WELCOME TO KACANG KOPI CAFE - CWGN PERAK
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kome semue
moh kita belabun kat sini puloksebab thread sblah nak kena shut down dah Sambil-sambil berlabun tu moh ikut keme ronde-ronde keliling negeri Perak Darul Ridzuan ni
Menara Peringatan Birch
Di sepanjang Jalan Raja Musa Aziz di Bandaraya Ipoh, tegak berdiri sebuah menara jam yang dibina sempena memperingati seorang Residen British, J.W.W.Birch, yang telah terbunuh di Pasir Salak pada 2 November, 1875. Di sekitarnya juga terdapat taman permainan kanak-kanak dan gerai-gerai makanan yang menjadi salah satu tempat tumpuan di Bandaraya Ipoh.
kome semue ingat dok?kisah JWW BIRCH kat tanah melayu dulu?? ha kalau ingat bagus,mesti lulus paper sejarah ni
[quote]Masjid Ubudiah燵/u]
Terletak di atas Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah merupakan salah sebuah masjid yang tercantik di negara ini dan menjadi simbol keagungan dan peradaban Islam di Perak. Kubah dan menara emas masjid yang tersergam indah membuktikan keindahan dan keunikan senibina masyarakat Islam. |