08 Mei 2008 : Berita Harian FILEM BOHSIA BONGKAR MASALAH SOsiol REMAJA
Syamsul sedia berdepan dengan kontroversi jika judul filem kedua arahannya dipertikaikan
JUDUL Bohsia mungkin agak liar, nakal dan mungkin agak keterlaluan, tetapi bagi pengarahnya, Syamsul Yusof mahu masyarakat tidak melihatnya dari luaran saja tanpa memahami apa yang hendak disampaikan menerusi filem itu.
Tapi jangan melihat pada perkataan Bohsia saja, tetapi renungi juga sebaris ayat pendek yang menjadi tag-line filem ini iaitu Jangan Pilih Jalan Hitam. Bagi Syamsul untuk mendekati dan memahami masalah golongan ini, kenalah ada pendekatan yang bersesuaian supaya mereka boleh menerimanya dengan mudah.
Katanya, bukanlah satu kesalahan dia memilih Bohsia sebagai judul filem kedua arahannya kerana perkataan itu sudah diterima oleh masyarakat yang merujuk kepada masalah berkaitan dengan remaja perempuan.
揃ohsia adalah cerita remaja. Jangan lihat pada judulnya tetapi pada keseluruhan cerita filem ini. Kalau kita melihat dari sudut negatif, memanglah semuanya dianggap negatif saja. Ia paparkan apa isu yang ada sekarang. Ia realiti yang berlaku sekarang. Kenapa mereka jadi macam itu (jadi bohsia), adakah ia berpunca daripada keluarganya, masyarakat dan sebagainya.
揟ajuk Bohsia itu sendiri tidak sepatutnya dijadikan kontroversi kerana ia sudah menjadi 慴ahasa umum