View: 12031|Reply: 25
|
Perasmian Bangunan Sultan Iskandar (CIQ baru yg nak ke Singapore tu)
[Copy link]
|
|
Sesape ada latest photo masa persmian tu hari nie tepek ler gambo....
Thank you... |
|
|
|
|
|
|
|
haku hampir2 kena tukar kat sana..tempat mmg besar giler..sapa terer merayap dalam kompom x jumpa jalan kuar |
|
|
|
|
|
|
|
[img][/img]
JOHOR BAHRU 1 Dis. - Bangunan Sultan Iskandar di Bukit Chagar yang dirasmikan Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail hari ini menjadi simbolik era moden dalam pengurusan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di pintu masuk negara bagi selatan tanah air.
Bangunan yang serba canggih itu akan memainkan peranan penting dalam melicinkan rangkaian pengangkutan antara Johor dan Singapura di samping menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi di selatan tanah air.
Sultan Iskandar bertitah, kemudahan bangunan tersebut sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya dalam menggalakkan lagi pembangunan dan kemakmuran di negeri Johor yang bersempadan dengan Singapura.
"Hari ini adalah hari bersejarah bagi negeri Johor kerana mendapat satu bangunan yang menjadi gerbang utama bagi negeri Johor dengan negara sebelah selatan.
"Beta berharap dengan adanya bangunan ini rakyat akan lebih selesa dan sejahtera serta lebih makmur dan maju," titah baginda semasa merasmikan Bangunan Sultan Iskandar di sini.
Turut berangkat ialah Sultanah Johor, Sultanah Zanariah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dan isteri, Raja Zarith Sofea.
Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Pembinaan bangunan pintar yang bernilai RM1.26 bilion itu dimulakan pada tahun 2001 dan dijadualkan siap pada 2006, namun disebabkan pembatalan pembinaan projek Jambatan Bengkok di Tambak Johor, laluan baru telah dibina bagi menghubungkan tambak dengan bangunan berkenaan.
_________________________________________________________________________________________
9 juta bakal guna CIQ - PM
Oleh luqman haziq dan kamil maslih
JOHOR BAHRU 1 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,sebanyak sembilan juta orang dijangka melalui dan menggunakan pelbagaikemudahan yang terdapat di Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkanperkhidmatan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pada setiap tahun.
Menurut Perdana Menteri, bangunan itu yang dirasmikan oleh SultanJohor, Sultan Iskandar Sultan Ismail hari ini menempatkan 21 agensikerajaan Persekutuan, negeri, badan berkanun serta swasta yang akanberoperasi 24 jam sehari.
"Adalah menjadi harapan saya agar bangunan ini akan beroperasidengan lancar terutama dalam melaksanakan peranannya sebagai gerbangantarabangsa yang pastinya akan membantu dalam pembangunan ekonominegara kita.
"Saya juga menyeru semua pegawai dan kakitangan kerajaan yangberkhidmat di sini agar menjaga bangunan ini dengan cekap dan penuhintegriti. Kita harus menerapkan sikap minda kelas pertama selarasdengan infrastruktur kelas pertama yang kita duduki ini," katanya dalamucapan alu-aluan pada majlis berkenaan.
Perdana Menteri turut meminta supaya aspek keselamatan di BangunanSultan Iskandar diberi perhatian utama oleh pihak polis demi menjaminkeselamatan dan kesejahteraan para pengguna dan negara amnya.
"Oleh itu, bangunan ini telah diwartakan sebagai sasaran penting satu negara," katanya.
Selain itu, beliau turut mengingatkan kakitangan setiap agensi yangberkhidmat di situ supaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dancemerlang kepada orang ramai.
"Sesungguhnya, setiap daripada saudara-saudari yang berkhidmatadalah 'Duta' Malaysia kepada dunia luar. Bersama kita buktikan, malahserlahkan status Malaysia sebagai antara negara yang bukan sahaja maju,tetapi juga dengan rakyat yang ramah dan berbudi bahasa serta tinggiadab nilainya," katanya.
Abdullah berkata, kemudahan yang disediakan di Bangunan SultanIskandar telah direka bentuk bagi memenuhi keselesaan pengguna mengikutfungsi seperti pemeriksaan jenis kenderaan yang berlainan untukmemudahkan urusan pelanggan.
"Kemudahan-kemudahan kaunter juga telah dinaik taraf iaitu sistem yang digunakan lebih teratur dan mesra pengguna," ujarnya.
Menurutnya, Bangunan Sultan Iskandar sebenarnya bukan sekadar satuusaha pembangunan, tetapi juga adalah satu simbol penting yangmelambangkan kemajuan dan potensi wilayah ini serta merupakan pintumasuk yang moden, cekap dan indah yang akan memberi gambaran kepadasetiap pengunjung dan pelabur luar akan kemodenan, kecekapan dankeindahan di wilayah pembangunan Iskandar Malaysia di negeri Johor dannegara.
Beliau berkata, negeri Johor amat bertuah kerana mempunyai segalaelemen untuk membangun sebagai sebuah kawasan ekonomi yang dinamikseperti kedudukan geografinya sebagai negeri 'gerbang' selatan diSemenanjung serta prasarana dan infrastruktur yang tersedia juga amatbaik.
"Hari ini kita bersama-sama menjadi saksi kepada perasmian BangunanSultan Iskandar ini yang bukan sahaja menjadi pintu gerbang negara danmercu tanda terkemuka di rantau Asia, bahkan seluruh dunia," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
x klua la pulak gambanye :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
cian tunku
tak larat dh jln
tur yang naik erk.... camner nak eja bagi tur eik???? |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 aku stand by for medical team escort dymm tunku..
mmg dymm tunku dah tak larat btol nak jln....
yg kelakarnyer,
bdk2 aku ckp sultan johor tak tau nama bangunan tur menggunakan nama dymm tunku..
bila sultan johor nak sign masa perasmian, dymm tunku terkejut tengok nama dymm tunku menjadi nama bangunan tu..
lagipon nie lah bangunan pertama yang menggunakan nama sultan iskandar kan!! |
|
|
|
|
|
|
|
ari nie
aku gi keje lalu sitew
mak ai... banyak nyer bus kilang kuar...... bahaya seh.....
dulu masa tak der kenderaan kuar daripada ciq, jln tak bz
skg nie..... seriau aku seh!! |
|
|
|
|
|
|
|
hemmm aku balik kerja pun lalu kat situ....pusing2 lak tuhh....errrrrrrrrr............sempat lg tgk jembatan separuh siap.....besh kan klu ada jembatan tuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 AkU75's post
Kelmarin masa on d way nk ke area menara sarawak pun ade la jgk tgk dr atas flyover tu.
Time tu dlm pukul 11 pagi. Takde sesak sgt pun area situ..? Pak guard2 je yg ramai.
Smlm dgr radio pun ckp kt causeway petang jam lagi.
Diorang blm bukak sepenuhnye ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan jem kat lingkaran dalam....
dulu tak jam pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan CIQ mula beroperasi Selasa
JOHOR BAHRU 13 Dis. - Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan perkhidmatan Jabatan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) akan memulakan operasi sepenuhnya bermula pukul 12.01 tengah malam Selasa ini dengan semua proses dokumentasi bagi urusan keluar masuk antara Malaysia dan Singapura perlu dibuat di bangunan tersebut.
Sehubungan itu, laluan Kaunter Imigresen sedia ada di Jalan Tun Razak akan ditutup pada pukul 11.45 malam pada Isnin ini sebelumnya dan semua kenderaan perlu menghala ke Bangunan Sultan Iskandar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaakob berkata, bermula pukul 12.01 malam itu, semua kenderaan meliputi bas, van, kereta dan motosikal perlu menggunakan laluan keluar dan masuk antara Singapura dan Malaysia melalui Bangunan Sultan Iskandar.
"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan Jalan Tun Razak untuk masuk ke Singapura mulai 11.45 malam hari Isnin dan sebaliknya mengunakan Jalan Lingkaran Dalam untuk melalui Bangunan Sultan Iskandar.
'Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi panduan anggota trafik yang akan bertugas pada malam itu untuk melicinkan pergerakan kenderaan dari kawasan bandar raya Johor Bahru ke Bangunan Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Supritendan T. Raveendran.
Zainuddin berkata, dengan penutupan laluan di Jalan Tun Razak itu, pihaknya akan mengalihkan kenderaan dari pusat bandar raya yang ingin menuju ke Bangunan Sultan Iskandar melalui Jalan Saw Mill di belakang Balai Polis Sentral bagi melalui Jalan Pantai Lido atau Jalan Wong Ah Fook menuju ke Jalan Lingkaran Dalam.
"Selain itu, mulai pukul 12.01 tengah malam Selasa ini juga, kesemua lori akan mula menggunakan laluan Tanjung Puteri untuk keluar masuk dari Malaysia ke Singapura dan sebaliknya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1214&pub=utusan_malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm&arc=hive
Komen JB : Midnight semalam dah buka untuk Bas, kereta dan motosikal, keadaan penuh sesak, xde kawalan trafik, kereta beratur belakang bas, bas beratur satu baris panjang sahaja, begitu juga kereta, total 2 barisan sahaja. Kereta jam lagi teruk. Malaysia Boleh! |
|
|
|
|
|
|
|
smlm ptg nak balik pon jammed
biasanya aku lalu stulang darat
tapi smlm aku terpaksa lalu stulang laut..... tapi ader polis jaga..
biasa lah memula baru bukak, karang lama2 dah tau kelemahan mistake kat mana
everything akan ok... harap2 lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku bakal keje saner..huhuhu..
cuti-cuti malaysia!!!opss skang zoom malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan, ada beberapa kelemahan pada CIQ baru Gerbang Perdana tu...- Dier guna 100% Touch n Go dan takder pakai cash, dan orang Singapore banyak tak tau pasal tu sebab tak diberitahu. Akibatnya, time malam pembukaan tu dilaporkan jem dari arah Singapore sampai lebih 4 jam walaupun kerajaan janji paling lama pun sejam jer. Kat Linkedua tu pun still bleh pakai cash lagi.
- Laluan ke Mesia dilencongkan ke Jalan Lingkaran Dalam, so kalau orang Singapore yang biasa ikut Skudai Highway / Jalan Tun Abdul Razak mesti akan rasa keliru nak masuk ikut mana.
- Laluan yang dilencongkan ke Jalan Lingkaran Dalam gak menyebabkan bisnes kat pusat bandar raya JB tak sebagus dulu. Sebelum ni, bila kuar2 dari kompleks kastam jer dengan buat U-turn kat Persiaran Tun Sri Lanang dah sampai kat pusat bandar raya, kalau nak balik Singapore lak direct dari Jalan Tun Razak ke kompleks kastam so orang Singapore bleh singgah gak sekali shopping kat pusat bandar raya.
- Jalan2 kat CIQ tu berbelit2 dan sempit, takut keter2 besar dgn lori tak lepas laa.
Problem no. 2 dan 3 bleh disetelkan kalau JB Interchange kat pangkal Tebrau Highway / Jalan Tun Abdul Razak tu dibina semula untuk buat laluan terus ke CIQ Gerbang Perdana dari Skudai Highway dan dari CIQ direct ke pusat bandar raya laa.
[ Last edited by Squall-Leonhart at 31-12-2008 09:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
FOTO DR WEBSITE GERBANG PERDANA
[ Last edited by fidjb at 31-12-2008 10:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|