View: 21166|Reply: 142
|
Legenda Fallen Angels, The Watchers & Nephilim... UPDATE: GIANTS' PICS!
[Copy link]
|
|
Thread ini adalah side-thread kpd thread Malaikat Jatuh Cinta... (MJC)
Oleh kerana dlm thread MJC ada forumers yg bercerita psl Fallen Angels (FA), maka aku rasa baik buka 1 thread khusus utk FA. Selain itu, x lengkap rasanya klu x bercerita juga psl Nephilim & The Watchers, kerana mereka semua ni berkaitan antara satu sama lain. Mod, pls jgn merge thread ini dgn thread yg ada kat MPS, tq.
Pertama sekali, mari kita mulakan dgn Fallen Angels (FA).
Utk membicarakan tentang FA, nak x nak, kita kena berckp psl Azazil aka Iblis aka Lucifer. Sprt yg umum tau, Azazil ialah Jin yg paling taat beribadah kpd Allah, sehingga diriwayatkan, dia diangkat menjadi Ketua Para Malaikat kerana ketaatannya itu. Ada diriwayatkan juga bahwa Lucifer was the most beautiful being that was created, dia ialah pemimpin muzik sewaktu di syurga & pemain harpa (harp) yg cekap (mgkn sebab itu umat islam dilarang memainkan sebarang musik bertali/menggunakan udara) sehinggalah dia menjadi sombong kerana asal usulnya & dilaknat Allah, serta dihukum buang dari syurga. Selain dari itu, ada riwayat lain yg mengatakan bahwa nama Lucifer sblm dia dilaknat, ialah Luciel. Kemudian selepas perisitwa kesombongannya, dia dipanggil sebagai Heylel (dlm bahasa Hebrew ia bererti 'Yg Menyombongkan Diri').
Ada pendapat lain yg mengatakan bahwa Lucifer bukanlah nama yg diberi kpd Azazil, kerana Lucifer itu sendiri bermaksud 'Pembawa Cahaya'. Mengikut common sense, x mgkn org yg dibuang dari syurga, akan diberi nama yg elok sprt 'Pembawa Cahaya', kerana dia bukanlah pembawa cahaya, tapi pembawa kegelapan. Dlm Quran pula, Azazil diberi nama sebagai Iblis selepas peristiwa kesombongannya. Tapi kita akan refer kpd Iblis sebagai Azazil (sedap sket bunyinya).
Ketika Azazil dihukum buang ke bumi, dia tidak dihukum keseorangan. Bersama Azazil, turut dihukum ialah sekumpulan penyokong Azazil yg mengaku Azazil sebagai Ketua mereka. Ada riwayat mengatakan bahwa jumlah mereka ialah 57. Dlm kepercayaan org2 Kristian, Azazil ialah Malaikat. Mereka juga percaya bahwa Azazil dilaknat kerana ingin berperang melawan Allah (merebut kekuasaan Allah). Jadi oleh sebab itulah mereka memanggil Azazil & teamnya sebagai The Fallen Angels (Malaikat Yang Jatuh) berdasarkan peristiwa Azazil & teamnya yg dibuang dari syurga.
Dari situlah, timbulnya perkataan & definisi Fallen Angels.
[ Last edited by mac_taylor at 23-10-2008 10:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pula The Watchers?
Beribu2 atau bahkan beratus ribu tahun dulu, diriwayatkan bahwa Allah menurunkan sekumpulan Malaikat ke bumi utk memerhatikan manusia, & menyampaikan mesej undang2 & keadilan. Malaikat2 ini diturunkan ke bumi dlm bentuk manusia. Namun kerana terlalu lama berada di bumi, kononnya mereka jatuh cinta kpd wanita2 di bumi & lantas mengahwini wanita2 manusia tersebut. Mereka mengajarkan pelbagai ilmu2 yg dilarang utk diajar kpd manusia, sprt ilmu sihir, ilmu astrologi, ilmu perang, ilmu bahasa/bacaan, ilmu rahsia bulan, etc. Bukan saja mereka telah berdosa kerana mengahwini wanita2 bumi, tapi mereka juga telah berdosa kerana mengajarkan manusia dgn ilmu2 yg diharamkan utk manusia.
Versi ke dua ialah, malaikat2 ini telah melihat betapa cantiknya wanita2 yg ada di bumi, lalu Ketua mereka yg bernama Semjaza telah mempengaruhi yg lain utk turun ke bumi & mengambil wanita2 tersebut sebagai isteri mereka sendiri.
Para malaikat2 inilah yg dipanggil The Watchers, sempena tanggungjwb mereka memerhati/menjaga manusia.
Khabarnya, satu perjumpaan ketua2 yg berjumlah seramai 200 malaikat, telah turun di puncak Gunung Hermon, yg terletak di sempadan antara Lebanon & Syria, di mana ia berketinggian 9,000 kaki. Dan malaikat2 itu pula bertanggungjwb ke atas beribu2 lagi malaikat Grigori yg lain. Di atas gunung itu, mereka membuat perjanjian utk mendiami bumi & tinggal bersama2 wanita2 di bumi. Tinggallah mereka di sana sehingga mereka melahirkan anak2 mereka yg berketurunan separuh malaikat & separuh manusia.
Kumpulan malaikat yg berkahwin dgn wanita2 di bumi ini ialah salah satu lagi jenis Fallen Angels, tapi mereka lebih dikenali dgn nama Grigori. Dan oleh kerana dosa2 mereka ini, Allah telah menurunkan Arc Angels (para malaikat utama) sprt Michael, Uriel, Raphael & Gabriel, utk berperang dgn kaum Grigori ini. Walau pun kumpulan Arc Angel telah memenangi peperangan melawan kaum Grigori, tetapi masih ada yg harus dimusnahkan, iaitu anak2 kaum Grigori tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nephilim - Ini adalah nama kaum anak kpd The Watchers tadi.
Kenapa anak2 The Watchers digelar sebagai Nephilim? Ini adalah kerana, Nephilim dlm bahsa Hebrew bermakna 'Yg Berbadan Besar'... Kacukan anak hasil gabungan Malaikat & manusia ini mempunyai badan besar & tinggi - apa yg org skg lebih kenali sebagai Gergasi aka Giant. Katil mereka sebesar 18 kaki, 6 inci panjang & 8 kaki 4 inci lebar! Kesan tapak kaki Giant juga pernah ditemui oleh pakar paleontologist, anthropologist & Geology.
Apa yg terjadi kpd kaum Nephilim?
Oleh kerana saiz mereka yg besar, mereka perlu makanan & minuman yg bnyk, sehingga sampai suatu waktu, mereka juga minum darah manusia. Kebuasan mereka menjadi2 sehinggalah Allah menurunkan banjir di seluruh muka bumi ketika zaman Nabi Nuh, utk membasmi kesemua mereka dari muka bumi. Walau bagaimana pun, ada teori yg mengatakan bahwa ada kemungkinan ada Nephilim yg terselamat dari banjir besar tersebut & mereka terperangkap di dasar bumi, & hanya akan keluar ketika dunia hampir kiamat (Yakjuj & Makjuj ke...?).
Pendapat yg lain menyebut bahwa ada kemungkinan pengetahuan yg diberi oleh malaikat kpd anak2 Nephilim mereka berterusan, walaupun selepas banjir besar, kerana kitab2 rahsia yg mengandungi ilmu2 tersebut ditanam & dikeluarkan semula selepas surutnya banjir oleh segelintir pengikut Nabi Nuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Demikianlah catatan ringkas tentang The Fallen Angels, The Watchers & Nephilim yg sempat aku kongsi bersama pada pagi ni (sempat tido lagik ). Sources aku kutip dari pelbagai sumber, ada yg dari Bible, ada yg dari Kitab Enoch (Kitab Nabi Idris), ada yg dari pendapat/teori pelbagai pihak. Jadi apa yg korang baca kat sini, jgn percaya bulat2 100% & jgn tolak 100%. Tujuan kita utk berdiskusi saja, moga2 pintu kebenaran akan dibukakan agar kita dapat sedikit pencerahan bagi kesemua lagenda di atas.
Apa pun, Allah lebih mengetahui... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 mac_taylor's post
sambung cpt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Asik aku jek cite, korang bila nak contribute?
Ingat aku tokey wayang kaa...? |
|
|
|
|
|
|
|
wayang free best |
|
|
|
|
|
|
|
Malaikat tiada nafsu&akal,haiwan ada nafsu tp tiada akal dan manusia ada akal & ada nafsu!Persoalan aku mcm mana Lucifer nk melawan kekuasaan ALLAH!Sedangkan dia tiada akal & dah beribadah kpd ALLAH sekian lama!Mcm mana pula The Watchers yg tiada nafsu tp boleh berkahwin & mempunyai zuriat dgn manusia!? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku tau..dh lama aku cerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jazy at 20-10-2008 10:33 AM
Malaikat tiada nafsu&akal,haiwan ada nafsu tp tiada akal danmanusia ada akal & ada nafsu!
Malaikat ADA akal, cuma tidak dikurniakan nafsu. Kerana akal itulah, malaikat MEMPERSOALKAN tindakan Allah ketika mahu mencipta Adam.
"Yang mengajarkan (Nabi Muhammad) oleh (Jibril) yang sangat kuat, yang mempunyai akal yang cergas, lalu (Jibril itu) menampakkan dirinya dengan rupa yang asli." (Surah An Najm: 5-6)
Originally posted by jazy at 20-10-2008 10:33 AM
Persoalan aku mcm mana Lucifer nk melawan kekuasaan ALLAH Sedangkan dia tiada akal & dah beribadah kpd ALLAH sekian lama!
Pertama sekali, sebagai umat Islam (klu engko islam la) kita x boleh percaya kpd versi yg mengatakan bahwa Azazil berkomplot dgn para penyokongnya utk merebut takhta Allah, kerana itu versi Kristian. Kita ada versi kita sendiri, iaitu Azazil enggan sujud pd Adam. Sebab itu dia dilaknat. Aku just citekan psl versi ke dua kerana maybe ada forumer di sini yg beragama Kristian, so aku just tambah versi itu supaya mereka dpt relatekan dgn agama mereka. Tapi kita org Islam tetap kena pecaya kpd versi kita. Azazil dilempar dari syurga bukan kerana dia ingin merampas takhta Allah (sejahat2 Azazil, dia tetap taat kpd Allah & mengaku bahwa Allah itu TUHANNYA, hingga ke hari ini) tapi kerana kseombongannya dgn asal usulnya sendiri yg merasakan bahwa unsur Api lebih mulia dari unsur Tanah.
Persoalan kedua - sekiranya Azazil tidak berakal, manalah mungkin Azazil mampu berfikir bahwa asal usulnya lebih mulia dari asal usul manusia? Itu sendiri sdh membuktikan bahwa Azazil adalah makhluk Jin yg berakal, sama sprt Malaikat, Jin2 lain & manusia. Malah akal Azazil ini lbh licik lagi kerana tanpa akal yg licik, tidak mungkinlah dia akan berhasil menyesatkan manusia selama beratus ribu tahun ini...
Originally posted by jazy at 20-10-2008 10:33 AM
Mcm mana pula The Watchers yg tiada nafsu tp boleh berkahwin & mempunyai zuriat dgn manusia!?
Jawapan versi bodoh aku - 'Manalah aku tau... aku bukan The Watchers...'
Jawapan versi bijak sket - 'Aku xde jawapan definite utk soklan ni, sebab tu aku bukak thread ni kot2 ada yg leh jwb. Tapi sekiranya aku diberi pilihan, aku memilih utk lebih percaya kpd versi pertama, yg mengatakan bahwa The Watchers diturunkan ke bumi dlm 'bentuk manusia..' supaya manusia pada zaman itu x tau bahwa 'ada di kalangan yg memerhatikan mereka tu ialah dari golongan malaikat...' ye la, cuba bayangkan... dlm zaman kita ni, tetiba Allah buat keputusan utk turunkan malaikat, gunanya supaya malaikat tadi dapat memerhatikan manusia, menjaga mereka & membantu mereka jika perlu...
Agak2 klu tiba2 muncul malaikat kat sebelah engko, yg bersyarah kat engko psl keimanan & ketuhanan, engko larik ke, engko koma 7 hari 7 malam x bangun2?
Alangkan nampak hantu pun buleh koncing dlm seluar... apatah lagik la klu nampak malaikat...
So, utk tidak timbulkan ketakutan manusia, sudah tentu Allah kena turunkan malaikat itu dlm bentuk manusia...
Suoaya mereka dpt bergaul di kalangan manusia tanpa menimbulkan syak wasangka, & dlm masa yg sama, mereka dpt menyampaikan mesej2 keimanan & ketuhanan...
Jadik apabila malaikat itu sudah diturunkan dlm bentuk manusia, sudah tentu kena BETUL2 berfungsi mcm manusia...
Kena makan, minum, berak, kencing, kahwin, ada anak...
Sudah tentu semua itu perlukan NAFSU...
Klu tidak, sudah tentu manusia2 akan heran melihat ada 'segolongan manusia istimewa' yg asik bersyarah psl keimanan & ketuhanan tapi x makan, x minum, x tido..
Klu aku, aku pun heran... jgnkan kata aku, kucen aku pun heran gamaknya...
Aku x dpt terima versi kedua yg mengatakan malaikat di syurga memandang bernafsu kpd wanita2 bumi kerana setau kita semua, malaikat itu TIDAK bernafsu...
Kecuali la klu sesiapa dpt membuktikan bahwa Allah pernah menciptakan segolongan malaikat yg pernah mempunyai nafsu...
Dan kemudian, memusnahkan mereka, sehinggalah apa yg tinggal skg cumalah Arc Angel yg tidak bernafsu...
So, aku pilih versi pertama. Tapi samada versi pertama atau mana2 versi itu benar atau tidak, Wallahua'lam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 mac_taylor\ catat
Jenguk-jenguk kat sini satelah terbaca Iklan ko kat MJC..
Menarik juga apa yang ko garapkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 mac_taylor's post
ok ok....ni nak cerita pasal guardian spirit org roman,nama dia genius dan juno.rasanya kedua2 nama tu adalah nama yang corupted dari djinn.ni aku copy dari wiki....in Roman mythology, every man had a genius and every woman a juno (Juno was also the name of the queen of the gods)
Originally, the genii and junones were ancestors who guarded over their descendants. Over time, they turned into personal guardian spirits, granting intellectual prowess. Sacrifices were made to one's genius or juno on one's birthday. |
|
|
|
|
|
|
|
kepercayaan non semetic banyak berunsurkan guardian mcm dewa2 greek/roman dan hindu atau kepercayaan kaum cina dengan ancestor spiritnya......tapi konsepnya sama.guardian ni memberi perlindungan kepada mereka.dari mana mereka dapat kepercayaan ni?dari awal tamadun lagi manusia memang merasakan yg mereka ni sentiasa diperhati dan pada sesetengah kes dilindungi oleh something.....cuma mereka tak tahu apa benda tu.dari awal tamadun juga Allah s.a.w mengutuskan nabi dan rasul untuk mengajak manusia ke jalan yg benar,jalan yg berpandukan konsep satu tuhan yg meliondungi semua benda tp kenapa sesetengah manusia masih percayakan konsep guardian ni?...... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa guardian spirit ni adalah the watchers atau fallen angel yg telah disalah tafsir oleh manusia kemudian telah disesatkan pemikiran dia orang lagi oleh syaitan.mungkin 'the watchers etc ' ni memang tak bermadsud untuk merosakkan manusia,mereka cuma melindungi dan memerhtikan manusia.syaitan memang tahu tentang kewujudan mereka ni dan ambik advantage dari ignorance manusia untuk menyesatkan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nodiman at 20-10-2008 10:09 PM
kepercayaan non semetic banyak berunsurkan guardian mcm dewa2 greek/roman dan hindu atau kepercayaan kaum cina dengan ancestor spiritnya......tapi konsepnya sama.guardian ni memberi perlindungan ...
Nodi ooi... dah 2 kali Allah s.a.w... Allah s.w.t. la...
Kali ke 3 moh blanje aku makan pizza... |
|
|
|
|
|
|
| |
|