View: 21534|Reply: 6
|
Tak nak ubah apa-apa, Sharifah Sakinah tolak offer operate eye bags
[Copy link]
|
|
Banyak kali menerima tawaran untuk melakukan pembedahan pada kantung mata, pelakon Sharifah Sakinah bagaimanapun kekal dengan prinsip tidak mahu melakukan sebarang rawatan mengubah anggota tubuhnya itu.
Bagi Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, dia juga enggan berbuat sedemikian hanya kerana mahu mengikut kehendak masyarakat.
"Ini adalah sebahagian anggota badan saya. Saya tidak akan ubah apa yang sudah Allah berikan untuk orang lain. Jika nak buat sekali pun hanya untuk kepuasan sendiri.
"Saya bukanlah ke arah mendengar kata masyrakat atau mengikut trend semasa. Saya juga tidak berkerja berlandaskan wajah," katanya kepada mStar.
Sakinah ditemui ketika majlis tayangan istimewa bersama peminat drama lakonannya berjudul Curang Tanpa Niat yang berlangsung di Putrajaya pada malam Khamis.
Pelakon ini mengulas perkara tersebut selepas baru-baru ini adalah pihak yang menawarkan rawatan wajah terutama pada bahagian kantung mata atau eye bag yang jelas kelihatan ketika dia membawakan watak Astrid dalam drama berkenaan.
Menjawab dengan nada berseloroh, Sakinah menolak tawaran berkenaan disebabkan pihak terbabit tersalah ejaan ketika menulis perkataan 'sponsor' dalam ruangan komen di laman sosial miliknya.
Berkongsi tentang rutin penjagaan kecantikan, pelakon ini memberitahu dia lebih gemar mengikut petua lama menggunakan bahan semula jadi.
Malah ketika ditemui dia turut menunjukkan sebungkus cengkih yang dibawa untuk kudapan bagi mengelakkan nafas berbau selain memberikan khasiat pada badan.
"Saya kekal lakukan rawatan secara semula jadi. Kalau boleh bersolek pun saya tak mahu.
"Saya juga amalkan mandi dengan air batu seminggu tiga kali untuk kesegaran badan dan juga kesihatan mental," ujarnya.
Sementara itu bercakap tentang watak Astrid yang kini menjadi bualan ramai, Sakinah berkata ia seperti kemunculan semula selepas sering dikaitkan dengan karakter komedi.
"Saya suka watak berat sebegini kerana ia mencabar dan tidak mahu duduk di zon selesa. Sebelum ini banyak watak komedi sehingga orang pun terkejut saya boleh jadi Astrid.
Selain Sakinah, drama arahan Eyra Rahman ini turut menampillan pelakon lain seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Fadlan Hazim dan Fauzi Nawawi.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak tekejut sbb mmg watak antogonis ni ramai je boleh bawa |
|
|
|
|
|
|
|
Yasss. Takyah tukar pape. Love yourself. Gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
yasssssss
mcm meryl streep, judi dench
even kate winslet, julia roberts, halle barry
ni semua aged gracefully
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa penyebab org boleh ada eyebags teruk cm dia. Umur muda lagi dah nampak eyebags dia. Pemakanan ke eh? Ke hormon? |
|
|
|
|
|
|
|
Suka plak tgk dia pakai kemeja pink xdak lengan yg dok terkangkang tu.. bkn la terkangkang sgt2 pon |
|
|
|
|
|
|
|
memang keturunan dia kot, kakak dia pun eyebag teruk jugak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|