CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3490|Reply: 5

kucing identiti pulau tashiro!!

[Copy link]
Post time 7-1-2009 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Kucing identiti pulau Tashiro
Bergelut untuk mempromosikan pelancongan di pulau Tashiro, Jepun, siapa sangka ratusan ekor kucing di situ akhirnya menjadi identiti pulau tersebut.


KAZUKO HATAKEYAMA memberi makan lebih 20 ekor kucing di rumahnya setiap hari.

Pernahkah anda terfikir sebuah pulau didominasi oleh ratusan kucing dan tiada seekor pun anjing ditemui? Malah kucing-kucing ini disayangi nelayan sehinggakan mereka memberi sebahagian daripada hasil tangkapan kepada kucing-kucing itu setiap kali pulang dari laut.

Penduduk sebuah pulau kecil di Jepun itu sudah biasa dikelilingi dengan kucing dan mereka mengharapkan haiwan tersebut boleh menjadi identiti kepulauan mereka bagi menarik sesuatu yang telah 'hilang' selama bertahun-tahun lamanya iaitu penduduk tetap.

Sebuah kampung nelayan di pulau Tashiro yang dikenali sebagai Cat Island telah lama meminggirkan kehadiran anjing-anjing di kepulauan itu sejak berabad lalu dan percaya bahawa kucing mampu memberi mereka rezeki tangkapan ikan yang lebih besar.

Pulau yang didiami hanya kira-kira 100 orang penduduk dengan kebanyakannya berumur lebih 70 tahun mengharapkan kucing akan menjadi tarikan dalam kempen yang diadakan bagi menarik pelancong.

Para pelancong itu pula diharap terus menetap dan berkeluarga di pulau tersebut.

"Anda mungkin beranggapan tempat ini begitu tenang. Tetapi jika di sini ada satu kebakaran, tiada sesiapa yang dapat membantu untuk memadamkannya," kata Yutaka Hama, 49, yang mengetuai kumpulan promosi pelancongan di pulau Tashiro.

"Saya mahu orang muda datang ke sini. Terdapat ramai orang berpengalaman yang akan mengajar mereka memancing," kata Hama yang datang ke pulau Tashiro beberapa tahun lalu sebagai pengendali hotel dan nelayan.

Hama mempunyai seorang isteri, Aiko, 37, dan beliau dianggap sebagai wanita paling muda di pulau tersebut.

Selain anjing, banyak lagi perkara lain yang biasa didapati di seluruh Jepun tidak kelihatan di pulau ini, antaranya kedai serbaneka larut malam, lampu isyarat dan juga kanak-kanak.


SEEKOR kucing duduk menunggu ikan di jeti nelayan di pulau Tashiro.

Populasi di pulau itu telah jatuh sehingga 10 kali ganda sejak tahun 1960 kerana ramai yang memilih untuk berpindah ke bandar.

Tetapi sejak beberapa tahun lalu, pulau Tashiro menjadi terkenal sebagai Cat Island apabila sebuah rangkaian televisyen menyiarkan cerita Jack The Lop Ear yang mengisahkan seekor kucing hitam dan putih yang mempunyai kecacatan pada telinga kiri.

Ternyata, rancangan televisyen itu telah menambah populariti pulau Tashiro.

"Saya suka melihat Jack (watak kucing dalam rancangan televisyen tersebut)," kata Shiho Amano, seorang pencinta kucing berusia 18 tahun dari bandar Nagoya yang datang ke pulau Tashiro untuk melihat pameran yang diadakan penduduk pulau itu bagi menggalakkan pelancongan.

"Saya mahu tinggal di sini apabila bersara kelak," kata pelajar itu sambil menunjukkan skrin telefonnya yang mempunyai gambar kucing tersebut.

Kucing yang diberi nama Jack bukanlah kucing pertama yang telah menjadi idola di Jepun ataupun medium yang dipercayai boleh menambahkan kekayaan dan meningkatkan kesihatan.

Pada tahun lalu, seekor kura-kura sesat yang dinamakan Tama menerima gelaran master bagi stesen kereta api Kinokawa di barat Wakayama. Kehadirannya telah menjana sumber ekonomi di bandar kecil itu menerusi kemasukan pelancong untuk melihat gelagatnya.

Ekoran kejayaan menggunakan kucing bagi menarik pelancong, mereka yang tidak menyukai kucing terpaksa akur dengan kehadiran haiwan itu.
"Baru sekarang saya menghargai kucing. Itu pun setelah saya melihat kucing berjaya menarik ramai pelawat dan pengunjung ke sini," kata Mitsue Tsuda, 65, yang mengaku dirinya sebagai pembenci kucing sebelum ini.







"Mereka (kucing) tidak mengelap kaki untuk masuk ke rumah ketika hujan," katanya bergurau dan mengakui kucing-kucing itu kelihatan comel di dalam gambar pameran tersebut.

Nelayan di pulau Tashiro secara turun temurun akan memberi sebahagian daripada tangkapan mereka kepada kucing dan ia jelas kelihatan di pulau berkeluasan 3.14 kilometer x 20 kilometer persegi yang boleh dilihat dari pelabuhan bandar Ishinomaki di utara Jepun.

Kazuko Hatakeyama, 69, tidak lagi menangkap ikan tetapi lebih 20 ekor kucing akan berulang-alik ke rumahnya kerana dia akan memberi haiwan itu makan dua kali sehari.

"Sejak mereka datang ke rumah ini, saya tidak mempunyai pilihan lain. Apabila saya keluar, mereka mengikut saya," katanya sambil memberi puluhan kucing-kucing yang kelaparan itu makan.

Feri di antara pulau itu dengan tanah besar biasanya memuatkan 10 hingga 20 orang penumpang untuk tiga perjalanan setiap hari selepas musim panas. Tetapi pada September tahun lalu, jumlah itu berganda pada hari bekerja dan lebih tiga kali ganda pada hujung minggu.

"Kami melihat ramai pengunjung membawa kamera dan makanan kucing daripada joran memancing," kata seorang pegawai feri, Ajishima Line yang memberitahu kedatangan pelancong semakin bertambah walaupun pada musim sejuk. - AFP




sib baik kucing identity pulau nih.... kalu babi... tak ke naya.. babi tunggu kat jeti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 09:25 AM | Show all posts
hahaha..amazed nihhh..babi tunggu kt jeti? nk makan ape babi itu?

comel + gemuk2 sungguh kucing dlm gambo nih ekkk
byk mkn ikan agaknyeee
geram tul nengoknyeee..rs mcm nk cubit2 jekkkk mereka!    
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 09:26 AM | Show all posts
aah semua gemuk2 je.....cukup makan tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 09:28 PM | Show all posts
betuahnya derang,sebahagian hasil tangkapan ikan bg kat derang..
semua gemuk+sihat
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 09:21 PM | Show all posts
bestnyerrrrr kiri kanan ada manyak kucengg!!
i loike!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 09:25 PM | Show all posts
perkampungan kucing

best nye
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.490740 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list