CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 32958|Reply: 29

[Tempatan] Ada Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,500 Dakwa Beli Honda City Sebagai Kesilapan Terbesar Dalam Hidup

[Copy link]
Post time 15-12-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-12-2024 12:15 AM

Kadang-kadang peribahasa alah membeli menang memakai tidak patut diikuti jika merasakan diri masih tidak mampu menanggung kos yang besar di kemudian hari seperti kereta atau rumah.







Menerusi akaun X @ammarFRS, dia berkongsi luahan seorang wanita yang mendakwa pembelian kereta Honda City adalah satu kesilapan terbesar yang pernah dilakukan dan sangat menyesal dengan tindakan tersebut.

“Wanita, 29 tahun. Gaji kasar RM4,500. Saya buat satu kesilapan besar sebelum ini iaitu membeli Honda City”, luahnya.

Katanya lagi, walaupun masih dalam proses pemulihan dari segi kewangan, baki simpanan peribadi semakin berkurangan.

Malah, dari ke bulan ke bulan sudah tidak mampu menabung lagi yang dipercayai kerana banyak kos tersembunyi selepas pemilikan Honda City selepas itu selain bayaran pinjaman.

“Sangat teruk di dalam kewangan. Tolong beri sedikit nasihat”, keluh wanita terbabit.

Pemilik ciapan yang juga berkemahiran dalam kewangan langsung berkongsi sebab kewangan seseorang boleh benar-benar terjejas selepas pembelian kereta adalah tidak memikirkan kos overhed yang mendatang selepas itu.

Selain ansuran bulanan, anda juga sepatutnya memikirkan kos lain seperti minyak, cukai jalan dan insuran, parkir, servis dan selian berkala dan juga pembaikian kecemasan.

Dalam pada itu, dia menasihati orang ramai untuk mendapatkan kenderaan yang harganya tidak melebihi gaji selama 12 bulan masing-masing.

Hal ini bagi memastikan aliran kewangan anda lebih terjamin dan mampu membayar segala kos keperluan sewaktu pemilikan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan x payah beli kereta mahal2. Esok kawin suruh laki jer beli. Korang beli rumah ler!

Kalau dia carik pompuan lain berskandal besok, ko halau je dik!  Biar penyondol tu plak tanggung laki ko buat homestay FOC sementara. Tanggung makan minum dia.

Hidup kena bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai Honda barulah nampak bergaya,walaupun pembeli tu terpaksa ikat perut sebab tak cukup duit utk beli makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku bru rosak gearbox honda city dia
Biasa sebab apa rosak, k dia x service ikut jadual
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 15-12-2024 08:10 AM

Sapa kata maintenance untuk kereta mahal tak boleh bayar?
Ramai je yang parking kat bahu jalan, double park.yang tak bayar parking/kompaun majlis pun ramai. Jimat dah kat situ tak payah bayar parking. Susah kan orang lain pun takpa janji duit tak payah keluar. Takda duit nak servis? Boleh hantar kat bengkel bawah pokok walaupun under warranty. Jimat sikit dari hantar ke bengkel bertauliah (authorised service centre)minyak hitam, aksesori boleh beli kat shopee&lazada..kalau kereta jahanam boleh salah kan company kereta tak jaga kualiti.



Duit gaji ngam² bayar ansuran? Korang maki je kerajaan sebab potong subsidi, harga barang mahal..

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau duduk kat negeri pantai timur atau kedah perlis ok je gaji mcm tu nk pakai honda city..parking mana byr kat sana..tol pun takde..minyak pun jimat city ni..cuma service je nk kena simpan duit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli kereta ni tak boleh kira ngam2 je kalau gaji tu lepas. Kalau gaji tu just enough nak bayar ansuran, maknanya tak mampu beli kereta tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sama kisah ngan yg cikgu gaji rm4500 aritu ke? Include byr rumah ke ni? Paling2 2k byr mthly rumah n then 800-900k byr honda city tu, takkanlah boros sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti stok2 yg nak org impress sbb pakai keter honda
Ujung2 sendiri tersakiti sbb no savings
Pompuan bodoh mcm tu la
Padahal kalo org nk impress pun, stakat 2 saat je...like 'wahhh ko pakai honda/bmw/merc'...2 saat je org kagum
Lps tu org dah x bunyik apa2 lg...org dh move on and fokus bende lain
Yg tersiksa sepanjang hayat, si pemilik honda yg miskin la sbb apa? Sbb bodoh gigih nk impress org lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kolig aku, pakai Axia jah..tp umah kt Gamuda Gardens..rege rumah dlm Gamuda Gardens bukan kaleng2 ya, parents dia lak dah pencen n duk TTDI.
Tp kat opis, ada satu budak ni duk la perlekeh kan kwn aku ni sbb bwk axia je....padahal, ko sendiri pun stakat mampu SEWA BILIK je dik...tu pun sewa kt flora damansara, area yg penuh dgn warga asing......parents lak duk kampung ulu banat kt kelantan sana.
Gitu le realiti hidup

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-12-2024 09:41 AM
Mcm kolig aku, pakai Axia jah..tp umah kt Gamuda Gardens..rege rumah dlm Gamuda Gardens bukan kaleng ...

budak yg dok perlekeh tu tahu tak yg member tu dok gamuda?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 15-12-2024 09:44 AM
budak yg dok perlekeh tu tahu tak yg member tu dok gamuda?

Tahu...tp tu la kan...x sedar diri namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:53 AM | Show all posts
Lebih baik fokus kumpul duit dahulu apabila dapat gaji termasuk gaji besar, takyah buat sebarang pinjaman untuk beli kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ukur baju di badan sendiri, kalau mampu silakan. Ada org tu kerja gaji degree, laki gaji spm tapi gomen la, jual city beli civic baru. City ni instalment 800-900 gak, civic 1400-1500, couple ni duduk kl dan ada anak sorang. Iols assume deme mampu jelah lepas ukur baju di badan deme sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 10:57 AM | Show all posts
kena accident dan banjir,
jadi besi burok.
loan kereta tetap kena bayar

pakai kereta kecik2 dan murah2 jer,
segment A, kereta baru, bayar cash.
guna pegi keje jer pun,
time parking, bercalar sana sini jugok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Honda city lampu blkg design buruk start gen1 sampai la ni pastu ruang dlm sempit giler pun ramai yg tergila-gila keta ni? Tu blm masalah gearbox lg......
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar pape asal bergaye
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-12-2024 09:48 AM
Tahu...tp tu la kan...x sedar diri namanya.

peliknya perangai..jeles agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli jelah proton saga..lps 4-5 thn hbs bayar klu rosak ke apa pn order lg any time yg new model pulak..
Mak iols yg pencen tu pn beli saga hbs byr 3 tahun je..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.062288 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list