View: 18432|Reply: 2
|
Kak KM belum sedia terima menantu, anak perempuan kemas bilik pun tak pandai lagi- Anak-anak aku, Nabila tahun ini umur 21, Faris 19 tahun
[Copy link]
|
|
USAHAWAN sensasi Liana Rosli memaklumkan dirinya belum bersedia menerima menantu walaupun anak-anak sudah meningkat dewasa.
Liana atau lebih mesra disapa Kak KM berkata dia masih berasakan anak-anaknya belum cukup bersedia untuk berumah tangga.
"Aku belum lagi nak terima menantu ke tak nak, belum lagi masanya. Anak-anak aku, Nabila tahun ini umur 21, Faris 19 tahun.
"Tak sesuai lagi nak berumah tangga dan nak mengelabah. Masing-masing pun tak boleh!" katanya semasa bersiaran langsung di aplikasi TikTok.
Jawapan itu diberikan selepas dia menerima beberapa pertanyaan daripada netizen yang menawarkan diri mahu menjadi menantu.
Dalam pada itu, Kak KM berkata dia hanya akan membenarkan anak-anak mendirikan rumah tangga sekiranya mereka sudah mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.
"Macam Nabila kemas bilik pun tak pandai, Faris bercakap elok-elok dengan saya pun tak pandai.
"Jangan berangan nak kahwin! Kau jaga dulu tatasusila kau baru boleh kahwin," luahnya.
Untuk rekod, Liana dan suami Razman Ramli mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nabila, 21, Faris, 19, Rania, 16 dan Cinta Carissa, 4 tahun.
Sumber : Mstar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 sheols iras anak2 marion.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|