CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8477|Reply: 14

Arthritis; usia muda tak terkecuali!!

[Copy link]
Post time 26-10-2008 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Artritis usia muda


Oleh HAMZAH ABDUL HAMID


KOMPLIKASI artritis yang tidak diberi rawatan sewajarnya
boleh mengakibatkan kecacatan kekal seperti yang terlihat
pada jari tangan kanak-kanak ini.



CUBA kenal pasti dan lebih sensitif terhadap aduan anak-anak anda yang mengatakan mereka berasa sakit di bahagian sendi kaki atau tangan. Perhatikan juga jika perilaku mereka berubah, mengalami demam berpanjangan atau sering tidak mahu menggunakan tangan dalam melakukan urusan harian.

Ramai antara kita pasti menganggap aduan dan situasi itu sekadar perubahan mood kanak-kanak, ataupun kesakitan akibat kecederaan biasa atau kerana terlalu banyak aktiviti fizikal.

Fikirkan semula! Anak-anak yang mengadu tentang rasa sakit di bahagian sendi boleh disebabkan oleh banyak perkara. Kalau kesakitan itu hanya sementara, ia bukan suatu yang serius.


KAKI kiri kanak-kanak ini kelihatan lebih panjang berbanding kaki kiri kerana masalah atritis di lutut.

Namun, jika ia berulang dengan kerap dan kebengkakan itu berterusan sehingga enam minggu atau lebih, anak anda mungkin menghidap artritis idiopatik juvenil (JIA).

“Seorang dalam seribu kanak-kanak boleh menghidap artritis. Ia juga adakalanya dirujuk sebagai artritis reumatoid juvenil (JRA) atau artritis kronik juvenil (JCA), tetapi istilah tersebut sudah tidak digunakan lagi,” ujar Konsultan Reumatologi Pediatrik di Hospital Selayang, Dr. Tang Swee Ping.

Menurut Tang, perkataan juvenil itu merujuk kepada masalah artritis yang didiagnosis pada kanak-kanak di bawah usia 16 tahun. Idiopatik pula bermakna ketiadaan penyebab berlakunya penyakit tersebut.

“Ia merupakan penyakit autoimun. Ini bermakna tubuh pesakit bertindak balas dengan menyerang sel-sel dan tisu yang sihat. Seterusnya, artritis terjadi kerana masalah keradangan, dan diikuti dengan kekejangan, kerosakan dan perubahan pertumbuhan pada sendi,” ujarnya.

Tang menambah, tiada siapa dapat mengesahkan sebab berlakunya JIA. Malah ada antara teori yang mengaitkan tentang genetik kanak-kanak yang membuatkan mereka lebih cenderung untuk mendapat penyakit tersebut.


DR. TANG SWEE PING

“Bagaimanapun, JIA bukan penyakit yang diwarisi. Maka adalah sesuatu yang sangat janggal jika lebih daripada seorang anak dalam keluarga menghidapnya.

“Ada juga diskusi perubatan yang menyebut bahawa kanak-kanak yang terdedah dalam persekitaran virus tertentu boleh mendapat penyakit ini,” terang Tang yang kurang bersetuju apabila penyakit ini dikaitkan dengan jangkitan.

Selain bukan penyakit berasaskan etnik, ia juga tidak disebabkan oleh kecederaan, tabiat mengambil diet atau makanan tertentu, kesan proses kehamilan atau kerana mendiami kawasan beriklim tertentu.

Namun hakikatnya ia tetap memerlukan perhatian serius. Dalam kes tertentu, simptom JIA adalah pada tahap ringan dan tidak merebak ke lebih banyak kemungkinan kesakitan sendi dan kecacatan fizikal.

“Kira-kira separuh daripada kanak-kanak yang menghidap JIA akan menderita artritis aktif 10 tahun selepas didiagnosis kecuali mereka menerima rawatan yang sewajarnya,” katanya.

UPAYA pergerakan dan fungsi anggota tubuh kanak-kanak boleh terjejas akibat artritis juvenil.


Dalam kes yang lebih teruk, JIA boleh menyebabkan kerosakan teruk pada sendi dan tisu. Ia juga boleh menjejaskan pertumbuhan tulang dan fizikal keseluruhannya. Kaitannya dengan penyakit osteoporosis juga menjadi nyata seiring usia pesakit tersebut yang memasuki alam dewasa.

“Antara kaedah rawatan yang biasa untuk pesakit JIA adalah dengan pemberian ubat-ubatan bukan steroid (untuk mengurangkan kesakitan), ubat steroid (melalui mulut atau disuntik), penyelesaian ubat antireumatik pengubah penyakit (DMARD) atau ubat biologik yang lebih maju bagi sasaran rawatan khusus,” jelas Tang.


ARTRITIS psoriatik dengan penyakit kulit aktif dan lutut yang membengkak.

Selain daripada itu, rawatan fisioterapi dan penggunaan alat pendakap sendi juga membantu pesakit ‘melatih’ sendi mereka agar tidak hilang upaya pergerakan.

“Galakkan anak-anak anda supaya kerap melakukan senaman dan mengambil diet seimbang termasuk kalsium. Kebersihan mulut juga perlu diambil kira selain memberi sokongan emosi dan kaunseling,” ujarnya.


KEADAAN bengkak yang terjadi pada jari kaki kedua dan keempat.

Walaupun simptom AJ boleh dirawat atau mungkin hilang bersama peningkatan usia, ia perlu diberi perhatian serius kerana ia menyerang secara berbeza dan menyulitkan penghidapnya dalam tempoh waktu tertentu.

“Biarpun punca dan penawarnya belum diketahui, dunia perubatan hari ini menyediakan kaedah rawatan yang boleh membantu pesakit,” pesan Tang.

Paling menyedihkan adalah apabila kualiti hidup seseorang kanak-kanak terjejas sepanjang hayat hanya kerana simptom-simptom awal yang tidak diendahkan.

INFO

Jenis Artritis Idiopatik Juvenil
SETIAP satunya diklasifikasi berdasarkan simptom, bilangan sendi yang terlibat, serta kehadiran antibodi tertentu dalam darah. Klasifikasi ini membantu para doktor meramal perkembangannya.

1. Pausiartikular / Oligoartritis

Hanya melibatkan bilangan sendi yang sedikit, ia biasanya berlaku di sendi lutut atau pergelangan kaki. Bahagian lain yang mungkin terkena adalah di pergelangan tangan. AJ jenis ini lazimnya akan menghilang perlahan-lahan dan jarang merebak ke bahagian jari.

Kira-kira separuh daripada kanak-kanak penghidap dikategorikan dalam pausiartikular. Kanak-kanak perempuan berusia kurang daripada lapan tahun lebih cenderung terhadapnya. Pada masa yang sama, beri perhatian jika anak-anak anda mengadu sakit di sekitar bahagian mata.

2. Poliartikular

Kes poliartikular lebih kerap dilaporkan berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan. Ia menyerang lebih daripada lima bahagian sendi, daripada sendi yang besar hinggalah sendi yang kecil sama ada di tangan atau kaki. Biasanya, semua sendi yang terkena adalah di sebelah tubuh yang sama - di kanan atau di kiri.
Kanak-kanak dengan antibodi tertentu dalam darah, yang dipanggil faktor reumatoid IgM, boleh mendapat kesan penyakit AJ yang lebih serius. Doktor percaya ia jenis yang sama dengan artritis reumatoid di kalangan orang dewasa.

3. Sistemik

Artritis juvenil jenis ini menyebabkan kebengkakan, rasa sakit, ruam dan pergerakan yang terbatas sekurang-kurangnya di satu sendi. Organ dalaman seperti jantung, hati, limfa dan nodus limfa. Diagnosis ini diperkuatkan dengan demam yang mencapai suhu 38.9 darjah Celcius setiap hari dan selama dua minggu.
Peratusan kecil kanak-kanak yang menghidap AJ jenis ini di banyak bahagian sendi akan menghidap komplikasi itu hingga dewasa.

4. Artritis berkaitan entesitis

Keradangan entesis akibat artritis. Ia merujuk kepada bahagian tendon atau ligamen yang menghubungkan tulang. Antara simptom JIA jenis ini adalah kesakitan dan bengkak di bahagian tumit, kesakitan dan bengkak di bahagian ibu jari dan jari-jari lain.

5. Artritis psoriatik

Merujuk kepada keadaan radang pada sendi bagi pesakit yang menghidapi masalah psoriasis. Psoriasis adalah masalah kulit yang bertompok merah dan keras seakan-akan kesan lecur di bahagian tertentu tubuh. Walaupun tidak semua pesakit psoriasis akan menghidap artritis psoriatik, mereka perlu berhati-hati dengan diagnosis seterusnya.

SIMPTOM

- Rasa sakit ketika waktu pagi adalah simptom artritis lazim bagi orang dewasa. Biasanya, mereka akan terhincut-hincut ketika melangkah kerana kesakitan di sendi lutut. Kanak-kanak yang menghidap JIA pula boleh berlaku pada bila-bila masa selepas bangun daripada tidur, tidak kira siang atau malam.
- Kebengkakan dan rasa sakit. Terdapat pesakit yang mengalami bengkak nodus limfa hingga kelihatan bonjolan di bahagian leher atau bahagian-bahagian lain pada tubuh.
- Berlaku radang pada sendi dan terasa sakit apabila ditekan.
- Otot dan tisu lembut di sekitar sendi semakin lemah.
- Demam panas yang teruk serta ruam sementara yang berwarna merah jambu.
- Masalah pertumbuhan kanak-kanak yang disebabkan kecelaruan fasa membesar di bahagian sendi – terlalu perlahan atau cepat, laras sendi yang senget atau pembesaran tidak sekata. Pertumbuhan keseluruhan juga boleh terjejas.
- Iridosiklitis (radang di bahagian iris dan jasad siliari mata). Penghidap penyakit ini akan merasa sakit apabila melihat cahaya terang. Kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kerosakan mata yang kekal.




tingat kat awex aku masa aku studi kat NIU dulu... mak dia mmg arthritis... aku tengok kalu nak amik something.. menggigil2.. tangan dia merah2... dan joint dia tu mmg tak leh nak kawal....   tapi tak ada pulak sampai kronik cacat tangan sumer tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2008 10:31 AM | Show all posts
ni kalu dah late stage amazed...
bila tgn dah deformed....

tp,those deformities ni more common dulu2...
masa arthritis ni treated with steroid...
sekarang dah ada mcm2....DMARDs and latest interferon...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 10:32 AM | Show all posts
hrmm,dr tang ni is the only paediatric rheumatologist yg ada kat malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 10:44 AM | Show all posts
hurmmm,,,
good info,.
thankss tuan umahhh,..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2008 07:26 PM | Show all posts

Reply #2 hypnose_s's post

aku harap bila ada yg baca pasai athritis ni... selalu2 lah check symptom tu... ni sumer untuk pengetahuan kita gak.. ek...  
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:49 PM | Show all posts

Arthritis dan Manggis.

Berikut adalah komen Dr.J.Frederic Templeman,M.D. berkaitan kegunaan jus manggis ke Arthritis-

KESAKITAN
Salah satu masalah yg biasa diadukan dlm perubatan ialah kesakitan ygteruk/kronik.Kesakitan ialah keadaan yg tidak membezakan sesiapa & dialamioleh semua org dlm keadaan tertentu.Puncanya mungkin berbeza, gitu juga tahapkesakitannya.Walau bagaimanapun,1 perkaitan antara jenis sakit yg berbeza-bezaini ialah enzim COX-2 yg berkait-rapat dgn keradangan.
Manggis mempunyai kualiti anti-radang yg mujarab! Ini amat penting sebabkeradangan ,utk jangka pendek or panjang,akan menyebabkan Pembengkatan tisu ygmengakibatkantekanan & rangsangan pd fiber saraf.Radang juga merangsangpenghasilan bahan kimia yg bertindak balas dgn hujung saraf bebas utkmenghasilkan bahan penyebab rasa sakit. Bahan ni akan bergerak dari bahagian ygterjejas ke saraf tunjang & seterusnya ke otak. ENZIM COX-2 akan membantuproses penghataran ni.MENGURANGKAN
orMENGHAPUSKAN sama sekali keradangan melalui bahan anti-radang dlm manggisMENCEGAH or MENGHILANGKAN TEKANAN pd Pembengkakkan tisu sekaligus menghilangkanstimulus yg menyebabkan rasa sakit & mengaktifkan saraf sakit. Ia jugamenyekat enzim COX-2 tersebut.
Enzim COX-2 merupakan suatu bahan konstitutif(wujudsepanjang masa) dlm sistem saraf pusat (CNS = Otak,saraf tunjang & cecairserebrospinal) di mana ia bertindak sebagai pencetus rasa sakit. COX-2 muncul pdbahagian badan hanya sewaktu berlaku keceraan tisu,di mana ia menjadi agenpro-radang yg kuat utk keradangan setempat atau umum. Dlm CNS,enzim ini terlibatdlm membantu penghantaran isyarat rasa sakit melalui saraf tunjang ke otak.COX-2 juga mempengaruhi penerimaan & pemahaman impuls pd cortex otak.Berdasarkan fakta ini, Manggis mampu menghalang tindakbalas rangsangan rasasakit oleh enzim COX-2 di CNS, seterusnya mempengaruhi ketiga tiga tahappenghasilan impuls sakit & penerimaan dlm masalah kesakitan neurologi :

1-Penghasilan impuls rasa sakit & penerimaan pd saraf periferi.

2-Penhantaran impuls rasa sakit pd saraf tunjang.

3-Penerimaan & pemahaman impuls pd tahap otak.

ARTHRITIS.

Dlm banyak kes arthritis,kebanyakkan kesan kelegaan darikesakitan adalah berpunca drpd kandungan anti-radang manggis sebab ia menyekat enzimCOX-2. Meskipun gitu manggis tidak pula menyebabkan masalah gastrointestin ygberbahaya or kesan sampingan terhadap ginjal sebagaimana ubat
yg dipreskripsi atau ubat yg dibeli difarmasi. Manggis juga mampu mengurangkan kesakitan neuro, yg mana dlm kesarthritis akan muncul seiring dgn sakit akibat radang.

Dr.J Frederic Templeman M.D. yakin bahwa kesan mengurangkankesakitan ini berpunca drpd halangan aktiviti enzim COX-2 & tindakbalasnyadi CNS. Sebagai contoh, kesan halangan COX-2 ini di laporkan mampu melegakankesakitan pd pesakit yg menderita sakit tekanan pd cakera tulang belakangseperti ‘sciatica’ di mana kerosakkan saraf yg berlaku akibat “penyakit rosotsendi” merupakan masalah utamanya.


Selain menjadi punca utama kesakitan yg kronik,arthritismerupakan punca utama mereka yg telah berusia menjadi tidak aktif. Anehnya,ketidakaktifan adalah salah satu penyebab utama yg memburukkan lagi keadaanarthritis. Ketidakaktifan akan membawa kpd kelemahan otot, kekurangan lenturandan mungkin juga kemurungan. Walau apa pun jenis arthritis atau tahap ygdihadapi, senaman yg bersesuaian, selalunya di bawah seliaan ahli terapifizikal atau terapi pekerjaan, bukan sahaja blh malah digalakkan utkmelakukannya. Mengatasi perasaan takut yg terkait dgn kesakitan dgn memulakansuatu rancangan senaman pd peringkat awal lagi memerlukan sokongan &galakan. Sebagai tambahan, Dr. J.Frederic

amat yakin dgn penggunaan manggis utkmendapatkan tenaga dan melegakan kesakitan dan kerisauan.

Utk keterangan selanjut bagi penyakit lain seperti diabitis,penyakit jantung,masalah kulit,kanser,saluran penafasan & lain lain atau sebarang pertanyaan,sila hubungi la kami di 012-711 1182 atau layari http://xan3sixty5.blogspot.com/

Sekian.

[ Last edited by  richardchong60 at 4-11-2008 05:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2008 02:43 PM | Show all posts
guys,

i was suspected hidap arthtirtis nih...
selain ubatan yg doc bagi, ada x remedy / alternatif / supplement yg bleh i ambik?

letih la asyk mkn ubat je          
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 05:14 PM | Show all posts

Balas #7 fariepari\ catat

aku dulu pernah suspek artritis gak.tapi datangnya menglangkau tahun,1988,1997,2001.sekali kena makan masa berbulan-bulan nak sembuh.bengkak sendi,rasa nak demam,letih..asal jumpa doktor,semua bg ubat thn sakit je,sampaikan rasa dah imun,mkn sebiji tak bekesan.at last..aku pergi berubat kat sorang ustaz,alhamdulillah,lega sampai sekarang.pesannya,tempat bengkak jgn letak minyak panas sb akan menambah radang yg ada.jangan urut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 06:00 PM | Show all posts

Reply #7 fariepari's post

utk artritis, akak syorkan Gamat Healin Gamatol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 12:14 PM | Show all posts
Bersenam demi tulang


Terdapat jenis senaman tertentu yang selamat untuk pesakit artritis reumatoid (RA) bagi mengurangkan kesakitan secara keseluruhan dan memperbaiki keupayaan fungsi.


SELAIN manfaat fizikal, senaman diketahui dapat menceriakan
mood dan perasaan bagi kebanyakan pesakit artritis reumatoid.



SEPERTI minyak dan air, aktiviti fizikal telah sekian lama dikatakan tidak serasi dengan artritis reumatoid (RA). Ini secara tidak langsung menyebabkan pesakit RA takut untuk bersenam kerana mereka khuatir senaman akan menyebabkan kerosakan sendi mereka.

Tetapi hakikatnya, tidak ramai yang tahu bahawa senaman adalah faktor penting dalam pengurusan keadaan penyakit ini dan usaha untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Mungkin sebelum ini doktor tidak menggalakkan pesakit RA menyertai program senaman, tetapi sekarang aktiviti fizikal dipercayai adalah satu komponen penting dalam pengurusan penyakit.

Menurut hasil kajian di Belanda baru-baru ini, yang membabitkan 300 pesakit RA dalam program senaman atau terapi fizikal selama dua tahun, senaman berat (intensiti tinggi) dalam jangka panjang terbukti selamat untuk pesakit RA.

Ia berkesan membantu pesakit yang mengalami RA peringkat awal untuk berfungsi dengan lebih baik dari segi fizikal dan emosi.

“Meskipun senaman berat biasanya tidak disyorkan, terdapat jenis senaman tertentu yang terbukti selamat untuk pesakit RA dan berkesan mengurangkan kesakitan secara keseluruhan, membina kekuatan otot, dan memperbaiki keupayaan fungsi,” ujar konsultan reumatologi, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad.





Senaman dapat membantu pesakit RA mengekalkan berat badan yang sihat. Ia penting kerana kenaikan berat badan boleh menambah tekanan ke atas sendi, terutamanya lutut, hingga boleh menyukarkan lagi pergerakan.

“Selain itu, senaman diketahui dapat menceriakan mood dan perasaan. Ramai pesakit RA ‘cepat naik angin’ kerana mereka merasa tertekan akibat menghidap penyakit kronik yang menyakitkan hingga memaksa mereka mengubah gaya hidup secara drastik,” ulas Anwar.

Menurutnya, pesakit RA sering kecewa kerana terpaksa menghabiskan lebih banyak masa untuk melakukan perkara biasa setiap hari dan sedih kerana menjadi beban dalam keluarga.

Justeru, senaman dapat membantu mengawal kekecewaan dan kesedihan pada tahap minimum dengan membina keyakinan dalam keupayaan fizikal pesakit RA.

Antara jenis senaman yang disyorkan untuk pesakit RA adalah senaman regangan. Senaman ini paling mudah tetapi dapat menambah fleksibiliti sendi dan meningkatkan pergerakan sendi. Ia juga dapat mengurangkan kemungkinan pesakit mengalami kecederaan.

“Senaman ini membabitkan regangan sendi dan kumpulan otot yang berlainan selama 10 hingga 30 saat. Yoga dan tai chi adalah antara senaman regangan yang baik kerana ia menumpukan kepada fleksibiliti dan imbangan,” terangnya.




Senaman membina kekuatan juga penting di kalangan pesakit RA yang rata-ratanya mengalami masalah kelemahan otot. Kebanyakan pesakit RA berasa lemah dan tidak berdaya mengekalkan tahap kekuatan mereka.

Hakikatnya, kelemahan otot boleh dielakkan dan dipulihkan dengan latihan membina kekuatan. Senaman isometrik baik untuk pesakit RA kerana ia menguatkan otot tanpa menggerakkan sendi.

Senaman pelaziman atau senaman aerobik, aktiviti ringan seperti menari, mengayuh basikal, berjalan dan berenang, dapat membantu pesakit membina stamina demi manfaat badan termasuk menguatkan jantung, saluran darah dan paru-paru.

“Antara semua senaman ringan, berenang adalah senaman yang terbaik untuk pesakit RA kerana ia tidak menyebabkan tekanan ke atas sendi tetapi membolehkan sendi bersenam’ hingga mencapai potensi penuh,” kata Anwar.

Menurutnya, pengapungan dalam air akan mengurangkan tekanan ke atas sendi, seterusnya membolehkan pesakit RA bergerak lebih bebas berbanding apabila mereka berada di darat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 01:39 AM | Show all posts
kalau jari tangan kite bengkak and bisa tu adakat tu artritis? sbb my father jari dia sakit n bisa..pas tu gi govt clinic doctor kate mungkin artritis tapi ubat just bagi pain killer aje..gi private clinic..lagi lawak dia ckp my father dah tua..perkara biasa bagi tu...

any advise nak gi doctor maner tak? pls i x nak yg ubat2 supplement yg mcm dlm pasaran yg x dijual di hospital...unless suplement tu bole buat contract ngan i kalau x berjaya i bole saman dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 11:28 PM | Show all posts
saya juga doc suspec artritis, umur tak tua lagi baru 31 thn, sedih ni...nak buat camana tolong
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 10:50 AM | Show all posts
Hmmmm saya baru je di sahkan mengandung dan bila saya mengadu sakit lutut dah few months, doc suspect artriris... dia tak brani nak kasi ubat ,  just bagi calcium je...  adakah saya perlu consult pakar utk seterusnya .... mohon pendapat
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 12:24 AM | Show all posts
SAYA DISAHKAN MENGIDAP ATHRITIS, BAHAGIAN2 YANG KENA IALAH, ANKLE, KNEE & SPINE.. SAKIT GILA, BERJALAN PUN MENGUNAKAN TONGKAT..DOKTOR ORTHO TAK MENGALAKKAN PEMBEDAHAN SBB UMUR MUDA...NASIB BAIK TERSAYANG TETAP BERSAMA DALAM SUSAH DAN SENANG
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 02:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Senduduk_Putih at 13-7-2012 14:53

Penyakit ini boleh dirawat dan sembuh sepenuhnya dengan rawatan kaedah AYURVEDA di Luqman Ayurvedic Herbs Centre yang terletak di Subang Jaya dan Kajang, Selangor. Boleh juga hubungi terus pengasas dan juga Ayurvedic Specialist, Dr Luqman di 014 6332307 untuk mengetahui kaedah rawatandan temujanji. Untuk maklumat lanjut sila ke facebook:

http://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

http://www.tonton.com.my REMEDI TV9 episod 4 & 5


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.070827 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list