CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8138|Reply: 21

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

[Copy link]
Post time 12-1-2009 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosiol, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasiol dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll".

Persoalannya kenapa mereka tidak membuat tindakan serta merta terhadap kejadian yang berlaku diPalestin? Sepatutnya mereka terus bertindak untuk menangani keganasan  yang paling dashyat berlaku diGaza. Berapa lamakah mereka terus menderita untuk menanti pertolongan dari pihak-pihak yang tertentu untuk membantu nasib mereka yang seumpama telur dihujung tanduk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 07:53 AM | Show all posts

Reply #1 toledo's post

OIC adalah pertubuhan yg tahap pondan nya cukup kritikal...mereka hanya mampu buat meeting dan keluar resolution je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 08:14 AM | Show all posts
Dah tibanya OIC membekal senjata kepada Palestin untuk mempertahankan diri meraka. senjata yang mereka miliki sebenarnya tidak berupaya menentang tentera israel yang merupakan salah satu tentera terkuat di dunia. Sebab itu israel berani menceroboh sehingga ke peringkat dalam bandar yang padat penduduk. keupayaan melawan dan memperthankan diri umat palestin tidak kira mereka islam atau kristian amat rendah.

Itu sahaja cara atau kaedah menentang kerakusan zionis sebab mereka dengan terang-terangan mencabuli batas kemanusiaan dan sifat OIC yang asyik mengeluarkan resolusi dankecaman sahaja.

Perancangan jangka panjang bagi mempertahankan palestin sepatutnya sudah dibuat awal awal bukan setelah israel menyerang baru kita mahu buat itu dan ini. sudah terlambat sebab setiap masa dan saat kita berbincang untuk mengeluarkan resolusi dan kecaman. Darah dan isi badan rakyat palestin dihirup dan diratah dengan rakus.... Israel memerangi palesti dengan perancangan yang cukup lama. mereka tidak lupa dasar perjuangan mereka iaitu menakluki negara arab sedikit demi sedikit. dan dasr itu diperbahrui dari hari kehari..kita orang islam pula lain sifatnya, tunggu israel menyeang baru kita nak bising dan rangka planning..dah terlambat...

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by toledo at 12-1-2009 05:13 PM
Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosiol, budaya, saintifik, dan bidang-bi ...


Pertubuhan Negara-Negara Islam.... (OIC).... apa???  


OOOOOO

I

SEE

itu ajela yang boleh kita buat.... nak bekal senjata?

Senjata kita pon dibekalkan oleh US atau negara bukan Islam....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 02:25 PM | Show all posts
Thrid Party Ada Iran & Pakistan.......  kene pakai Proksi Lah... tak boleh Negara OIC beli  terus direct supply kat Palestin....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 04:19 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2009 04:23 PM | Show all posts


Mana Hebat Israel ngan mesir...

Kalau dulu yahudi cukup kecut dgn kekuatan masyarakat mesir tapi sekarang mesir pula cukup kecut kepada ugutan dan ancaman israel...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 05:55 PM | Show all posts
Aku pernah masuk meeting IOC kat satu negara middle East... Rumusan aku:
1. Lembab
2. Bengong (tak tahu ekor kepala atau apa perlu dibincang)
3. Banyak irrelevent technicalities
4. Tak profesional
5. Mangantuk
6. Habis begitu je
7. Tak de duit sebenarnya.. tok Arab kaya macam KSA, Kuwait, UAE dan Qatar buat donno je bab duit
8. Biasa nya, Malaysia je ambik inisiatif tapi terhad
9. 95% negara OIC hanya sibuk cerita masalah sendiri dan tak minat bantu orang lain (sebab dorang pun sebenarnya teruk.. terkebelakang at least 20 tahun dari kita... ada yang terkebelakang 50 tahun , macam Yemen, Somalia, Sudan dll di Afrika Utara
10. Memang OIC platform yang tak efektif, jentera nya ibarat kereta buruk, hanya gah dengan bilangan ahli negara-negara Islam je. Kalau Malaysia nak menggerakkan pakatan negara-negara Islam, ianya lebih berkesan melalui economy pack dengan beberapa negara yang berminat dan sanggup contribute duit. Then boleh lah cakap nak buat military alliance, mulakan melalui kerjasama military development. Mana boleh main beli Amerika punya, then nak lawan Israel. Malu.:victory:

[ Last edited by  Laxamana. at 14-1-2009 12:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 08:48 AM | Show all posts
Mesir pun perlu diboikot sebenarnya.... atau dibantu agar mereka tidak terlalu bergantung kepada U.S. Masalah gaza dpt diatasi jika Mesir membuka sempadan....

setiao negara islam perlu ada perancangan awal apa yang perlu dibuat jika negara islam khususnya palestin jika diceroboh atau diserang.. dengan cara ini bantuan dan tekanan dapat dibagi lebih awal sebelum penceroboh membunuh lebih ramai penduduk awam.

kita tengok sekarang selepas diserang , negara islam (OIC)  mula tergopoh gopoh membantu seperti tiada perancangan..Jadi perlaksanan nampak kucar kacir...sepatut sudah ada kalendar khas bagi tujuan ini.
ISRAEL menakluki palestin dengan perancangan jangkapanjang.

[ Last edited by  tempur at 15-1-2009 08:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 10:43 AM | Show all posts
Negara2 Arab yg bersempadan darat dan bhampiran dengan Palestin pun tak buat apa2 mcm Jordan dan Mesir..inikan harap OIC nak buat sesuatu yg drastik.
In fact, secara senyap2 negara2 Arab ni beri consent kepada negara pariah Israel menyembelih Palestin sebab mereka bimbang jika konsep demokrasi diamal melalui pilihanraya di Palestin juga tersebar dan dituntut oleh rakyat di negara mereka, sure pemerintah yg monarki dan autokratik tanpa pilihnaraya mcm Mesir, Arab Saudi, Syria dan Jordan akan jatuh...aku bengang sebab kiter saudara Islam yg kauhnya beribu2 batu ni yg terkinja2 terpekik2 meminta pembelaan, tapi saudara sebangsa sebahasa dan sesepupu Arab sendiri tak angkat jaripun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 11:14 AM | Show all posts
Lembab? memang lembab.. sepatutnya OIC lah yang pertama kali yang patut menyuarai tentang masalah tersebut dan membuat perancangan sebelum tercetusnya peperangan berat sebelah yang berlaku sekarang dan juga untuk membantu negera-negara Islam yang tidak mempunyai senjata-senjata yang terkini. Kepentingan menangani negara Islam sepatutnya menjadi priority pertama.

Bagi pendapat saya, pihak yang tertentu patut membaharui sistem penyelarasan OIC bagi kepentingan negara-negara Islam yang lain. Atau menubuhkan lagi satu pertubuhan yang berani menyurai dan menangani demi kepentingan umat-umat Islam didunia ini. Perkara yang sedang berlaku sekarang boleh dikatakan mencabuli kehormatan ugama kita.


"Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun keatas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya." (Hadis riwayat at-Tabrani)
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 11:51 AM | Show all posts

Reply #11 toledo's post

Aku setuju..Sebenarnya any states understand force. If OIC decides to stockpile and supply the Palestinians with anti-tank weapons, medicines and supplies systematically, the Israelis will back down..they will know that they are fighting a well armed and well-supplied enemies. Look at what the hezbollah had done to the Israellis..they now more cautios to antagonize the Hezb..coz the IDF can be bled and killed to..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:10 AM | Show all posts

hhh

Sudah tiba untuk kita mengambil iktibar daripada peperangan demi peperangan berlaku ke atas umat islam. sehinggakan kita dinafikan hak untuk mempertahankan diri melalui pelbagai sekatan sekatan yana dikenakan oleh negara kuasa besar. Kalau barat boleh menekan palestin, iran, syria, lubnan, mesir dan banyak lagi menggunakan ekonomi, kenapa aset utama arab iaitu minyak tidak digunakan kembali untuk menekan kuasa besar ini. Penjualan minyak boleh ditumpukan kepada negara -negara lain Russia, Asia  dan Eropah...Sudah pastinya arab tak akan miskin sebab tu...

Negara kita juga seboleh2nya mengurangkan perjanjian baru melibatkan U.S dan mencari alternatif lain bagi mengantikan ekonomi yang telah melibatkan kuasa besar tersebut. Kita sedar dengan  memutuskan hubungan secara mendadak dengan U.S ekonomi kita juga akan terancam.  Perancangan awal perlu dibuat agar kita tidak terlalu bergantung kepada kuasa besar ini. Kurangkan juga produk baru yang tidak berkempentingan besar kepada masyarakat daripada memasuki negara seperti Filem, muzik, produk pertanian, makanan proses dan sebagainya

Saya berpendapat, kita boleh menumpukan ekonomi kita kepada negara negara lain yang berkeupayaan seperti U.S. Kalau kita terlalu bergantung kepada negara tersebut, besar kemungkinan kita akan terus terancam dengan sifat UNIPOLARnya. Pemimpin kita perlu mencadangan kepada OIC supaya negara anggota menggunakan perancangan jangka-panjang dalam menghadapi U.S dengan mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada negara tersebut.

Sesungguh melawan mereka dengan kekuatan senjata mungkin kita tidak mampu kecuali negara islam bersatu hati dan tenaga dalam membentuk Tentera Kesatuan Negara OIC yang mana setiap anggota menyumbangkan tentera dan teknologi dalam mematapkan lagi keanggotaannya. Insyaalah, tapi memerlukan perancangan jangkapanjang dan bukannya selepasa palestin dihentam hebat oleh zionis baru kita tercungap2 membuat itu dan ini... dah terlewat....:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 12:54 PM | Show all posts
Gaza dah 2 minggu kena bom, OIC baru nak bersidang. Bersidang pun, talk only, no action..nnt menjawap la pemimipin2 OIC kat Allah di hari akhirat, mengapa depa biarkan org2 Palestin dibunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 11:57 PM | Show all posts
OIC nih kena ada Setiausaha Agung yg baru .... aku cadangkn Tun Dr M. Sejak dia bersara, asyik nampak restless jer, kritik BN, kritik BA, kritik semua org.

Taruk dia jd Setiausaha OIC, biar bontot pemimpin Arab semuanya panas kena bedil ngan Tun Dr M. Che Det je yg mampu menyatupadukan negara Muslim. Tun Dr Det menjuarai arena pembelaan umat Palestin & umat Islam Bosnia di era beliau jd PM Mesia.

Dh tiba masanya Tun Dr M memimpin di peringkat glabal, dgn memimpin sebuah pertubuhan antarabangsa. Tun Dr Det leh jd reformis dlm OIC.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 08:07 AM | Show all posts

hhh

OIC sepatutnya membantu membekalkan senjata kepada pihak berkuasa palestin agar mereka dapat bertahan daripada dalam. memang kalau dilihat semangat juang rakyat palestin tinggi tapi dengan bersenjatakan batu, AK, RPG dan Qasssam semangat mereka tidak memberi sedikitpun kesan fizikal  kepada israel. Lengkapkan mereka dengan senjata antitank, meriam, radar, anti pesawat dan sebagainya.... negara jiran juga perlu melatih mereka dalam membetuk tentera nasional... israel bangkit dengan pertolongan U.S. dan britain... rakyat israel pada masa tu menetang seperti pemberontak dan pengganas memusnah semua kepentingan palestin.. namun mereka tidak dipanggil sebagai PENGGANAS pun..malah dibekalkan senjata oleh negara Hipokrit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 02:22 PM | Show all posts
cuci mata sikit

S400

PANSTYR


Fennek



crotale
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 02:36 PM | Show all posts

Balas #16 tempur\ catat

tableh.

Israel bayo ahli politik arab dan palestin too damn well...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 03:44 PM | Show all posts

Reply #18 tin's post

betul....sebelum bantu palestin..mula2 kena gulingkan semua regim2 kat negara2 arab tu dulu....tok2 arab ni semua jenis keparat..rela g beli kelab bola kat u.k dari bantu saudara2 seagama....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 04:03 PM | Show all posts

Balas #19 razhar\ catat

masalahnya ahli politik palestin pon sama.

sapa pernah jumpa org palestin kat sini?

cuba tengok depa beria-ia tak mau tolong rakan sebangsa?

boleh kata ada beberapa kerat jer.

kita jer yg lelebih buat demo la, boikot barang la, depa buat dunno jer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.063932 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list