CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7575|Reply: 31

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

[Copy link]
Post time 16-10-2008 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

Oleh ANGELINA SINYANG


Shahruzzaman Abdul Halim menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik sebanyak hampir enam kali ganda semasa berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di Ipoh semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 03:38 PM | Show all posts
kena tanya bro lebam berapa dia kena bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 03:42 PM | Show all posts
mujo rumah aku takde pintu...


ade windowsXP ngan vista je
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 04:28 PM | Show all posts
Rumah Banglo cukai pintu RM 108.80 setahun ( RM 54.40 untuk 6 bulan)

Dema silap kira kot atau masih guna cukai untuk tafsiran tanah kosong gamaknya kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 04:33 PM | Show all posts

Pakatan Rakyat dah takder duit la tu

Eksen sangat. Sekarang income x cukup mulalah dok terkorek2 sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 04:35 PM | Show all posts
tu la......pangkah lagi...pangkah lagi.....

skarang betul punyer kena pangkah......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2008 09:42 PM | Show all posts
hehe ate udah nak taraf bandaraya ambik laa kome
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 07:52 AM | Show all posts
MBI nak tolong PAFA bayor gaji pemain2 bola yg tertunggak berbulan2 tu kot  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by valkries at 16-10-2008 03:38 PM
kena tanya bro lebam berapa dia kena bayar..

cukai pintu ni ikut nilai semasa hartanah area tesebut
ade formula nak mengiranya... tapi the basis of the calculation is the value of the property...

pada teman ade kemungkinan kenapa jadi naik 500% tu sebab area klebang ni baru jer membangun. so sebelum tu, masa mula2 membangun nilai hartanah kawasan tu rendah. Tu yang rumah bangalow pun cuma RM108 setahun jer... berbanding dgn kawasan teman... romah teman double storey semi-d kene cukai pintu RM380 setahun. Ini sbb kawasan udah lama membangun

Jadi mengikut perkembangan mutakhir, kemungkinan nilai2 hartanah kawasan kawasan klebang udah naik mencanak2 sbb teman tengok selain dari kawaan residential... rumah2 kedai juga udah penuh sepanjang jalan ke chemor tu...
Jadi kalau itulah yang sebenornye berlaku..  maka kalau kene bayor RM691.20 setahun. tu kira berpatutan le.... baru equitable dgn cukai pintu kawasan2 lain dalam area bandaraya

Area2 perumahan kawasan seperti kat padang polo, greentown, jalan gopeng.... sebab ni kawasan up market yang nilai hartanah yang mencecah RM100 ringgit psf.. beribu2 ringgit tuan hartanah kat area tu kene cukai taksiran setahun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 08:31 AM | Show all posts
oh camtu ..baru teman paham..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 08:48 AM | Show all posts
* sama seperti yg aku ckp semlm dia org belum ubah senarai nilaian dia, masih guna status tanah kosong

UTUSAN MALAYSIA 17 OCT 2008

Cukai pintu naik 500 peratus kerana nilaian semula hartanah

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 16 Okt. - Bayaran cukai pintu di Bandar Baru Sri Klebang meningkat sebanyak 500 peratus bermula November ini, ekoran penilaian terbaru ke atas hartanah di kawasan itu.

Pejabat Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, Lot 186990 hanya dikenakan cukai tahunan sebanyak RM108.80 sebelum ini kerana dinilai sebagai tapak kosong pada 2005.

Menurutnya, tapak itu kemudian telah dimajukan dengan pembinaan sebuah rumah banglo berkeluasan 277.694 meter persegi dan pindaan nilaian ini dibuat berdasarkan nilai tahunan berjumlah RM4,320.

''Nilai tahunan ini diperoleh daripada penilaian sewa berjumlah RM360 sebulan iaitu pada kadar RM1.29 satu meter persegi yang merupakan kadar atas nilaian tahun 1982 kerana kerajaan negeri tidak membenarkan MBI membuat penilaian semula ke atas harta-harta dalam kawasannya," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas hartanah di kawasan itu masih rendah berbanding dengan nilai semasa.

''Untuk makluman, kadar sewa semasa di kawasan tersebut untuk harta jenis banglo ialah RM800 hingga RM1,500 sebulan.

''Sepatutnya nilai tahunan berdasarkan sewa semasa itu ialah antara RM9,600 hingga RM18,000 tetapi nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas harta ini cuma RM4,320 sahaja," kata kenyataan itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor terkejut apabila menerima notis MBI yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu bermula 1 November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Penduduk kawasan itu mendakwa mereka sebelum ini hanya membayar cukai taksiran sebanyak RM108.80 setahun tetapi perlu membayar sebanyak RM691.20 setahun bermula 1 November ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #11 TUKANGKEBUN's post

nampaknye betui le teman punye analisa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:01 AM | Show all posts
uiii...mampu bina banglo, tp nak bayo setahun RM691 pn bisin
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:18 AM | Show all posts
kesian kat kerajaan perak yang berhak dapat duit dari kerajaan pusat.  takpelah, biar teraniaya, daripada hidup menafikan hak dan memakan hak orang lain.  
sia-sia je dok baca al-fatihah dalam solat 5 kali sehari tapi tak dapat hidayah apa-apa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:27 AM | Show all posts

Reply #12 Al Lebam's post

sekali nenguk teman udah tahu cerita dia weh

x lojik rumah banglo cukai RM 54.40 sepenggal

sebenarnya bab cukai pintu nie ramai yg konfius

kita sign je agreement beli, udah start kena cukai walaupun belum terpacak sebtg tiang pun tapi rate tanah kosong la

untuk pengetahuan korang SUB Stattion TNB & Loji Kumbahan Inder Water pun kena bayor cukai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 10:08 AM | Show all posts

Balas #13 Pikir\ catat

ape laa 690 tu, mcm 6.90 sen jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2008 10:11 AM | Show all posts

Balas #15 TUKANGKEBUN\ catat

teman baru tau nih, sape yg kena bayor cukai indah water tu? bukan termasuk sekali dalam bil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by Pikir at 17-10-2008 09:01 AM
uiii...mampu bina banglo, tp nak bayo setahun RM691 pn bisin



kekekke....betui tue pk....nak simpan sorang jer duit dier...kenalah pikir rakyat2 lain gak...ada kegunaan cukai2 nie...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 02:51 PM | Show all posts

Reply #17 tangopapa's post

tu Indah Water kena bayaor sendiri lah

satu lagi kes PLUS x nak byr Cukai Pintu Kws Plaza Rehat dgn alasan ianya kemudahan rakyat

dan MINES tak nak bayar cukai pintu dlm Lot Banglo kws dia dgn alasan semua kemudahan / penyelenggaraan dia tanggung sendiri

tapi hakikatnya setiap kws dibwh pentadbiran PBT kena bayor cukai pintu sbb termaktub dlm Akta Kerajaan Tempatan 1976

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 02:56 PM | Show all posts

Reply #9 Al Lebam's post

Cukai pintu boleh diturunkan dgn syarat

1) Ada bantahan drp peduduk setempat melalui Psatuan Pduduk dgn alasan yg munasabah (dkt dgn loji, Infra x lengkap)

2) Kadar nilaian harta dikws tersebut jatuh akibat geografi & malapetaka alam

3) Rumah kosong tidak diduduki (layak dpt 50% setiap tahun rumah tersebut dikosongkan dgn syarat ada bukti bil & gambar)

3) Campur tangan politik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 1.188105 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list