CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14043|Reply: 54

[Tempatan] KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam

[Copy link]
Post time 3-1-2025 06:06 PM | Show all posts |Read mode
KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam
03 Januari 2025 05:07pm
Masa membaca: 2 minit

Pengambilan garam dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik yang membawa kepada kematian pramatang di negara ini. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, pengurangan pengambilan garam penting kerana ia dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik yang membawa kepada kematian pramatang di negara ini.

"Ia adalah pelaburan yang baik, dengan RM1 yang dibelanjakan (untuk memerangi pengambilan garam) dianggarkan ia dapat menjimatkan kira-kira RM60 (untuk sistem penjagaan kesihatan).

"Pada masa ini kami masih merancang dan Bahagian Nutrisi serta Bahagian Kesihatan Awam akan bekerjasama dalam memastikan bagaimana kita hendak memerangi pengambilan garam," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan mandat tahun baharu kepada kakitangan KKM di sini pada Jumaat.

Dr Dzulkefly berkata, inisiatif itu merupakan kesinambungan terhadap kempen kementerian sebelum yang mengisytiharkan perang terhadap gula dan rokok bagi mempromosikan gaya hidup lebih sihat kepada masyarakat.

Menurut laporan global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan pada 2023, jumlah kematian terbesar yang berkait dengan diet, iaitu dianggarkan 1.89 juta setiap tahun dikaitkan dengan pengambilan sodium berlebihan atau lebih dikenali sebagai garam.

Laporan tersebut menekankan mengurangkan pengambilan sodium adalah salah satu cara paling berkesan dari segi kos untuk meningkatkan kesihatan dan mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit, kerana ia dapat mengelakkan sejumlah besar kejadian dan kematian berkaitan penyakit kardiovaskular. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 06:17 PM | Show all posts
garam je gula pun perlu perang juga
lepas tu makanan bila lepas derma darah tu silalah tukar ke benda lebih berkhasiat
atau bagi saja voucher
asyik2 roti, air kotak, biskut..semua tu tak sihat ya KKM
bila tak nak ambil, nurse buat muka bitter suruh tick dan tulis juga dalam form yang kita dah ambil
eh macam ngek je paksa2
acik2 nurse gundu pun sila lah makan berkhasiat
depan donor kemain belasah makan macam2
ada plak tu tak pernah derma darah sbb takut jarum
apoooo


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2025 06:21 PM | Show all posts
Naikkan harga garam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 06:25 PM | Show all posts
antara garam dan gula, mana lg bring disaster to our body?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 06:31 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 3-1-2025 06:37 PM

perangi GULA la KKM
tengoklah berapa banyak  makanan minuman bergula tinggi di pasaran


cth: bahulu yg dah sedia manis ditopap dengan coklat manis
minuman2 hipster bagai tu


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ura2 nak naikkan rege garam kettew...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok faham
Bila nak naiknya tu? Jng lupa bgth awal ye nak beli topup cepat2 sementara msh murah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
termenong sskjp mcm ni
budu kan masin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 3-1-2025 06:17 PM
garam je gula pun perlu perang juga
lepas tu makanan bila lepas derma darah tu silalah tukar ke bend ...

iols mengaku tak pernah derma darah sbb takut jarum
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Garam la pulak......lps ni x nk perang minyak sawit plk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg rokok beribu2 jenis punca penyakit xde plk gomen beria2 nk perang bagai....mmg gila la muntri nih.......klau arak jgn citer la......mabuk2 langgar org pun blh lepas
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ala sian garam bukit...
nth nape i tkt ngn gula je..garam xpnh pulak i fikir psl garam
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
KKM kata pernah buat kempen perang terhadap gula Dan rokok..tapi nampaknya hasil kurang berhasil.
Sekarang nak lancar perang terhadap garam....garam ni Kan perlu kalau tak Der garam ,sistem badan akan terganggu ie letih. Ada kempen ini kena garam dlam makanan ringan ke..... payah
Buat jer lah kempen perang terhadap gula Tu byk2 ..tp takut impact negative pada ekonomi pulak ...sebab kena buat jugak kempen gamak terpaksa buat perang terhadap garam
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 3-1-2025 06:25 PM
antara garam dan gula, mana lg bring disaster to our body?

JAWAPAN DIA GULA SISSY. Ye akak pakai tulisan besar sebab memang nak highlight benda tu sissy. GULA BAHAYA DIA SAMA JE MACAM ROKOK! PERIOD, sissyyyyyy….
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 3-1-2025 10:01 PM
Yg rokok beribu2 jenis punca penyakit xde plk gomen beria2 nk perang bagai....mmg gila la muntri nih ...

Kau duduk dalam gua mana sissy tak tahu rokok dah lama kena perang sissy?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primarikey at 5-1-2025 06:33 AM

Pasni perang ngn minyak masak plak
Pastu perang ngn fast food
Pdhl kesan dr ubat2 kkm tu yg menyebabkan org dpt mcm2 penyakit...cth ubat kolesterol, ubat darah tggi
Ubat2 tu cuma utk mengawal pykt je...bkn utk mengubati
Plis la rakyat msia...bykkn membaca

Nabi suh buat bekam, minum minyak zaitun tak nk buat

Satgi ada la yg kecam aku kn
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tau laa garam harga murah, korg fitnah garam itu ini…  alasan nk naikkan harga garam la ni!! Gula tuh culprit segala penyakit, korg buat bodo je. Kempen pun hangat2 air kencing!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 4-1-2025 10:23 PM
JAWAPAN DIA GULA SISSY. Ye akak pakai tulisan besar sebab memang nak highlight benda tu sissy. GUL ...

Tenkiu sis poohkey...bunyinya perang mcm bahaya sgt garam tu..pdhal gula lg bahaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2025 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan dah lama isytihar perang ke atas gula. Sebab itu wujud cukai minuman bergula. Maknanya pengeluar dikenakan cukai ini,dan seterusnya kenaikan itu passed kepada pengguna.

Kerajaan tak berani nak kenakan cukai itu terus kepada gula kerana ia akan beri kesan buruk kepada kerajaan. Peniaga akan naikkan harga barang dan rakyat golongan rendah akan mengamuk. Dan seperti biasa pas akan menunggang agama cari dalil berkenaan makanan dan minuman manis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.054645 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list