CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 0

Politik Laut Hitam menguji hubungan Turki-AS

[Copy link]
Post time 26-9-2008 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Haris Zalkapli     
                                   
Wed | Sep 24, 08 |  3:28:23 pm MYT  

Konflik Rusia dengan Georgia Ogos lalu kini semakin dirasakan kesannyadi negara-negara berhampiran, dengan masing-masing menilai implikasipertempuran tersebut, dan menyusun langkah bertindak seterusnya.


Turki ialah antara negara paling terkesan akibat konflik tersebut,disebabkan kedudukannya sebagai negara yang menguasai Laut Hitammelalui satu perjanjian lama, Konvensyen Montreux 1936 yang mengiktiraflaut itu sebagai domain Turki, pewaris empayar Uthmaniyah danmenghadkan jumlah dan tempoh kapal negara lain memasuki Laut Hitam.Wilayah Turki ialah laluan masuk ke Laut Hitam, hakikat yangmenyebabkan Turki menerima kesan langsung daripada persaingan Rusiadengan AS.
Sebagai reaksi kepada Rusia, Amerika Syarikat menghantar kapalperangnya memasuki Laut Hitam untuk menyampaikan bantuan kemanusiaankepada Georgia, sebagai alasan untuk menyampaikan mesej kepada Rusiabahawa Rusia bukan satu-satunya kuasa tentera di Laut Hitam.


Dua kapal perang tentera laut AS memasuki Laut Hitam dan berlabuh dipelabuhan Georgia, dilaporkan tanpa mengikut peraturan memintakebenaran daripada Turki dalam tempoh ditetapkan.


AS menghantar dua kapal perang ke Georgia, USS McFaul dan USSMount Whitney, memberikan tanda konfrontasi walaupun hanya menyampaikanbantuan kemanusiaan.


Hal ini juga menyebabkan berlaku pergeseran melibatkan Washingtondengan Ankara. Turki mahu berhati-hati agar tidak menyinggung Rusiatetapi tidak mampu menolak terus permintaan AS.


Akibatnya, kini Ankara terpaksa mengimbangi dua kuasa politikdunia yang menggunakan Laut Hitam sebagai medan persaingan mereka,iaitu Rusia dan AS. Tidak lama dulu, Rusia bertindak balas mengharamkaneksport barangan Turki, dilihat sebagai tindak balas terhadap tindakanTurki membenarkan kapal perang AS melalui selatnya dan memasuki LautHitam. Rusia juga memerhatikan kehadiran kapal-kapal perang Nato keLaut Hitam pada masa yang sama untuk satu latihan.


Kehadirankapal-kapal perang banyak negara di laut itu juga pada masa kritikalini berupaya mengundang risiko konflik.

Jika terjadi sesuatu yang di luar jangka, konflik boleh tercetus dan menjadikan politik Laut Hitam lebih kompleks.Rusia juga bagaimanapun menggunakan saluran diplomasi, apabilamenteri luar negara itu, Sergei Lavrov mengadakan kunjungan ke Turkisebagai usaha mempengaruhi Turki yang turut menerima tekanan AS yangmelihat Konvensyen Montreux tidak menyebelahi kepentingannya.


Kedua-dua Turki dan Rusia menyedari kepentingan menghadkanakses negara lain kepada Laut Hitam. Rusia melihat pengaruhnya di LautHitam semakin terancam selepas Ukraine berpihak kepada Barat dannegara-negara pesisir laut tersebut, Bulgaria dan Romania, menjadi ahliNato.


Perjanjian penempatan tentera laut Rusia di Sevastopol, diCrimea, Ukraine akan tamat pada 2017 nanti, mendatangkan satu situasisukar kepada Rusia. Vladimir Putin semasa memegang jawatan presidenpernah menawarkan "perlindungan" kepada Ukraine sebagai balasanmelanjutkan perjanjian penempatan tentera laut Rusia itu.


Tanpa Sevastopol, Rusia terpaksa membina sebuah pangkalantentera laut baru, yang akan menelas kos besar dan berkedudukan kurangstrategik berbanding Crimea yang sememangnya bersifat Rusia, disebabkanhubungan sejarah sejak era Soviet.


Hal ini menunjukkan pentingnya Ukraine kepada Rusia, disebabkankedudukannya yang strategik di antara Eropah dengan Rusia dan mempunyaipantai Laut Hitam yang panjang.


Turki terpaksa berdepan tuntutan sekutu Natonya, AS dan negarayang berkongsi kepentingan untuk memelihara Laut Hitam daripadapengaruh luar, Rusia. Apa pun, peningkatan percaturan politik AS denganRusia mampu melemahkan pengaruh Turki terhadap Laut Hitam disebabkantekanan dua kuasa besar tersebut. - mr _
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.224431 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list