Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua forumers sekelian,
Hari ni, aku nak mintak tolong pendapat dan ansihat korang semua berkenaan masalah monitor yang menimpa aku sekarang ni..macam ni ceritanya....Sejak seminggu yang lepas, monitor aku mengalami masalah untuk mengeluarkan imej kat skrin...pancaran skrin tu tertumpu di bahagian tengah sahaja manakala kat bahagian kiri dan kanan die cuma gelap je..Pada mulanya ingat masalah ni disebabkan kene adjust setting monitor tapi bila adjust still takda penyelesaian...So, diharap sangat warga forumers dapat beri nasihat dan buah fikiran apa yang terjadi kat monitor aku ni dan apa yang patut aku buat...Adakah korang rasa boleh diperbetulkan lagi ataupun ada cara lain?
Dari segi warna semuanya ok...cuma itulah..paparan die yang tak berapa betul...kat sini aku lampirkan gambo untuk rujukan korang...
aku dah try adjust guna button kat bawah skrin tu tapi still takde perubahan which is aku assume mesti ade masalah yang tak berkaitan ngan button kat bawah tu...
ni lagi satu..perhatikan yang macam tiub elektron monitor just pancarkan kat bahagian tengah skrin tak meliputi bahagian seluruh skrin...bahagian tepi jadi gelap...macam mana ek?
Butiran Monitor:
17" monitor dari jenama LG
Pada pendapat korang, Apa masalah monitor aku ni ek? buntu dah...nak beli monitor baru takut plak ape penyelesaian untuk masalah monitor aku ni...bukan ape, takut bazir lak beli monitor baru pada masa yang sama ade penyelesaian...so, pendapat dan pandangan korang amatlah dihargai...tq |