CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4033|Reply: 5

Andropaus? lelaki pun kena ke? ....ape kata kome?

[Copy link]
Post time 15-11-2008 11:42 PM | Show all posts |Read mode
SELAMA ini, isu menopaus sering menjadi bahan jenaka bagi kebanyakan lelaki terutama untuk mengusik wanita yang mulai mencecah usia 40-an. Tetapi, hakikatnya lelaki juga mengalami ‘menopaus’.

Kajian terbaru mengenai andropaus atau lebih dikenali sebagai ‘menopaus’ untuk lelaki mungkin membuatkan lelaki tidak senang duduk. Berdasarkan kajian itu, hampir separuh daripada lelaki berusia 40 hingga 60 tahun mengalami gejala andropaus pada tahap tertentu dalam hidup mereka.

Jadi, apa sebenarnya andropaus? Adakah ia krisis pertengahan umur? Ringkasnya, andropaus adalah penurunan tahap testosteron, hormon seks utama lelaki. Istilah menopaus bagi lelaki itu atau PADAM yang membawa maksud penurunan separa Androgen di kalangan lelaki berumur adalah perkara lumrah sejajar dengan peningkatan usia.

Bagi sesetengah lelaki, pengalaman itu berlaku secara perlahan, selain penurunan pada keinginan seks, tumpuan minda dan kecergasan fizikal. gejala lain termasuk perubahan emosi, buncit dan penurunan tenaga membuatkan seseorang itu sering rasa penat.

Masalahnya, lelaki yang menderita gejala andropaus lazimnya didiagnos sebagai mengalami krisis pertengahan usia menyebabkan mereka tidak menerima rawatan sewajarnya.

Inilah silapnya. Krisis pertengahan umur adalah masalah psikologi, bukannya isu kesihatan fizikal. Lazimnya, masalah ini berlaku apabila seseorang lelaki itu sampai ke satu tahap apabila mereka menghadapi sedikit cabaran atau pencapaian dalam hidup.
Ketika mengalami krisis pertengahan umur ini, kebanyakan lelaki akan mengalami perubahan besar dalam kerjaya, perkahwinan dan fungsi keibubapaan. Perubahan ketara itu lazimnya akan menyebabkan kekeliruan dan kemurungan yang sering dikaitkan dengan krisis pertengahan umur.

Berbeza dengan andropaus yang dikaitkan dengan fenomena psikologi sebenar berpunca daripada penurunan dalam penghasilan testosteron dan memberi kesan kepada beberapa aspek fizikal dan emosional.

Meskipun ramai lelaki yang enggan mengaku mereka menghadapi masalah berkenaan, kebanyakan penyelidik termasuk pakar perubatan antarabangsa sudah pun mengakui kehadiran andropaus. Malah, laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan hormon lelaki, androgen mulai berkurangan seiring dengan usia.

Kajian dilakukan bagi menguji tahap androgen pada usia 25 dan 70 itu mendapati tahap androgen hanyalah 10 peratus berbanding ketika mereka masih muda.

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan, tetapi jika anda masih merasakan ia tidak mencukupi, mungkin anda boleh mencuba terapi penggantian testosteron (TRT) yang boleh didapati dalam bentuk pil atau suntikan.

Antara terbaru yang kini boleh didapati di pasaran Malaysia ialah Andriol Testocaps, TRT yang diambil secara makan.

Memandangkan jangka hayat lelaki kian meningkat, adalah lebih baik jika mereka menikmati usia emas dengan bermutu. Anda pasti tidak mahu menikmati usia tua dengan pelbagai masalah dan penyakit, kerana pengambilan TRT boleh mengembalikan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Oleh itu, jika anda mengalami pelbagai gejala yang menunjukkan anda mengalami andropaus, berjumpalah doktor segera untuk mendapatkan nasihat. jangan biarkan andropaus menghantui hidup anda!


ade plak.....???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2008 11:46 PM | Show all posts
INFO

Mungkinkah ianya Andropos?

Jawab soalan berikut untuk menentukan sama ada paras testosteron anda mungkin terlalu rendah. Tandakan pada kotak yang berkaitan dengan anda.

1. adakah naluri seksual anda menurun?

2. akan anda kekurangan tenaga?

3. Adakah anda mengalami kemerosotan dari segi kekuatan dan/atau ketahanan diri?

4. Adakah anda mengalami pengurangan ketinggian?

5. Adakan anda merasakan keseronokan hidup semakin berkurangan?

6. Adakah anda sedih dan/atau suka merungut?

7. Adakah anda mempunyai masalah lemah tenaga batin?

8. Adakan anda tertidur selepas makan malam?

9. Kebelakangan ini, adakah keupayaan anda untuk melakukan aktiviti sukan yang sering anda lakukan merosot?

10. Kebelakangan ini, adakah prestasi kerja anda merosot?

Jawapan ‘Ya’ untuk soalan 1 ke 7 atau mana-mana 3 soalan di atas menunjukkan paras testosteron yang rendah. Bincang dengan doktor anda mengenai gejala dan puncanya

http://www.seripengantin.com/v1/page.php?158
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:32 AM | Show all posts
andropos tu menopos bg laki la... jgn igt pompuan je menopos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 11:00 AM | Show all posts

Balas #3 azz_azza\ catat

ai tak bersalah......
ai andropaus pun ade amoi suka kat ai....
azz dah menopos ke?












Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:12 AM | Show all posts

Reply #4 tangopapa's post

:@ :@ :@


perasan...


byk lagi ovum ni, lambat lg menopos
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:16 AM | Show all posts
Andropaus? lelaki pun kena ke? ....ape kata kome?


kate teman; andropaus mmg utk laki

so mmg ler laki yg kena
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056259 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list