View: 2990|Reply: 1
|
Laluan Keretapi Tinggi Mencapai Awan -
[Copy link]
|
|
Kereta api menggapai awan
Menjadi trek laluan kereta api ketiga tertinggi di dunia, El Tren a las Nubes menjadi tarikan pelancong di Argentina
PEMANDANGAN sekitar sepanjang perjalanan begitu mempesonakan penumpang.
Dengan kemerosotan ekonomi global menjejaskan industri pelancongannya, Argentina kini berusaha menarik minat pelancong dengan memperkenalkan satu lagi tarikan terbaru iaitu pengalaman menaiki kereta api yang menggapai awan yang pasti akan mengagumkan sesiapa sahaja.
Dikenali sebagai Kereta Api ke Awan atau El Tren a las Nubes dalam bahasa Sepanyol, ia membawa penumpang ke kawasan pergunungan Andes yang terletak di sebelah utara negara itu.
Faktor ketinggian yang digapai menyebabkan botol-botol oksigen disediakan di setiap gerabak untuk membantu penumpang yang berasa pening akibat perjalanan itu.
Kereta api yang meninggalkan pekan Salta untuk perjalanan pergi dan balik sejauh 400 kilometer itu meredah kawasan banjaran gunung di Amerika Selatan, mencapai altitud yang biasanya dikecapi oleh helikopter.
"Ia berbeza daripada apa yang pernah kami lihat sebelum ini. Ia tinggi, kami berada kira-kira 4,000 meter. Ia sangat panas, kira-kira 20 darjah selsius. Anda tidak berasa sejuk dan ia sesuatu yang mengujakan," kata Roswithr Brueder, seorang pelancong dari Jerman yang berusia 48 tahun.
Beliau merupakan salah seorang daripada kira-kira 200 individu yang melihat ke bawah dari tingkap kereta api tersebut sambil jentera itu bergerak perlahan merentasi dataran dan cerun-cerun gersang dalam perjalanan yang mengambil masa 16 jam.
Para penumpang telah membayar RM361 bagi setiap tiket untuk salah satu perjalanan yang disediakan sebanyak tiga kali seminggu.
Tidak terjejas dengan tempoh lama perjalanan, para penumpang kelihatan terpesona dengan hidangan landskap yang ditawarkan, khususnya tarikan utama lawatan ini iaitu sebuah jejambat melengkung yang menghubungkan dua puncak gunung.
"Sungguh mengagumkan apabila kami melihat orang ramai menitiskan air mata semasa melihat jejambat ini, penduduk yang tinggal di kawasan ini dan landskap yang mempesona. Ia sesuatu yang menakjubkan bagi saya," kata Caterina Salcedo, salah seorang daripada pemandu pelancong kereta api itu.
Laluan tren tersebut telah dibina pada tahun 1920-an dan 1930-an sebagai perkhidmatan pengangkutan lombong- lombong yang terdapat di kawasan itu.
Ia telah direka oleh arkitek Amerika Syarikat (AS), Richard Maury yang dianggap seorang hero dalam kalangan penduduk tempatan. Malah, terdapat sebuah stesen yang dinamakan berdasarkan nama lelaki tersebut.
Lebih 1,000 pekerja buruh telah berusaha gigih dalam keadaan atmosfera yang nipis untuk membina trek ini. Kebanyakan mereka menemui ajal ketika sedang bekerja.
Selepas ditutup pada pertengahan tahun 2005, tren pelancong itu telah dibuka semula di bawah pengurusan baru dan dengan pantas telah menjadi daya penarik pelancong asing dan tempatan.
Salah satu perjalanan pada bulan Oktober lalu juga telah menarik minat kerabat diraja British, Lady Gabriella Windsor, anak perempuan Puteri Michael dari Kent yang berusia 27 tahun.
Walaupun bertugas sebagai wartawan bebas, beliau mengelakkan diri daripada dilihat pengunjung lain yang sibuk dengan kamera mereka. Beliau menghabiskan sebahagian besar perjalanan itu di gerabak makan bersama rakan-rakan.
Tren a las Nubes pada hari ini berada di tempat ketiga landasan kereta api tertinggi di dunia. Tangga kedua diduduki oleh landasan di pergunungan Andes di Peru dan yang pertama, di Tibet.
Sepasukan perubatan yang terdiri daripada tiga jururawat dan seorang doktor sentiasa dalam keadaan bersedia untuk membantu penumpang yang mengalami masalah altitud.
"Daripada 200 orang dalam setiap perjalanan, terdapat 30 sehingga 40 penumpang memerlukan rawatan. Perkara penting yang mereka perlukan ialah oksigen," kata jururawat, Lorena Torres.
Simptom masalah altitud termasuklah pening kepala, sakit perut dan rasa loya.
PARA penumpang kelihatan terpesona dengan hidangan landskap yang
ditawarkan, khususnya tarikan utama lawatan ini iaitu sebuah jejambat
melengkung yang menghubungkan dua puncak gunung.
Sungguhpun demikian, kebanyakan penumpang telah membuat persediaan sendiri dan ada beberapa penumpang beralih kepada kaedah tradisional yang digunakan oleh penduduk tempatan Andes iaitu menikmati pes atau teh yang diperbuat daripada coca, sejenis tumbuhan yang boleh diproses menghasilkan kokain.
"Saya berasa sedikit tidak selesa. Tetapi tidak mengapa. Disebabkan itu, saya mempunyai coca," kata pelancong dari Buenos Aires, Laura Carta, sambil menunjukkan getah hijau di giginya.
Maire-France Mayet, seorang pelancong Perancis dari Bordeaux yang duduk dalam gerabak yang sama, berkata: "Saya telah meminum teh coca sejak awal pagi dan ia sangat efektif." - AFP
**********************************************************************************************
best nya kalau dapat naik train ni.....
tak payah naik kapalterbang.. pun dah tinggi -
tapi tu lah.. sapa2 yang gayat tak leh naik la ni -
rasa2nya UAE akan lawan tak keretap tertinggi ni --- sebab royalty kat sana
mana nak kalah.. semua nak yang jadi TER aje --
cuma ye la - kalau depa nak buat tertinggi tu - tak ada gunung andes
or apa pun kat sana (padang pasir) - flat land - tapi who knows
mungkin buat tren yang tinggi pergi tingkat atas al burj atau
menara nakheel ke apa tu -- yang tinggi tu - |
|
|
|
|
|
|
|
dexa...depa BELI laluan keretapi Andes tu! |
|
|
|
|
|
|
| |
|