View: 26757|Reply: 6
|
P. Diddy meringkuk dalam penjara, anak-anak berpesta atas kapal mewah rai tahun baru 2025
[Copy link]
|
|
ANAK kembar mogul rap P. Diddy iaitu Jessie dan D'Lila Combs dianggap tidak sensitif apabila meraikan kedatangan 2025 dengan percutian di atas kapal mewah.
Mirror melaporkan Jessie dan D'Lila, 18, menikmati percutian di St. Barts malah berkongsi kegembiraan tersebut di Instagram.
Percutian mewah itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang membandingkan realiti suram yang dihadapi bapa mereka di Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, Amerika Syarikat.
Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan manusia serta jenayah seksual.
Diddy turut berdepan 120 tuduhan kegananasan seks melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu.
Ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu termasuk Justin Bieber, Jaden Smith, Usher dan Meek Mill.
Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan tersebut.
Sumber – mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pak dorang pun bukan hensem pun!
ehhh...siapa mak dorang?
|
|
|
|
|
|
|
|
lolipopmanish: Tak lawa anak diddy
Mujur tak lawa. Kalau lawa, silap2 anak2 dia pun kena SA macam mangsa si diddy kena. |
|
|
|
|
|
|
|
120 pertuduhan?? Mak aihhh. |
|
|
|
|
|
|
|
mak mereka kim porter .. |
|
|
|
|
|
|
|
anak kembar diddy ni iras arwah mak deme...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|