View: 13176|Reply: 26
|
Botol air plastik beri kesan buruk kesihatan
[Copy link]
|
|
GEORGETOWN: Botol air plastik pelbagai warna dan bentuk yang banyak di pasaran ketika ini didapati boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan buruk kepada kesihatan manusia termasuk kanser payu dara.
Botol jenis polikarbonat (BPA) yang ringan dan tahan itu mudah diketahui kerana ada angka `7' dalam bentuk segi tiga bersama huruf `PC' di bahagian bawah setiap botolnya.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, berkata antara kesan terhadap kesihatan manusia akibat penggunaan botol itu adalah ia akan menjejaskan organ pembiakan, memberi kesan buruk kepada tumor dan perkembangan prostat dan juga mengurangkan bilangan sperma.
Katanya, botol air jenis BPA itu dikatakan berbahaya kerana bahan yang digunakan iaitu kimia jenis `Environmental Hormone' mampu merembeskan bahan itu ke dalam air.
"Justeru CAP menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya mengharamkan terus penggunaan botol air polikarbonat ini termasuk di kawasan sekolah," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu jangan minum air dlm botol mineral dalam kete yang ditinggalkan bwh matahari/panas......bahyer wooo.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 t@t\ catat
my mom pon ckp mcm tu, x kasi minum air mineral dlm keta.. apekah kebahayaan itu pakcik t@t ? |
|
|
|
|
|
|
|
Errrrrrrr.......aku sebenarnya dah tahu pasal mende ni...tp masih trus pakai botol plastik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 din_atos's post
aku tak arif sgt din psl ni.....dulu kimia failed....
tp otak seposen aku ni terjemah mungkin kesan drp proses pemewapan ke atas botol tu menyebabkan hasil bahan kimia ke atas botol tersebut....dah tak psl2 bercampur plak dgn air yg kita minum....
sama gak konsep nya jika kita tuang air panas ke dlm botol plastic...kan tetibe jerk botol tu mgucup.... |
|
|
|
|
|
|
|
Botol macam mana ni ?
Kalau simpan air masak dalam botol air gas tu ok ke tak ?
|
|
|
|
|
|
|
|
harap ini dpt membantu anda memahami lebih lanjut lg pasal botol plastik ni...
Sebagai pengguna, kita harus tahu bagaimana untuk menggunakan barangan plastik serta bahayanya jika kita menggunakannya secara tidak betul. Sebenarnya terdapat simbol yang membolehkan kita mengetahui maksud ketahanan plastik tersebut.
Tanda tersebut adalah seperti berikut:
1. Berada atau terletak di bahagian bawah plastik itu
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat nombor
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol
JENIS PERTAMA
Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
JENIS KEDUA
Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.
JENIS KETIGA
PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.
JENIS KEEMPAT
Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.
JENIS KELIMA
Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.
JENIS KEENAM
Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.
JENIS KETUJUH
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon
Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.
PANDUAN KEPADA PENGGUNA
1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.
2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)
3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.
4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.
5. Cegah menggunakan barangan plastik untuk mengemas makanan berminyak dan berlemak.
6. Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan berbahan stailess steel, kaca, seramik dan kayu.
Sekiranya benar fakta ini, secara tidak langsung kita meracuni diri kita setiap hari. Tanpa kita sedari atau memang kita tahu tetapi sering buat acuh tak acuh, bekas plastik yang kita isikan minuman dan makanan telah menjadi racun yang memudharatkan kesihatan dan kesannya bukan sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang.
__________________
[ Last edited by shahx at 24-12-2008 03:55 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 houdini's post
aku pun slalu wat camni....airmineral dalam tu dah abih aku sumbat air masak terus masuk dlm petiais...kdg2...nak lebey sejuk...aku masuk kat bhgn freezer tu....dah belu..masuk balik kat bhgn bawah tu....
yg tu kira ok atau camner.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 din_atos's post
ada yang kata bahan kimia yang terdapat dalam botol tu boleh menyebabkan kanser.....sejauh mana kebenarannya...tak pastila pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah la baru beli botol air warna perang kat jusco au2 sabtu 2 minggu lepas.. RM9.90 dan kod 7 PC lagi.. adakah aku perlu anta ke recycle centre botol tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 laislabonita\ catat
tu yg 1 liter nyer kan ???
Aku beli yg 2 liter lebey -RM12.90....rasa konpiden skit banding ngan Botol Mineral tu... |
|
|
|
|
|
|
|
abih kalo botol2 susu anak camne lak?kena pakai botol kaca la pulak ye,mcm zaman dedulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 aqyueetda's post
boto; tu takder masalah rasanya......botol yg ada masalah ni ialah botol mineral yg nipis tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo x terdedah dengan suhu yang tinggi ,tak ada masalah..kerana tidak akan berlaku tindak balas plastik dengan suhu...kalo suhu sejuk mmmg ok... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|