CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8694|Reply: 2

Rezeki duda hot Fattah Amin mencurah-curah lepas bercerai

[Copy link]
Post time 12-2-2025 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Sejak sah bercerai pada Oktober tahun lalu, rezeki pelakon Fattah Amin semakin mencurah-curah apabila pelbagai tawaran terbang ke ribanya.

Tidak hanya menjadi duta pelbagai produk, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd. Amin itu juga semakin rancak menyusun jadual lakonan yang padat.

Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu mengakui agak selektif apabila perlu meneliti dan menapis setiap tawaran yang datang.



“Dulu pun ada, cuma rezeki saya paling nampak lepas bercerai. Allah bagi melimpah ruah.

“Saya tak boleh kawal rezeki tetapi tak boleh kaut semua. Ada yang saya tapis juga.

“Setakat ini, semua klien yang saya terima dipercayai dari segi kualiti produk dan penjenamaan,” katanya kepada KOSMO! ONLINE.

  


Berkongsi lanjut, Fattah juga tidak sangka rezeki mencurah-curah sehingga terpaksa bekerja pada hari minggu demi menyara keluarga tercinta.

Namun, dia menganggap peluang tersebut mampu membuka lebih banyak pintu dan ruang kepada orang sekelilingnya.

  


“Saya pun tak sangka tahun baharu mula dengan langkah kanan. Rezeki ini bukan untuk saya seorang tetapi buat pihak pengurusan, pengurus, keluarga dan anak saya. Senang cerita, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

“Kita sama-sama kongsi rezeki. Rezeki saya murah bukan untuk saya seorang tetapi orang sekeliling juga dapat merasa.

“Setiap hari saya akan bekerja sampai tahap tak ingat apa yang perlu buat untuk minggu hadapan atau dua minggu depan.

“Apa yang saya tahu, bulan ini tiada cuti, Sabtu dan Ahad pun kerja. Kalau betul-betul penat baru beritahu pengurus untuk berehat sekejap,” ujarnya.

  


Selain menjadi duta, pelakon drama popular Lelaki Melayu Terakhir itu turut mengendalikan perniagaan sendiri di bawah syarikat FA Limited Edition.

Terbaharu, bapa kepada seorang anak itu melancarkan hijab di bawah jenama Tudung Azizah yang diinspirasikan daripada nama ibundanya.

“Saya juga ada produk sendiri di bawah jenama FA Limited Edition dan keluarkan tudung Azizah.

  


“Lagipun saya ada pengalaman berniaga, jadi segala pengetahuan itu saya gunakan untuk usahakan jenama ini.

“Sekarang saya guna platform sendiri, bawa mak saya sekali kerana dia juga peminat tudung labuh bidang 50,” tutupnya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 08:23 AM | Show all posts
tudung labuh bidang 50 pun boleh lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 09:49 AM | Show all posts
Alhamdulillah...
Bukan rezeki selepas bercerai fattah...Betulkan ayat tu...
Itu namanya Hidayah dari Allah...
Baru terbuka pintu hati untuk bertanggungjawab...

Dah kata, dulu pun ada, tapi pandang sebelah mata, sebab wife pun ada income.
Sekarang dah hidup sendiri semula, baru sedar susah senang hidup mencari rezeki.

Semoga dipermudahkan-Nya segala urusan kalian.

Yang penting, jangan riak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.044291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list