View: 20883|Reply: 119
|
Aku Budak Minang masuk televisyen
[Copy link]
|
|
Aku Budak Minang masuk televisyenTeks Mohd Amin Jalil dan Nor Amelia Azahari
Rap | | DRAMA Aku Budak Minang (ABM) yang bakaldisiarkan di RTM menjadi drama pertama diangkat daripada komik keranarata-rata skrip dihasilkan berasaskan novel sebelum ini. | Justeru, ABM yang juga drama 13 episod itu menggunakan sebahagianbesar latar belakang perkampungan di Negeri Sembilan, selain loghatnegeri itu dijangka mampu menarik perhatian ramai peminat keranamemiliki kekuatan tersendiri berdasarkan cerita dalam komik yang sangatpopular sedikit masa dahulu.
Ketika ditemui di lokasipengambaran drama ABM di Kampung Kok Talang, Kuala Pilah, baru-baruini, penerbit drama ini dari Niscam Media Sdn Bhd, Adam Mat berkata,ABM menampilkan banyak kelainan berbanding drama yang diterbitkannyasebelum ini.
"Kekuatan drama ini terletak pada jalan cerita dankisah yang dipaparkan berasaskan komik karya penulis prolifik, Ujangdari Creative Enterprise.
"Pada awalnya, sukar juga kami untukmendapatkan satu skrip mantap yang memaparkan kisah masyarakat diNegeri Sembilan tetapi selepas berbincang dengan Ujang, penulisberkenaan bersetuju kami mengangkat komik itu sebagai drama denganmengguna pakai hampir 98 peratus berasaskan penceritaan yang dipaparkandalam komik itu.
"Saya yakin ABM menerusi pelakon berpengalamanseperti Baharudin Haji Omar dan bakat baru, Muhammad Nizamudin Ahmadatau Along Cham, yang terserlah menerusi program Raja Lawak, bakalmenarik perhatian sekalipun jalan ceritanya bersahaja," katanya.
ABM mendapat sentuhan pengarah tidak asing lagi, Zulkifli M Osman.
Selakupengarah drama ini, Zulkifli berkata, walaupun nampak mudah, diamengakui tugas itu amat mencabar kerana ia drama pertama diangkatdaripada komik.
Menurutnya, cerita yang dipaparkan dalam dramaini adalah unik kerana ia mengetengahkan sepenuhnya latar belakang dancara hidup masyarakat Negeri Sembilan selain menggunakan loghat negeriAdat Perpatih itu sepenuhnya.
"Bagaimanapun, saya tidakberdepan banyak masalah kerana berpengalaman rasai suasana kehidupan diNegeri Sembilan ketika kecil. Malah, kami juga mendapat sokongan padudaripada penulis komik itu sendiri bagi menjayakan sepenuhnya strukturpenceritaan," katanya.
Katanya, dia bersyukur kerana keadaan cuaca baik sepanjang mengarahkan drama itu yang kini sudah sampai ke penghujungnya.
Menurutnya, dia turut mengambil beberapa pelakon daripada BadanKebudayaan Negeri Sembilan dan ternyata mereka tidak mengecewakankerana lakonan mereka sangat bagus.
"Keutamaan diberikan kepada mereka yang benar-benar boleh membawa loghat Negeri Sembilan," katanya.
Sementara itu, bagi pelakon veteran yang popular dalam drama AnjangAki, Baharuddin Omar, drama ABM adalah unik kerana jalan ceritanyaberlatarbelakangkan cara hidup dan menggunakan sepenuhnya loghat NegeriSembilan.
Menurutnya, isu yang ingin diketengahkan dalam drama ini ialah mengenai ikatan kekeluargaan terutama elemen kasih sayang.
"Watak saya sebagai Atok (datuk) berperanan besar sebagai seorang yang berusaha menjaga keharmonian dalam institusi keluarga.
"Saya anggap cerita ini ada kekuatannya tersendiri. Ia juga banyakmemberi pengajaran lebih-lebih lagi ketika kita berhadapan denganinstitusi kekeluargaan yang semakin rapuh.
"Saya amat berpuas hati dengan watak yang dijayakan kerana ia simbol kepada perpaduan dalam sebuah keluarga," katanya.
Bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Muhammad NizamudinAhmad atau Along Cham yang membawa watak Ujang berkata, watak yangdibawanya dalam drama itu amat mencabar.
"Saya berusahamelakonkannya menerusi tunjuk ajar dan sokongan daripada pengarahselain pelakon berpengalaman seperti Baharuddin.
"Pengarah dankru drama ini banyak membantu dalam menghidupkan watak. Pada masa sama,saya juga membuat rujukan melalui komik dan penulis skrip.
"Dalam drama ini, Atuk dan Anor (Nur Azilah Seeron) adalah tempat Ujang meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi," katanya.
Manakala, bintang yang dicungkil menerusi program realiti AkademiFantasia musim keempat (AF4), Nur Azilah Seeron (Zila) berkata,pembabitannya dalam drama itu adalah peluang terbaik baginya untukmengasah bakat dalam bidang lakonan.
"Pada peringkat awal, sayagementar untuk membawa watak Anor tetapi selepas mendapat bimbingandaripada pengarah dan kru penerbitan, keyakinan itu semakin meningkat.
"Saya berusaha melakonkan watak itu dengan baik dan setakat ini berpuashati kerana mendapat sokongan padu daripada semua terutama pengarah,"katanya.
ABM mengisahkan Ujang yang dilakonkan Along Cham berasal dari sebuah keluarga di Juasseh, Kuala Pilah.
Dia yang dipelihara datuknya, (Baharuddin Omar ) mempunyai tangungjawabberat menjaga adiknya, Aca (lakonan Rosman Mohd Roslan) yang kurangsiuman.
ABM turut dibintangi Rosman Mohd Roslan (Aca), MaimunahAhmad (Emak), Maimon Talib (Mak Lijah), Adzriq Adam (Zaini), Mohd AffiqAzman (Bujal) dan Enot (kakak). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku Budak Minang ..... nostalgia den dibuek ehhhhhhh ....
|
|
|
|
|
|
|
|
den nyosal tol la kehilangan majalah eh tu.
along cham jadi hero ke.ni yang along raja lawak tu ko? tak best la.baek bagi nabil..
yg zila tu tak silap mmg orang n9 kan? ok laa kot.diorang ni buleh ke cakap bahaso waghieh ni.kang tak sodap lak bunyik eh.kalo ado kaza ngan ebby yus ke syok gak.
tapi drama ni tak silap da lama plan nak buek.tak yo siap2 laie |
|
|
|
|
|
|
|
kek kampung tumpah daghah den la tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
atuk den pun x pasal2 jd pelakon tambahan dlm ABM tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 esplanade_nana's post
den suko dgn ideo ko tu
|
|
|
|
|
|
|
|
bilo start kek tibi nie??? nak tengokkkk:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Syd's post
iyo tekau ea....
slh satu pengambaran ea kek kodai sedaro den.... bejo-oh gak la org kg den nengok shooting ABM ari tu....
anak buah den jadi pelakon tbhan utk zaman kanak2 ea... kalau korang tgk budak2 yg cun tu sok anak buah den la tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 aamoi's post
ekau nengok ko RTM?? |
|
|
|
|
|
|
|
tue arr.amek pelakon yg tak relevan..gagal tol
EPIC FAIL!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by esplanade_nana at 6-1-2009 05:26 PM
ekau nengok ko RTM??
den x kiro, janji citer best...rtm ko, tb3 ko..ntv7 ko, tb8 ko, tb 9 ko..astro ko..channel singapura ko...channel indon ko...sumer den sapu..... |
|
|
|
|
|
|
|
tue arr.amek pelakon yg tak relevan..gagal tol
EPIC FAIL!!!
Bolum tayang laie, ekau dah kato gagal. Takdo makno eh do, nengok dolu, baghu buek koputusan. |
|
|
|
|
|
|
|
bilo ni..maren lyn tunang pak dukun, tkekek2 den golak sensorg nk yo tgk cito loghat n9 laie |
|
|
|
|
|
|
|
along cham tu cakap n9 dulu dalam raja lawak..cam bangang yo bunyi ehh..macam orang uganda try cakap n9..tak kono langsung..amik la nabil ko..kaza bleh ke?..dia dah tuo.. |
|
|
|
|
|
|
|
idup BANG BIL... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nizam_syah82 at 7-1-2009 10:30
along cham tu cakap n9 dulu dalam raja lawak..cam bangang yo bunyi ehh..macam orang uganda try cakap n9..tak kono langsung..amik la nabil ko..kaza bleh ke?..dia dah tuo..
den pun nak mengoperkan dighi
boleh tak
den setakat dopan kemera ni...dah biaso |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|