|
Mangkuk tingkat antiobesiti
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1120/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg)
| KIRA-KIRA 5,000 dabbawalla akan menghantar makanan dalam mangkuk tingkat setiap hari di Mumbai.
|
BEKERJA melebihi masa dan menjamah makanan yang dibeli di pejabatnya, Cyrus Driver seperti kebanyakan eksekutif India lain bergelut untuk mengambil makanan sihat ataupun bersenam dengan secukupnya.
Kini, beliau mendapat ilham dan penyelesaian inovatif untuk menangani masalah kegemukan iaitu membuka sebuah syarikat yang membekalkan makanan rendah lemak dan mementingkan pengiraan kalori melalui perkhidmatan penghantaran yang efisien. Ia disediakan oleh dabbawalla atau penghantar mangkuk tingkat Mumbai yang terkenal.
Firma tersebut, Calorie Care, diharap boleh membantu mewujudkan kesedaran dalam kalangan golongan profesional di kawasan bandar untuk menjaga berat badan mereka memandangkan berat badan kebanyakan golongan pertengahan dan kelas atasan semakin meningkat akibat pertumbuhan mendadak ekonomi negara itu sejak kebelakangan ini.
"Seperti kebanyakan individu lain yang bekerja dalam sektor perkhidmatan kewangan, saya menghadapi kesukaran untuk menjaga badan sungguhpun telah cuba bersenam dan mengambil makanan yang sihat," kata bekas pelabur ekuiti itu.
Beliau mendakwa, masalah besar yang wujud ialah pilihan makanan yang disediakan di pejabat amat tidak sihat.
"Terdapat kekurangan perkhidmatan yang mampu menyediakan makanan yang sihat."
Firmanya kini menghantar makanan yang direka khas dalam mangkuk tingkat atau kotak makanan, menggunakan pasukan mereka sendiri atau kira-kira 5,000 lebih dabbawalla yang akan menempuh jalan raya di bandar raya tersebut setiap hari dengan membawa makanan yang dimasak di rumah kepada para pekerja pejabat yang menempahnya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1120/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.2.jpg)
CALORIE Care memberikan alternatif makanan India
yang lebih sihat dan berkhasiat.
Sungguhpun demikian, hidangan sarapan pagi, tengah hari dan malam yang dicipta oleh sepasukan pakar pemakanan itu tidak mengandungi garam, minyak, gula dan mentega yang tinggi. Sajian ini biasanya ditemui di kebanyakan hidangan masyarakat India.
"Kebanyakan eksekutif yang berjaya akan bekerja sepanjang hari tanpa mendapatkan sebarang senaman dan kebanyakan restoran merasakan makanan yang baik haruslah kaya dengan mentega, minyak dan keju.
"Kami mengambil pendekatan yang berlawanan," ujar Driver.
Sejak sajian pertama dihantar pada September 2005, perniagaan itu terus membangun dengan promosi melalui mulut dan kini, beliau menggaji 55 orang kakitangan yang ditugaskan untuk menjejak pesanan dan keperluan khasiat menggunakan komputer.
Driver berharap, menjelang tahun hadapan, firma tersebut dapat menyediakan perkhidmatan yang sama kepada para eksekutif di hab teknologi maklumat di India iaitu bandar raya Bangalore.
Menurut Yayasan Pemakanan India (NFI), 50 peratus wanita dan 32 peratus lelaki kelas pertengahan dan atasan di India adalah obes, dengan masalah yang akut terutamanya berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Angka tersebut dibandingkan dengan empat peratus golongan wanita dan satu peratus lelaki dalam kalangan penduduk setinggan di negara itu.
Menurut kumpulan Yayasan Diabetes Antarabangsa itu lagi, India mencatatkan 40.9 penghidap diabetis pada tahun 2007, angka yang tertinggi di dunia.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1120/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.3.jpg)
NILAI kalori dan lemak setiap hidangan dikira terlebih
dahulu sebelum ditawarkan kepada pelanggan.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2005 telah menganggarkan kematian akibat keadaan-keadaan yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetis, penyakit jantung dan strok mengakibatkan ekonomi India kerugian RM1.2 trilion setahun dalam produktiviti.
Dengan pertumbuhan pesat gimnasium-gimnasium, klinik pengurusan badan dan makanan diet swasta di bandar-bandar India, Driver melihat firmanya sebagai sebahagian trend yang meluas ke arah kehidupan sihat yang berperanan untuk menangani kesan gaya hidup yang lebih berbentuk kebaratan dan 'lebih banyak duduk'.
Meskipun begitu, lelaki itu mengakui cabaran utama di India masih lagi senario di mana kebanyakan rakyat negara itu tidak mendapat makanan yang mencukupi.
Program Makanan Dunia menganggarkan hampir 50 peratus populasi penduduk berada dalam kelaparan di India. Lebih separuh daripada kanak-kanak di bawah usia lima tahun dianggap berada dalam kumpulan separa atau sangat menderita kerana kekurangan zat makanan.
Sementara itu, kira-kira 350 juta rakyat atau kira-kira satu pertiga populasi India mendapat kurang daripada 80 peratus keperluan tenaga minimum yang diperlukan.
"Di Amerika Syarikat, kadar obesiti adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Di India, keadaan adalah berlawanan," katanya.
"Ia disebabkan oleh kekurangan zat makanan, bukan kerana kumpulan berpendapatan rendah lebih peka terhadap kesihatan." - AFP
masa aku sekolah dulu.. mak aku bekalkan aku mangkuk tingkat gi sekolah... aku suka yg kat atas sekali sbb ada 'dessert' selalunya mak aku letak caramel creme ke.. atau kueh koci ker.. dia pesan hah!!! amazed; ko makan tu yg last lepas makan nasi dan lauk sumer... tapi pada aku life is uncertain.. so eat dessert first.... aku mmg balun dessert dulu ler.... aku tak tau ler pulak pasai tiffin utk anti obesiti nih.. tapi mmg tiffin best... aku punya ada 4 tingkat... selalu aku tak sabaq ajer masa lunch!! dapat makan mcm2 wooo... hmmm camana nak anti obesiti ni... tapi tu sumer terpulang apa yg ko bawak... kalu kat mangkuk tingkat tu ko letak rak 1; ayam goreng; rak 2, brownies, rak 3, beskotcekelat (jgn pasan lak beskot wokeyyy); rak 4, 3 keping ciskek.. apa kes... jadik belon ler kalu makan ni 5 hari berturut turut.... ![](http://www.clipartof.com/images/filler.gif)
[ Last edited by amazed at 30-1-2009 01:49 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
nk kena pi bli mangkuk tingkat la plak pasneh......![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lima fakta
PUNCA obesiti, kepentingan asid folik, kaitan diabetes dan otak, kelebihan sikat serta lipas adalah lima fakta penting yang Kosmo! bawakan kepada para pada minggu ini.
TV PUNCA OBESITI
KAJIAN terbaru di Australia mendapati, gadis-gadis belasan tahun yang menghabiskan masa dengan menonton televisyen lebih dua jam setiap hari bakal berdepan dengan masalah obesiti.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0123/Kosmo/Pesona/ps_06.1.jpg)
MENONTON TV boleh menyebabkan obesiti dalam kalangan gadis belasan tahun. - Gambar hiasan
Malah, melayari Internet sepanjang hari juga bakal mengundang risiko yang sama.
Menariknya, bagi golongan remaja lelaki yang menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan permainan komputer, mereka kurang berisiko mendapat obesiti. Ini disebabkan pertumbuhan jisim otot yang mencukupi bagi mengekalkan tahap kesihatan mereka.
ASID FOLIK
PERKHIDMATAN Kesihatan Amerika Syarikat (AS) mendapati, wanita memerlukan sebanyak 400 mikrogram asid folik setiap hari.
Asid folik adalah vitamin B dan ia membantu badan kita menghasilkan sel-sel baru. Setiap orang memerlukannya, lebih-lebih lagi wanita hamil.
Jika pengambilannya mencukupi, peratusan kelahiran bayi yang mengalami kecacatan otak dan spina bakal berkurang. Salah satu cara seseorang wanita boleh mendapatkannya adalah dengan menikmati bijirin sarapan pagi yang mengandungi 100 peratus asid folik setiap hari!
DIABETES DAN OTAK
PENYELIDIK dari Kanada mendapati, orang dewasa yang menghidap kencing manis bakal menerima dua jenis kerosakan otak.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0123/Kosmo/Pesona/ps_06.2.jpg)
ORANG dewasa yang menghidap kencing manis bakal
mendapat dua jenis kerosakan otak. - Gambar hiasan
Ia melibatkan otak yang tidak dapat berfungsi dan tidak memberi tindak balas dengan baik. Mereka juga bakal berdepan dengan masalah untuk fokus pada sesuatu pekerjaan dengan baik, selain tidak dapat menyelesaikan masalah dengan sempurna.
KELEBIHAN SIKAT
MENYISIR rambut dengan jari bakal mengundang masalah keguguran rambut yang teruk.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0123/Kosmo/Pesona/ps_06.3.jpg)
LELAKI yang tidak menyikat rambut lebih berisiko
mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. - Gambar hiasan
Trend ini dapat dilihat di kalangan golongan lelaki yang malas menggunakan sikat.
Terdapat banyak kotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada tangan kita. Kotoran tersebut boleh meresap pada kulit kepala dan bakal melemahkan akar umbi rambut. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan keguguran rambut.
LIPAS PENCEMAR
LIPAS adalah serangga yang menggelikan dan juga serangga perosak. Banyak kejadian keracunan makanan berpunca daripada pencemaran lipas. Serangga itu suka menabur najis sambil makan sekali gus meninggalkan bakteria di merata tempat.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0123/Kosmo/Pesona/ps_06.4.jpg)
LIPAS meninggalkan kotoran sekali gus menyebabkan
beberapa jenis penyakit kepada manusia. - Gambar hiasan
Ini menjadikan lipas sebagai salah satu daripada serangga perosak yang paling jijik dan berbahaya. Ia merebakkan pelbagai kuman penyakit yang boleh menyebabkan keracunan makanan, cirit-birit, disenteri, hepatitis, kepialu, kusta, penyakit kulit dan bengkak pada kelopak mata.
Walaupun serangga itu hanya lalu seketika di atas meja mahupun dapur, ia tetap meninggalkan kotoran berbahaya kepada manusia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|