CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21460|Reply: 115

Tasik chini terbiar

[Copy link]
Post time 22-10-2008 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Tasik Chini terbiar

Oleh YUSRI SAHAT


TASIK Chini kini sunyi sepi dipenuhi semak dan semakin hilang seri kerana tidak lagi dipenuhi bunga teratai di permukaan airnya.
- Gambar MAHATHIR ALI

PEKAN 21 Okt. - Sebut sahaja Tasik Chini, terbayang keindahan bunga teratai yang memenuhi permukaan tasik dan tarikan alam semula jadi yang mendamaikan.

Tasik seluas 5,085 hektar itu hakikatnya terbentuk daripada rangkaian 12 tasik yang bercantum antara satu sama lain.

Ia merupakan tasik air tawar semula jadi kedua terbesar di negara ini selepas Tasik Bera yang juga di Pahang.

Selain keindahan alam semula jadinya, tasik tersebut juga lebih terkenal dengan legendanya yang dikatakan menjadi kediaman seekor naga dikenali Naga Seri Gumum.

Lebih menarik lagi, jauh di dasar tasik itu juga dipercayai terbenam sebuah bandar purba Khmer.

Ia berikutan penemuan struktur ganjil oleh sekumpulan pakar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain sebuah batu hampar di dasar tasik tersebut kira-kira 10 tahun lalu.

Teori kewujudan kota purba tersebut semakin menyakinkan apabila kajian yang dijalankan turut menemui tembikar dan batu bata buatan tangan di sekitar tasik itu.

Pertuturan mirip bahasa Khmer oleh masyarakat Orang Asli Jakun yang mendiami tebing tasik, turut menjadi asas kepada pengkaji bahawa ia mempunyai kaitan secara langsung.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan kepastian sama ada benar atau sebaliknya mengenai kewujudan ketamadunan Khmer atau hanya mitos semata-mata di kawasan itu gagal diteruskan berikutan kurang mendapat sokongan pihak berwajib kerana kekangan kewangan.

Berikutan itu, penemuan tersebut kini hanya tinggal di atas kertas tanpa ada inisiatif untuk meneruskannya.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati legenda dan mitos Tasik Chini tidak sehebat dengan apa yang disaksikan di tasik itu pada masa ini.

Ia kini semakin kurang menerima kunjungan para pelancong apabila keadaan di sekelilingnya seolah-olah terbiar tanpa penjagaan rapi oleh pihak-pihak berkaitan.

Jika dahulu, air tasik itu kelihatan hijau dan kejernihannya sehingga ke dasar mampu memikat hati pengunjung, kini ia bertukar kepada warna perang dan berbau.

Keadaan itu realitinya sudah cukup untuk menunjukkan kemusnahan secara berperingkat-peringkat yang dialami Tasik Chini.

Tiada lagi ribuan bunga teratai yang memenuhi permukaan tasik itu kecuali persekitaran yang kurang terurus.

Kelesuan wajah pengunjung termasuk pelancong asing yang berkunjung ke tasik itu jelas menggambarkan kekecewaan mereka yang berasa 'tertipu' dengan apa yang dibaca dalam laman-laman web mengenai mitos dan legenda Tasik Chini.

Sebagaimana yang terdapat dalam Internet, legenda naga Seri Gumum Tasik Chini dan keindahan alam semula jadinya adalah setanding dengan Tasik Loch Ness di Scotland.

Tasik Loch Ness juga mempunyai mitos dan legenda yang sama dengan Tasik Chini apabila dikatakan didiami seekor naga.

Berikutan kisah tersebut, Tasik Loch Ness merupakan antara destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi jika ke Scotland.

Berbalik kepada Tasik Chini, statistik tahun lalu mencatatkan ia hanya menerima lebih kurang 17,000 pengunjung iaitu satu angka yang jelas mengundang malang dalam industri pelancongan negara.

Mungkin antara jawapan mengapa Tasik Chini semakin kurang mendapat sambutan adalah kerana kemusnahannya yang kini berada ditahap semakin membimbangkan.

Terdapat sebuah resort di pinggir tasik berkenaan tetapi keadaannya diibaratkan seperti 'hidup segan mati tidak mahu.'

Begitu juga dengan sebuah jeti kayu uzur bagi membolehkan pengunjung menaiki bot menyusuri tasik yang hanya menunggu masa untuk runtuh.

Kebimbangan tersebut juga disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sempat melihat sendiri keadaan yang menyedihkan itu baru-baru ini.

''Saya sedih kerana Tasik Chini tidak lagi serupa Tasik Chini yang kita kenali dulu di mana teratai tumbuh dengan banyak tetapi hari ini tak dapat tengok satu pun," katanya.

Najib percaya, sekiranya dipulihkan, tasik semula jadi kedua terbesar negara itu akan kembali melakar kegemilangannya sebagai antara pusat pelancongan menarik dunia.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang, Datuk Maznah Mazlan sebelum ini berkata, sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kemudahan seperti calet, infrastruktur dan memulihara tasik itu.

''Insya-Allah, menjelang akhir tahun depan, Tasik Chini akan berwajah baru. Teratai akan kembali berbunga," katanya.

Bagaimanapun selepas Maznah melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang kerana dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 18 April lalu, cadangannya itu menjadi sepi begitu sahaja.

Persoalannya sehingga kini, tiada tanda-tanda yang dapat dilihat bahawa usaha pemuliharaan seperti yang dijanjikan tersebut sedang dilaksanakan.

Mampukah Tasik Chini mengukir kembali namanya di peta pelancongan dunia sebagaimana dikecapi suatu masa dahulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 09:27 PM | Show all posts
x terjaga langsung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 09:33 PM | Show all posts

Reply #2 pakupayung21's post

makin teruk dah tasik chini ni......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:52 PM | Show all posts
Harap2 'bakal PM' kita nanti dapat merealisasikan kembali 'keceriaan' Tasik Chini seperti dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:53 PM | Show all posts
lor..ingat kan tasik chini cantik..skang mcm sg pinang dah haku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:57 PM | Show all posts
salaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

selamat malam...................

naper tasik tu jdi begitu???? ala.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 10:24 PM | Show all posts
Kerajaan Negeri x jaga.Kurang promosi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:12 PM | Show all posts
biasa lah.... banyak tempat cam ni.... kerajaan negeri hangat2 taik ayam.... apa jadi pada tasik paya bungor? lata kiol?

kolam renang kat bentong (pusat sukan) pun penah kuar TV .... jadi cam tempat ternak talapia je.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 01:21 PM | Show all posts
Yesss.......Tasik Paya Bungor......dulu pernah berekspedisi kat situ.....

Dulu2 cantik kawasan tu ttp sekarang camne yek?????
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by makteh at 23-10-2008 01:21 PM
Yesss.......Tasik Paya Bungor......dulu pernah berekspedisi kat situ.....

Dulu2 cantik kawasan tu ttp sekarang camne yek?????

cantik tu masa khalil yaakob terjun masa sukma je.... belanja jutaan ringgit ..... lepas tu..... hanyut..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 09:22 AM | Show all posts

Balas #9 makteh\ catat

hancur sesangat mak teh....nnt klu berkesempatan koi amik pics. 10 minit je dr tempat koi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 24-10-2008 09:22 AM
hancur sesangat mak teh....nnt klu berkesempatan koi amik pics. 10 minit je dr tempat koi ni.

balik kepada asal....zaman aki we naik perahu ke paya rambutan sebelum adanya jalan darat........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 11:27 AM | Show all posts

Balas #12 I-chi-ban\ catat

perahu pun x nampak dah, air pun nampak lesu jer.....tasik chini sama mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:28 PM | Show all posts
Kg kat Chini........... tp bak per yer x pernag pun teringat nak gie
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 24-10-2008 11:27 AM
perahu pun x nampak dah, air pun nampak lesu jer.....tasik chini sama mcm ni....

tasik chini akan bergelora bila.....................



































naga keluar mencari mangsa.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2008 09:55 AM | Show all posts

Balas #15 I-chi-ban\ catat

sape le bleh amk gambor naga tu yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 8-11-2008 09:55 AM
sape le bleh amk gambor naga tu yer?


tango blh ambik kot

Dok bayang Tasik ni cantik sgt2
kalau tgk foto
Awat  1/2 tmpt menarik kt negara kita ni  xder maintanance?
kalau buat/jaga betul2..tentu ramai pelawat kan?

Tgk kt  setengah negara  tu..mmg dijaga betul2..biar kita bayar mahal & sanggup bayar mahal sb mmg BERbaloi pun
melawat sana.
Mcm kt Brisbane tu..tiba kt tgh hutan ada mcm2 World..sapa sangka!!
tmptnya cantik..mcm2 ada..w/pun mahal xrugi masuk situ

((panjang plak ))

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2008 10:14 AM | Show all posts

Balas #17 masarju\ catat

memang cantik tasik chini ni, atas mata kasar org yg melihat. Tasik chini ni bukannya lesu sebab sampah sarap, cuma sebab sistem ekologi yg rosak sb pembalakan tak terkawal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 8-11-2008 10:14 AM
memang cantik tasik chini ni, atas mata kasar org yg melihat. Tasik chini ni bukannya lesu sebab sampah sarap, cuma sebab sistem ekologi yg rosak sb pembalakan tak terkawal.


Lain org lain pandangnya kan?
Hanya org yg xBERtanggungjawab yg akan buat mcm tu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2008 10:54 AM | Show all posts

Balas #19 masarju\ catat

org yg pentingkan keuntungan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.091388 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list