View: 12592|Reply: 15
|
Zahnita Wilson pernah alami kemurungan melampau, jumpa pakar psikiatri
[Copy link]
|
|
Zahnita Wilson mendedahkan dia pernah bertemu dengan pakar psikiatri akibat masalah kemurungan pada tahun 2019.
Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak meneruskan rawatan selepas melihat keadaan pesakit lain jauh lebih teruk berbanding dirinya.
“Jujurnya saya pernah ke wad psikiatri di mana saya berada pada tahap terendah dalam hidup.
“Tapi bila saya sampai di wad itu saya tengok keliling ada ramai pesakit lain yang menunggu dan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada saya.
“Jadi saya tak rasa saya patut berada di sana sebab saya tak seteruk mereka dan memilih untuk patah balik ke rumah,” katanya kepada mstar.
Zahnita berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media bersama NR Cosmetics di Bangi, Selangor pada petang Rabu.
Berkongsi pengalamannya itu, Zahnita berkata ketika itu dia berasa seperti hilang arah sehingga perlu berjumpa dengan pakar psikiatri.
Namun selepas pulang ke rumah dia memilih mencari ketenangan dengan mendekatkan diri pada Allah SWT.
“Mungkin kerana saya hilang arah waktu itu.
“Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa pada Allah,” ujarnya.
Menurut Zahnita, suaminya iaitu Abdul Zackery adalah individu yang membawanya ke wad psikiatri berkenaan bagi membantu model itu kembali pulih daripada kemurungan.
“Dia (Abdul Zackery) ialah orang yang bawa saya ke wad psikiatri berkenaan.
“Mungkin ketika itu dia nampak saya memang berada di tahap terendah seperti tak tentu arah.
“Jadi dia cuba untuk cari orang yang boleh bantu saya mungkin,” jelasnya.
Untuk rekod, Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.
Pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Dalam perkembangan lain, Zahnita dilantik menjadi duta bagi kempen raya 2025 untuk produk NR Cosmetics.
Ini kali pertama NR Cosmetics melantik duta bagi produk mereka selepas lapan tahun beroperasi.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa saja la fesyen kau ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nr cosmetics ni timbang kilo gak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau pegi jumpa psychiatrist private ke, gomen?? Takkanla Gomen, kan laki gundu kau tu kaya? ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Kalau private, apa hal plk ko nak kesian2 org lain yg tgh tunggu giliran tu? Bior je lah.
Apa2 jelah Acik-Apek oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan sama je semua...kihkih..tgk dia gayakan diri rakam guna hp..kadang2 aku rakyat marhein yg x lawa ni pun sama walaupun aku bukan model atau retis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 12-2-2025 08:29 PM
Kau pegi jumpa psychiatrist private ke, gomen?? Takkanla Gomen, kan laki gundu kau tu kaya?
Ka ...
Aka lari dari wad ke?
Disclaimer: Ini soalan pertanyaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh my
baju oren tu
apakah gaya itu ?
yg bukan bukan |
|
|
|
|
|
|
|
semak lah dia ni. rengsek aku lama lama. seperti mana aku rengsek dengan tok aishah hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ape cite yg gaduh sana sini lak dia dgn org2 pertama yg dtg tlg dia dlm zhp.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa kilo mekap dan berapa lapis filter gambar photoshoot tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu x berapa,skrg lagi xde uupa. Tolong kembali senyap. Meol rimas ngan dia ni. Pelik sbb rmai idolatkn sheee |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah, kuasa mekap n filter, hilang terus muka tua dia. Muka dia yg bahagian atas muka tepi hidung tu dah tua, cara bercakap suara semua dah mcm org tua ritu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorg ai tgk dh saling tak follow , tk igt nama. Sheols antara yg memula tolong anto pie. Yg ni ke ada gaduh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 12-2-2025 08:29 PM
Kau pegi jumpa psychiatrist private ke, gomen?? Takkanla Gomen, kan laki gundu kau tu kaya?
Ka ...
Tu dia kata ramai yg tunggu giliran.. gomen la tu.. mana ada private gitu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|