CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36945|Reply: 20

[Tempatan] Kementerian Ekonomi akan tentukan siapa layak terima subsidi RON95

[Copy link]
Post time 3-1-2025 11:14 PM | Show all posts |Read mode



Putrajaya: Penyasaran semula subsidi RON95 akan dilaksanakan menerusi dua peringkat iaitu 'front-end' membabitkan operasi di stesen minyak dan 'back-end' merangkumi penentuan kelayakan mereka yang berada dalam golongan B85 (85 peratus layak mendapat subsidi).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata urusan 'back-end' akan diuruskan kementerian itu, di mana satu Mesyuarat Jemaah Menteri diangkat ke Kabinet untuk mendapat kelulusan sebelum pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 dapat direalisasikan.

"Kalau ikut perbincangan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 membabitkan dua peringkat. Penentuan kelayakan akan diuruskan Kementerian Ekonomi. Kita akan angkat ke Kabinet untuk mendapat kelulusan," katanya pada sesi interaksi bersama warga Kementerian Ekonomi bersempena perhimpunan bulanan kementerian itu, hari ini.

Rafizi berkata, kertas Mesyuarat Jemaah Menteri yang diangkat itu turut membabitkan cadangan untuk membuka semula Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan diputuskan oleh Kabinet dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

"Insya-Allah, bulan ini, Kementerian Ekonomi akan mengangkat kertas cadangan Mesyuarat Jemaah Menteri ke Kabinet untuk kita mendapat kelulusan. Ia turut merangkumi peralihan pengkelasan daripada B40, M40 dan T20 kepada pendekatan pendapatan boleh guna bersih dan sudah tentu pengoperasian itu akan membabitkan PADU.

"Keputusan lain seperti membuka semula PADU dan sebagainya.. akan diputuskan di peringkat Kabinet dalam beberapa minggu akan datang. Daripada itu, bermulalah pengoperasian PADU dalam 'use case' yang pertama iaitu penyasaran semula subsidi," katanya.

November lalu, Rafizi mendedahkan fasa kedua pendaftaran PADU hanya akan diumumkan secara terperinci selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Ketika itu, beliau menjelaskan bahawa Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang memperhalusi beberapa perkara termasuk kriteria kelayakan.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan akan membuka semula sistem pendaftaran PADU di bawah fasa kedua bagi membolehkan mana-mana individu yang belum mendaftar dapat mengemas kini maklumat masing-masing mengikut tempoh yang akan ditetapkan.

Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.

Penjimatan yang dicapai daripada penyasaran subsidi bahan api itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Sejumlah 85 peratus rakyat bagaimanapun tidak akan terkesan dengan langkah itu, yang membawa penjimatan dana kerajaan sebanyak RM8 bilion.

Pada November lalu, Rafizi turut dilaporkan mengakui kaedah penetapan harga dua peringkat sebagai pilihan terbaik kerajaan dalam melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95.

Kaedah itu yang secara prinsip dipersetujui kerajaan untuk dilaksanakan pada pertengahan 2025, katanya bukan sahaja boleh diperbaiki dari semasa ke semasa dari segi operasi, malah paling penting pelaksanaannya tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang secara mendadak, selain pada masa sama membantu mengekang inflasi.

Beliau berkata tidak ada satu kaedah benar-benar sempurna dalam melaksanakan penyasaran subsidi untuk RON95, memandangkan sebarang kaedah bakal dilaksanakan kelak akan menyebabkan sedikit risiko dan masalah seperti dari segi operasi, penipuan dan kos.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 01:24 PM | Show all posts
kalau rumah u dengan tempat kerja dekat.
kemungkinan tak dapat subsidi tu tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni semua tak layak subsidi.... tunggggguuuuuuu berita selanjut nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 5-1-2025 02:44 PM

Yg Layak:
1.Rohingya
2.Bangla
3.Indon
4.Pakis
5.Pilak
6.Negro
7.Myanmar
8.Nepal
9.Acik Kemboja
10.dan lain lain
         
         
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 02:52 PM | Show all posts
green~tea replied at 5-1-2025 02:23 PM
Lepas ni semua tak layak subsidi.... tunggggguuuuuuu berita selanjut nya

Ameen...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-1-2025 02:52 PM
Ameen...

Somehow i think they're just buying time dengan isu2 begini... diesel naik this week sbb revision APM takde gegak gempita pulak ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiyaiii.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 03:14 PM | Show all posts
green~tea replied at 5-1-2025 02:58 PM
Somehow i think they're just buying time dengan isu2 begini... diesel naik this week sbb revision  ...

Dasar2 yang melawan hukum alam macam sabsidi bersasar, kuota ikut warna kulit, twin justice semua ni tak kan boleh sustain. Eventually akan colapse semua tunggu masa ja. Apalagi dalam realiti dunia tanpa sempadan sekarang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-1-2025 03:14 PM
Dasar2 yang melawan hukum alam macam sabsidi bersasar, kuota ikut warna kulit, twin justice semua  ...

Kita sebenarnya cant afford to continuously bg subsidy.. apatah lagi nak letak mcm2 sistem utk support giving out subsidies...

So.. yeahh.. kita tunggu ja semua announcement demi announcement sehingga menjelang may/ jun 2025
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-1-2025 03:14 PM
Dasar2 yang melawan hukum alam macam sabsidi bersasar, kuota ikut warna kulit, twin justice semua  ...

Aku tk sabar subsidi kesihatan pon ditarik. Apa ingt staff kesihatan tu free je ke skill dorang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-1-2025 03:14 PM
Dasar2 yang melawan hukum alam macam sabsidi bersasar, kuota ikut warna kulit, twin justice semua  ...

ekonomi tu boleh diacu dan dipacu ikut kreativiti pemimpin dan pentadbir bagi satu2 ekonomi tu

tak nak bagi subsidi pun boleh.. nak bagi subsidi pun boleh.. mana2 polisi pun boleh je ekonomi tu dibangunkan dgn baik ikut kreativiti pemimpin
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tarik subsidi tu tarik tarik je la

tak payah la bagi alasan ketirisan pulak nanti mcm diesel.. tu pun ramai yg bengap boleh percaya dgn alasan ketirisan

kat singapore dan china pun ada subsidi dlm aspek2 pembangunan sosioekonomi diorg
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 11:24 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 5-1-2025 04:22 PM
nak tarik subsidi tu tarik tarik je la

tak payah la bagi alasan ketirisan pulak nanti mcm diesel..  ...

China bagi sabsidi apa nak heran dah nama pun negara komunis.

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-1-2025 11:24 PM
China bagi sabsidi apa nak heran dah nama pun negara komunis.

poinnya adalah bagi subsidi atau tak bagi subsidi bukanlah penentu ukur utk pembangunan ekonomi yg mampan dan mantap

terpulang kepada pemimpin2 tu la nak bangunkan cara mana ikut kreativiti mereka.. nak bagi subsidi boleh.. tak bagi subsidi pun boleh.. mana2 polisi pun ada kelebihan dan kekurangannya yg tersendiri

utk di malaysia ni, kalau pemimpin2 nak tarik subsidi tu, tarik je la.. tak perlu la nak mainkan naratif ketirisan sbg justifikasi.. cakap je la nak buat sistem ekonomi yg lebih liberal berbanding sebelumnya

bila dah buat tu jgn pula timbul berita2 yg mendatangkan persoalan contoh mcm deal helikopter baru2 ni.. bila timbul berita2 mcm ni pada masa subsidi ditarik, akan menggambarkan berlakunya ketidakadilan dlm pembangunan sosioekonomi negara
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:12 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 6-1-2025 02:39 AM

Apa lah PMX ni..

Patutnya kekalkan lah semua mekanisme sabsidi yg gomen2 sebelum ni dah laksanakan

Bukan hanya patut kekalkan..

Tambah lagi lah

Kutipan tax kan RM5 trillion setahun

Guna lah tax tu provide sabsidi kat rekyat

Beras bagi sabsidi RM3.50 per kg

Bil Letrik percuma utk semua rekyat

Tol hiway dihapuskan, gomen bayar ler gantirugi kat pemilik konsesi hiway tu yg gomen2 sebelum ni setup

Setiap tahun B40 diberi RM30k, M40 RM20k, T20 RM8k

2 kali seumur hidup, apartment 3 bilik percuma utk B40 & M40

Sabsidi Petrol n Diesel RM2.50 per liter

bantuan makan di luar umah, boleh claim setiap tahun ngan gomen B40 RM20k, M40 RM10k

Bantuan melancong dalam & luar negara setiap tahun utk B40 RM20k, M40 RM12k

Perubatan percuma di spital n klinik gomen

gomen bayarkan premium insurans utk setiap B40 n M40 RM5,000 setahun

Pendidikan percuma utk semua rekyat Mesia hingga PHD (maximum 7 PHD)  

utang PTPTN sedia ada dihapuskan

Kalo x cukup kutipan tax tu utk cover semua sabsidi n pemberian tu

Gomen kuarkan bond sukuk RM5 trillion setiap tahun

La ni utang negara x sampai RM1.70 trillion

USA tu utang negara USD36 trillion atau RM162 trillion

so, apedehal kalo utang Mesia naik sebanyak RM5 trillion setiap tahun

Ini lah yg rekyat nak

idup senang, mewah, enjoy & bahagia tapi goyang kaki x perlu kerja keras

terbilang, gemilang & temberang

hampir semua provided by gomen

haiyaaa..

tak dengar keluh kesah, harapan, rintihan n permintaan rekyat jelata lah PMX ni

bukan duit peribadi PMX pong

duit rekyat..

kalo PMX tak bagi n x tunaikan semua permintaan rekyat

next time pangkah pembangkang la ni

musti pembangkang la ni mampu tunaikan impian semua rekyat Mesia

rekyat bole tutup mata lah kalo pembangkang amik resuah n rembat duit rekyat
RM10 pemimpin resuah rembat, RM1.00 bagi kat rekyat

asal kan pembangkang boleh bagi sabsidi n bantuan banyak2 kat rekyat macam kat atas  

amalkan lah slogan

pemimpin resuah, kroni dapat tempias tapi rekyat bahagia

biar pepe asalkan bergaya

utang menimbun, anak cucu punya pasal ler membayor nye

apedehal tambah ler utang negara lagi

rekyat Mesia BOLEH











Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde m40.. teruih b85...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas dah tentukan siapa pulak yang nak pantau?
Sepatutnya hapuskan terus subsidi minyak. Salurkan kepada pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan awam, pengangkutan awam, taman-taman dan kawasan hijau untuk orang awam beriadah dan berehat bersama keluarga. Terimalah hakikat subsidi pukal memang dah tak relevan dan tak adil. Perbelanjaan untuk subsidi akan sentiasa meningkat setiap. Lebih teruk orang kaya, orang bukan warganegara, dan penyeludup yang untung kalau subsidi terus dikekalkan.  Rakyat perlu buka minda, belapang dada dan ubah cara hidup hidup. Dari lahir sampai masuk ke liang lahad nak kerajaan subsidi. Sampai bila kerajaan nak suap semua benda?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 10:13 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 5-1-2025 04:11 PM
ekonomi tu boleh diacu dan dipacu ikut kreativiti pemimpin dan pentadbir bagi satu2 ekonomi tu

ta ...

aku rasa pandangan ni paling sesuai dari perspektif awam kerana bersifat neutral .. orang ramai perlu tahu mcm mana melihat tindakan suatu kerajaan supaya dapat menilai mereka semasa membuat pilihan dlm pilihanraya

cuma pendapat aku ttg alasan, disebabkan pemimpin ini politician juga, jadi untuk tetap dapat sokongan politik dari rakyat perlu bagi alasan.. kualiti alasan itu yang akan tentukan sejauh mana dapat diterima oleh pelbagai kelas masyarakat..




Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 6-1-2025 02:12 AM
Apa lah PMX ni..

Patutnya kekalkan lah semua mekanisme sabsidi yg gomen2 sebelum ni dah laksanakan

Yeyyyy biar pepe asalkan bergayer.. baru gumbira dan bahagia.

Joli kata bila ada duit, apa nk susah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:47 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 6-1-2025 02:12 AM
Apa lah PMX ni..

Patutnya kekalkan lah semua mekanisme sabsidi yg gomen2 sebelum ni dah laksanakan

Gigihlah aku membaca dengan serius sampai baris ke 8 before terasa terbang di angkasa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.372242 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list