Huda Farid menangis kerana terlalu gembira dapat menonton Formula Satu (F1) secara langsung di litar perlumbaan!
Bahkan, guru pelatih berusia 22 tahun itu berani menitiskan air mata di hadapan khalayak ramai kerana tidak dapat mengawal emosinya dek F1.
Demikian semangat Huda semasa menonton secara dekat sukan yang diminatinya sejak lima tahun lalu.
Lantas, apabila Singapura menjadi tuan rumah perlumbaan malam pertama F1, beliau tidak melepaskan peluang membeli tiket untuk menyaksikannya secara langsung.
Malah, beliau membeli tiket grandstand termahal berharga $1,388.
Huda akan menikmati perlumbaan malam pertama dunia itu bersama bapanya, Farid Ahmad, 50 tahun, yang membeli tiket yang sama.
Mungkin ramai yang 'ternganga' dengan kesanggupan pasangan bapa dan anak itu berbelanja hampir $3,000 bagi menonton F1, tetapi bagi Huda, ia adalah satu 'pelaburan' yang berbaloi.
'Singapura mencipta sejarah dengan menjadi hos perlumbaan F1 malam pertama.
'Jadi sebagai peminat setia F1, kami tidak mahu melepaskan peluang ini,' ujar beliau, yang setiap tahun, sejak lima tahun lalu, menonton F1 di Sepang, Malaysia.
Meskipun anaknya boleh dikatakan 'peminat baru' F1, Farid pula sudah lebih dua dekad terpaut dengan sukan tersebut.
Dua lagi anak Farid dan isterinya juga meminati perlumbaan F1 dan sering menontonnya di Sepang.
Beliau berkata litar Singapura adalah yang terbaik bagi sebuah litar jalan raya dan tidak sabar menantikan bermulanya perlumbaan.
'Berbanding litar jalan raya F1 yang lain, litar Singapura agak mencabar dan menjanjikan perlumbaan penuh drama.
'Perlumbaan malam juga menguji kemahiran para pemandu, lebih-lebih lagi jika hujan,' ujar beliau, yang bertugas di sebuah syarikat luar lepas pantai.
Farid dan anaknya merupakan peminat pasukan Ferrari, meskipun kesetiaan Huda lebih kepada pemandu pasukan tersebut - Kimi Raikkonen.
Malah, beliau telah membelanjakan lebih $100 untuk menghasilkan sepanduk sebagai tanda sokongan kepada pemandu asal Finland yang dikenali dengan nama julukan 'Iceman' itu.
'Susah untuk katakan sama ada perlumbaan di Singapura ini akan menentukan juara F1 2008.
'Tapi tentunya saya harap Iceman menang. Jika beliau menang, bertambah meriahlah pengalaman saya nanti,' kata Huda. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miezarra_27 at 26-9-2008 02:29 PM
http://d.yimg.com/us.yimg.com/p/ap/20080923/capt.cdaecb1206aa4108bceba8ae33fd37d2.singapore_car_f1_hamilton_hearing_sin115.jpg?x=219&y=345&q=85&sig=E62QK6Oumsnm0c.JE5cWSQ--
McLaren Mercedes Fo ...
Suka dia ni....encem.... |
|
|
|
|
|
|
|
FI sedang berlangsung sekrg...details pls... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 miezarra_27's post
hensemnyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 miezarra_27's post
ha'ah.. blehlah kita shopping mopping eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian
WOW! MARINA BAY MENGAUM
Oleh
Nazri Hadi Saparin
SETELAH lebih setahun merancang, membangunkan prasarana perlumbaan dan memasarkan Grand Prix Singapura kepada dunia, litar Marina Bay akhirnya mula bernyawa dengan dua sesi latihan semalam.
Sesi pertama bermula tepat pada 7 malam dengan kereta pertama Formula Satu (F1) meninggalkan lorong pit untuk membakar litar Marina Bay buat pertama kali.
Deruman bunyi enjin kereta F1 itu disusuli petikan kamera ribuan penonton di Pit Grandstand yang merupakan galeri penonton di garisan permulaan litar.
Lantas, para penonton itu menjadi antara peminat pertama yang menyaksikan kereta-kereta pecut F1 berlumba di Kota Singa ini, sekali gus menjadi sebahagian lipatan sejarah negara.
Para peminat F1 tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan insiden 'drama' pertama perlumbaan Singapore Grand Prix.
Kurang setengah jam selepas sesi latihan pertama, pemandu pasukan Red Bull, Mark Webber, terbabas di salah sebuah selekoh, sekali gus menamatkan sesi latihan beliau.
Sebelum sesi latihan itu, keghairahan para penonton diisi menerusi beberapa sesi latihan perlumbaan sampingan.
Sesi latihan Formula BMW Pacific membuka tirai hari pertama perlumbaan pada 3 petang, disusuli sesi latihan Piala Asia Aston Martin dan kemudiannya Piala Asia Porsche Carrera.
Di sekitar litar, suasana pesta begitu dirasa dengan para penonton bertali arus melawat gerai-gerai barangan F1 yang terletak di beberapa lokasi di serata litar.
Peragawati Ukraine, Cik Katya, 17 tahun, nampak ceria meskipun baru tiba di Singapura pagi semalam.
'Saya seronok berada di Singapura untuk sama-sama mencipta sejarah,' katanya, yang melawat Singapura bersama teman lelakinya.
Antara mereka ialah teman sekerja yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Annie, 35 tahun, dan Cik Yuli, 31 tahun.
Mereka ditemui semasa sibuk membeli-belah cederahati F1 sebelum sesi latihan bermula.
'Kami bukan peminat F1, hanya datang untuk melihat-lihat dan merasakan suasana perlumbaan,' kata Cik Annie.
Ditanya tentang barangan F1 yang dibeli, Cik Yuli berkata: 'Saya tidak sokong mana-mana pasukan, mana yang cantik dan berkenan di hati, saya beli'.
Turut ghairah ialah pasangan suami isteri, Encik Hasziri Kasban, 30 tahun, dan Cik Kharyani Abdul Karim, 28 tahun, yang merupakan peminat setia pasukan Ferrari.
Lengkap dengan pakaian Ferrari mereka ditemui semasa sibuk mencari gerai makanan untuk membeli juadah berbuka.
'Walaupun sedang berpuasa, kami tidak mahu lepaskan peluang menyaksikan perlumbaan di Singapura,' kata Cik Kharyani, yang sempat 'menyeludup' epok-epok meskipun makanan dan minuman tidak dibenarkan ke dalam kawasan litar. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|