View: 12659|Reply: 25
|
[INFO] Mogang / Mantai
[Copy link]
|
|
Edited by Syd at 24-5-2019 08:40 AM
Post Last Edit by Syd at 11-7-2009 03:48
Mengekal tradisi mogang
MEMBAKAR lemang dan memasak rendang bagi menyambut Ramadan menjadi tradisi di Negeri Sembilan.
BERLAINAN dengan negeri-negeri lain di Malaysia, tradisi mogang dibNegeri Sembilan merupakan satu amalan istimewa yang sering dilakukanboleh masyarakatnya.
Ia merupakan tradisi membuat lemang dan menyembelih kerbau ataublembu pada hari menentukan tarikh permulaan puasa dan sambutan hariraya. Walaupun tidak semua yang melakukannya, tetapi amalan inibmenceriakan kedatangan Ramadan.
Menurut suri rumah, Habibah Said, 58, tradisi ini telah lamabdiamalkan. Malah seingat beliau, sejak kecil lagi ibu bapa dan pendudukbkampung telah melakukannya.
"Amalan membuat lemang menjelang bulan puasa telah lama dijalankanbsejak zaman nenek-moyang kita lagi. Keluarga saya tidak pernahbketinggalan membuat lemang untuk dimakan bersama keluarga sebelumRamadan.
"Tradisi ini juga dipanggil mantai kerana pada hari tersebut, kerbaubatau lembu akan disembelih untuk dijual dagingnya kepada mereka yangbmahu memasak rendang sebagai pencicah kepada lemang tersebut," katabHabibah yang sering membuat lemang sebanyak dua gantang setengah setiapbkali menjelang Ramadan.
Sebanyak dua gantang setengah beras pulut diperlukan untuk 50 batangbbuluh (jika buluhnya kecil), manakala seandainya buluh yang diambil agak besar, hanya 35 batang buluh diperlukan.
Proses memasak lemang biasanya mengambil masa antara lima hingga enam jam. Ini termasuklah kerja-kerja membersihkan buluh, memasukkan daun pisang, beras dan santan yang telah dicampur sedikit garam ke dalam buluh hinggalah tiba waktu ia dibakar.
"Untuk proses pembakaran lemang pula, penjagaan api amat penting agar lemang tidak hangus atau kurang masak. Ia begitu menuntut kesabaran kerana berhadapan dengan haba dan kepanasan api yang membakar begitu meletihkan.
"Selain itu, jika lemang sudah hampir masak, ia perlu diketuk-ketuk bagi memampatkan isi di dalamnya dan dibalik-balikkan untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna," katanya.
[ Last edited by blackpearl at 17-11-2008 10:57 PM ]
|
|
|
|
|
|
|
|
oghang mantai slalu eh dokek2 ghayo haji.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 firdaruddin's post
silap tu din
mantai slalu eh....sari sobolom ghayo
tak kiro ghayo poso atau ghayo aji |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 sampoe's post
tompek den ghayo poso xdo pulak buek......ko dio bue kek ulu2 tu..yo la..dah kughang skit amalan2 camni buek ghoghamai..solalu eh buek sondighi2 yo.. |
|
|
|
|
|
|
|
adikbun,
tepek cito yang tadi kat sini..
semuo ee..
tepek kat sini balik |
|
|
|
|
|
|
|
kek kg den kek pilah mantai selaunya di buat sehari sebelum puasa dan sehari sebelum hari raya. persiapan nya selalu seminggu awal dlm menentukan kerja yg akan dibuat. kerja akan dibahagikan kerana selalunya mantai ni dibuat gotong royong.
selalu nya tiga buah rumah yang terlibat. ini sebabnya rumah nenek aku dan adik beradiknya berdekatan kata org tua tua ujung dapur aje. org lelaki akan buat kerja berat berat spt cari buluh, sembelih lembu, kayu api, siap kan kawah utk mengacau penganan atau pun wajik dan kupas kelapa.org pompuan lak kukur nior, perah santan, siap kan buluh lemang cari daun pisang,potong bawang dan siap kan segala kelengkapan utk memasak.
memang meriah sebab semuanya dibuat kat satu area kek situ nanti ada pangking dan khemah utk berteduh. menjelang tengahari semuanya dah terjerang wajik, penganan, lomang dan rendang. sambil bergurau senda dan bergilir gilir kami buat segala kerja bersama dari atuk nenek hinggalah ke cucu.
dulu bila mantai ni siapa yg dah kerja tu akan ambik cuti supaya leh turut serta. paling riuh masa kejar ayam selalunya tugas ni memang di beri kpd bebudak. pas tu tgk siapa paling terra tangkap ayam.
paling best time merasa penganan cair dan bolah lomang paneh paneh makan dgn rendang ayam kg campur daun puding. makan berobut robut ni lah yg paling sodap. part yg aku suka bahagian kepala lomang penuh dgn santan dan dia tak berapa keras. malahan sampai sekarang kalau ke pasar tani bila aku teragak nak makan lomang aku pasti tanya pada penjual tu kalau dia ada simpan kepala lomang tu kekadang tu dapat free aje. aku pun tak tahu kenapa dia org tak jual kepala lomang tu.
tapi ini semua tinggal konangan ajo. kat kg tinggal org tua tua. yg muda dah malas nak ambik cuti bagi meraikan mantai ni. jadi yang tinggal sekarang ni tiap rumah buat rendang sendiri lomang, wajik dan penganan tempah aje pada yg menjual.aku rasa rugi sungguh sebabnya anak anak sekarang tak dpt mengenal warisan bangsa yg meriah spt ni.tak macam zaman aku dulu mandi sungai, main meriam buluh, bunga api, baraan dari satu rumah ke satu rumah semuanya dah tak ada. sayang kan................ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima laa
hadiah daging mantai dari den.
heheh
/- pm den tak buleh guno laie. anggap jo den dah bank in. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lupa lak nak cerita makan lomang dgn rendang betik pun sedop. ponah raso tak. masa mula mula makan dulu tak tahu pas tu bila tanya tanya rupa eh rondang botik muda sampai sekarang masih mencari resepi yg sodap bolum jumpo lai sambal betik makan dgn nasi lomak dah tahu nak buek rondang yo bolum lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sodap tepek lah resepi kat sini atau pun nak kena bagi pengeras dulu. kongsilah tak baik kedukut ilmu........... |
|
|
|
|
|
|
|
Puspanita Seremban anjur Hari Mantai
Ahli-ahli Puspanita cawangan Seremban membungkus daging pada program Hari Mantai di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Seremban, semalam.
SEREMBAN 20 Ogos - Seramai 50 ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) cawangan Seremban menyertai program Hari Mantai di Kompleks Pentadbiran Daerah dekat sini hari ini.
Setiausahanya, Noor Zaila Mohd. Yatim berkata, program tersebut dianjurkan buat julung-julung kali sempena menyambut kedatangan Ramadan dengan matlamat merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli.
Menurut beliau, mantai iaitu amalan menyembelih, melapah serta memotong daging haiwan ternakan secara bergotong-royong merupakan tradisi turun-temurun yang diwarisi masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di negeri ini bagi memeriahkan sambutan Ramadan serta Syawal.
''Kesemua peserta program menyumbang tenaga melapah dan memotong daging seekor lembu seberat 400 kilogram sumbangan Puspanita cawangan Seremban," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Noor Zaila memberitahu, daging lembu yang siap dipotong diagihkan kepada 120 ahli Puspanita cawangan Seremban serta 40 keluarga kurang berkemampuan dan ibu tunggal di sekitar daerah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
ramadhan datang lagi. kali ni mantai aku buat kelainan. aku masak nasi impit, soto ayam dan rendang kerang dgn pegaga.
entah kenapa terasa bosan lak nak masak rendang ayam atau daging. lomang pun aku tak beli kali ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Daging segar dijual esok
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
[email protected]
SEREMBAN 16 Sept. - Sebanyak 16,080 pelbagai hasil ternakan akan dijual sempena Program Mantai Perdana 2009 yang akan berlangsung di bekas tapak Kem Paroi di sini Jumaat ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara yang akan dijual ialah 10,000 ekor puyuh, 3,000 ekor ayam daging, 1,000 ekor ayam telur dan 1,000 ekor itik.
''Tahun ini, kerajaan dan pihak swasta akan melaksanakan Program Mantai Perdana dengan lebih sistematik. Kita perbaiki kelemahan lalu dengan menyediakan bekalan yang cukup," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Katanya, selain hasil ternakan yang dinyatakan itu, sebanyak 430 ekor lembu, 30 ekor kerbau dan 620 ekor kambing juga akan dijual dagingnya kepada orang ramai.
Hari Mantai di Negeri Sembilan diadakan sehari sebelum berpuasa dan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi membolehkan orang ramai memperoleh bekalan daging.
Kata Mohamad, syarikat yang terlibat dalam program itu ialah National Feedlot Corp., Ipoh Cape Farm, Felda Farm Product, Syarikat Ayam Mega, Menara Rapi/Subur Sejahtera, Al-Barakah, Farm Fresh Sdn. Bhd., De'Kaebun, EXQ Farm dan Syarikat Nara Jaya.
''Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga menyediakan daging rusa dan puyuh untuk dijual" jelas beliau.
Mengenai harga yang ditawarkan kepada orang ramai, Mohamad berkata, ia akan mengikut harga semasa dan ada juga yang lebih murah daripada harga pasaran.
''Bagi daging lembu pejal biasa kita menjualnya pada harga RM18 sekilogram, manakala tulang dijual pada harga RM16 sekilogram. Ayam daging dijual pada harga RM6 sekilogram," jelas beliau.
Mohamad berkata, Program Mantai Perdana diharap membantu pengguna mendapatkan produk hasil ternakan pada harga yang berpatutan. |
|
|
|
|
|
|
|
esok da mantai...best eh...xsabar den nk balik kg ni...nk makan sup tomonsu... |
|
|
|
|
|
|
|
mantai2 ni yg buek moriah rayooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah muak da makan daging ghondang and gulai......huhu....mana2 pogi org mask daging tem ghayo ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah muak da makan daging ghondang and gulai......huhu....mana2 pogi org mask daging tem ghayo ni
nur82 Post at 20-9-2009 22:10
pening gak asik makan rendang |
|
|
|
|
|
|
|
salam ummah.
selamat berposo. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Momod dan kawan2 dlm Bod Negori ni. Salam kona. Musim nak ghayo ni teringat kat lemang tepung. Ado ko yg sudi share resepi? Cari dlm google ado tompi jonih yg tak longkap. Sey tak ghoti kalau resepi jonih lotak topung duo paket, kelapa 5 biji..gitewlah. kot ado sudi share sey ucapkan mokasih banyak2. p/s gambar lomang dibakar ehsan dari google. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|