CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18362|Reply: 65

Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru

[Copy link]
Post time 23-12-2008 07:57 AM | Show all posts |Read mode

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru berwajah baru

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang bermula dengan sebuah gerai 35 tahun dulu, hari ini tampil menerusi kafe pertamanya di Platinum Walk, Danau Kota di sini sesuai dengan gaya hidup masyarakat moden.


Pengarah Shaha Corporation Sdn. Bhd., Abdul Halim Jamaludin berkata, ia bagi membolehkan lebih ramai peminat Nasi Lemak Antarabangsa menikmati makanan tersebut di luar Kampung Baru dalam keadaan yang lebih selesa.

Beliau berkata, selain membuka sebuah lagi kafe di Ampang Point di sini minggu depan, pihaknya menyasarkan untuk membuka 10 lagi kafe yang sama di Lembah Klang sepanjang tahun depan.

"Ia diikuti pembukaan cawangan Nasi Lemak Antarabangsa di luar negara pada 2011," katanya ketika berucap sempena perasmian Kafe Nasi Lemak Antarabangsa Danau Kota yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Sementara itu, Noh dalam ucapannya berkata, kejayaan Shaha Corporation membuktikan usahawan bumiputera yang dibimbing mampu bersaing dengan orang lain.

"Pengusaha gerai yang ada pada hari ini perlu mengikut contoh kejayaan Nasi Lemak Antarabangsa yang mampu membuka kafe sendiri berkonsep moden," katanya.

Kafe Nasi Lemak Antarabangsa di Platinum Walk menghidangkan lauk-pauk terkenalnya seperti sambal kerang, sambal sotong, ayam dan daging rendang.

Menu tambahan yang dihidangkan ialah mi rebus, mi kari, asam laksa, goreng pisang, kuih tradisional dan rojak buah.

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru bermula dengan perniagaan gerai yang diasaskan oleh ibu mertua Abdul Halim, Normi Tandoh di Jalan Raja Muda Musa pada 1973.

Ia diilhamkan daripada kehadiran ramai pelanggan pelbagai bangsa dan budaya. Hari ini, ia disenaraikan oleh Pelancongan Malaysia sebagai destinasi yang harus dikunjungi pelancong.


***********************************************************************************

saya percaya ramai warga kota.. even dari luar kota yang
pernah berkunjung ke gerai nasi lemak antarabangsa kat
jalan raja muda musa tu -  saya sendiri dah berpuluh puluh
kali makan kat situ... dah biasa.. sedap aje.. - dan memang
famous pun... -

tak sangka nak buat bentuk cafe moden dan buka kat ampang
point.. ha - tak payahla drive ke kg baru lagi - sebab lagi
dekat  di ampang point sana -

nak pergi platinum walk di danau kota gombak sana - rasa
jauh la pulak - dengan traffic jam semua -

apa2 pun.. nasi lemak antarabangsa ni -  memang best -
dan tahniah pada pengasasnya --

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 08:45 AM | Show all posts
nasik lemak 70sen sebungkus
mkn sebungkus mmg tak cukup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by budak_comei at 23-12-2008 08:45 AM
nasik lemak 70sen sebungkus
mkn sebungkus mmg tak cukup


gs .. ye juga kan --
kalau beli  minimum pun 2 bungkus...
70sen okay lagi

yang dekat used to be keramat supermarket
kat opposite tu -  40sen aje-
saya kalau makan situ beli ada lah 4 bungkus
baru kenyang -  sedap juga sambal dia
timun satu potong
dia bagi telur dadar sikit -
bilis ada lah 5 ekor -

kalau kat nasi lemak antarabangsa ni
yang best pergi ramai2 -
yang makan sampai 4 bungkus pun ada -
pastu... susah nak nafas dah -
sebab dah jadi macam ular sawa lepas makan
kambeng..   borak2 - teh tarik sampai 3 cawan -
borak sampai 3 pagi pun tak apa -

kat KL tu yang best.. -
nak buat benda2 ni kat oversea - tak ada harapan -
tu yang best duk malaysia -
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 11:00 AM | Show all posts
aku confuse actuali..

nasi lemak antarabangsa ni sama ke dgn nasi lemak kg baru sebelah padang bola tu..? sbb kat kg baru aku rasa ada dua nasi lemak famous..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 10:13 PM | Show all posts

Reply #4 laislabonita's post

yang kat sebelah TPCA stadium tu lain...
sedap gak breakfast kat situ -
banyak gerai best2 -

yang nasi lemak antarabangsa yang kita
mentioned ni kat jalan raja muda musa -
kalau kat jalan raja abdullah - arah ke jalan
sultan ismail - masuk kiri kat pintu gerbang tu -
(jalan raja muda musa)
drive dalam 50 meter about --
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 02:37 AM | Show all posts
wah.. nak bukak kat ampang point ek..??
harus ku coba.. harap2 rasa dia tetap sama mcm yg kat kg baru tu..
takyah jln jauh sgt kalau ngidam nasi lemak dia..
dan paling penting.. harga dia sama..

selalunya aku atau laki aku beli nasi lemak biasa, bungkus tapi sambal asing..
sbb kalau beli bungkus, portion dia mmg jauh lagi banyak drpd makan kat pinggan..
worth beli tapau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2008 08:40 PM | Show all posts
aku pun suka nasi lemak dia...tapi laaaagi suka meehon dia tu ntah le aku pun tak tau asal gi sana aku tak tgk nasi lemak dia,tp dok keliur dgn meehon goreng tu. mkn dgn sambal paru,adoimakkk sedapnye :telan air liur:
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:45 PM | Show all posts
sambal die mmg sedap la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2008 10:13 PM | Show all posts

Reply #7 rhapsodize's post

tu la bagus kat gerai tu -
sebab orang boleh buat macam2 pilihan -

bagus la sangat dia nak buka kat ampang point -
walaupun malam2 kat ampang point tu
in between CIMB and ampang point building tu
ada kakak datang dengan van - ada tables/chairs juga
jual nasi lemak dan sedap2 gak lauk dia -

so good competition juga nanti tu
except - kakak ni bukan jual everynite pun -
dan rasanya before midnite dah tak ada -
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 06:01 AM | Show all posts
nasi lemak kat lake garden tu ape eh..lupa ar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 10:14 AM | Show all posts
dah bukak dah nasi lemak antarabangsa kat ampang point tu..
kedai dia ngadap hospital ampang puteri.. deret yong tau fu tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2008 09:18 PM | Show all posts

Reply #11 dianaris's post

ah tau la... -
depan tu -
nanti esok lusa mungkin saya pergi sana -

saya suka nasi ayam damansara town ke apa ke
yang sebelah eon bank tu -
kerabu mangga dia gila sangat -

tadi lunch pergi makan kat warung santai -
lepas groceries kat tesco -
malam ni dinner roast chicken  roast potato semua
kira ala ala omputih la... sebab christmas -
sesekali masak course camtu okay juga -

selamat hari natal pada yang beragama kristian -
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by dianaris at 25-12-2008 10:14 AM
dah bukak dah nasi lemak antarabangsa kat ampang point tu..
kedai dia ngadap hospital ampang puteri.. deret yong tau fu tu..


selalu kompius dengan satu lagi shopping complex depan hotel nikko. tu ampang park eh
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 12:30 AM | Show all posts

Reply #13 Joe Hahn's post

ha'ah.. depan nikko hotel tu ampang park..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 12:39 AM | Show all posts

Reply #12 dexa's post

kelmarin laki aku tapaukan nasi lemak antarabangsa kat ampang point..

nasi lemak biasa dia mmg sama rasa dia mcm kat kg baru tu..
sambal dia rasa sama sedap.. timun dgn ikan bilis dia lain sket..
nasi dia, bg aku sama je.. tapi, laki aku kata lain sket.. ada lembik sket je..
which to me takde beza pun.. aku bedal aje..

dia belikan nasi lemak biasa telur rebus utk aku.. hg dia satu rm2.35 mahal 15sen drpd kat kg baru..
tapi, nasi lemak biasa add ayam goreng katanya mahal lebih kurang seringgit dari yg kat kg baru punya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2008 08:36 AM | Show all posts

Reply #15 dianaris's post

saya lalu kelmarin kat situ -
rancang nak pergi juga soonest -

saya  rasa yang buat sedap tu
sambal dia la -
thanks diana for the info -

(mahal sikit - sebab location prolly)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2009 12:54 PM | Show all posts
breakfast kat sini tadi.. (kg baru)
punya lah ramai orang... tapi seperti biasa best aje -

lauk2 dia memang sedap.. tapi saya kalau beli nasi lemak
tak pernah letak lauk.... ambil yang biasa aje
dari kecil pun camtu -
kacang, timun, bilis, sekerat telur rebus, sambal (banyak) -
kenyang dan sedap aje -

nanti kalau ada warga KL tak tahu nak breakfast kat mana...
sini memang best - a bit of driving.. nak pergi kat AP
tapi.. sebab memang dah kat KL pagi tadi.. terus singgah kg baru -
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 08:57 AM | Show all posts
Dexa....
letaklah gambar nasi lemak Kg baru tu
teringin gak nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 01:56 PM | Show all posts

Reply #17 dexa's post

welkam..
sama cam aku.. suka yg biasa je.. aku punya nasi lemak telur rebus je..
kalau beli bungkus selalunya lagi worth drpd makan kat situ..
sbb dia bungkus pakai kertas, bukan yg kotak punya..
sambal aku request asing sbb anak2 aku takleh makan pedas..
tapi, bnyklah sambal dia bg.. selalu ada lebih.. pastu aku buat nasi lemak sendiri pakai balik sambal dia tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2009 07:02 AM | Show all posts
Originally posted by dilaOHdila at 2-1-2009 08:57 AM
Dexa....
letaklah gambar nasi lemak Kg baru tu
teringin gak nak tengok



dila...
saya kalau pandai guna camera hp saya
pastu pandai upload kat forum
memang banyak stuff dah saya boleh upload -
dulu guna pda handphone - tangkap gambar okay
pandai.. tapi upload kat puter.. memang tak tahu -

yang ni phone baru ni - langsung tak tahu
nak buat apa2 - kawan kat forum baru nak
ajar cara2nya.. camana nak guna camera dan upload -
saya benda2 macam ni semua memang tak ambil berat
dan teruk sikit --

anyway-
saya ada ambil gambar nasi lemak tu di internet -
serupa juga - dan rasa dia pun serupa sedapnya --




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.125878 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list