CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25853|Reply: 71

TTI - Masjid Kristal, Terengganu

[Copy link]
Post time 17-1-2009 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Masjid Kristal tarikan pelancong

Peratusan penginapan hotel di Terengganu dijangka meningkat 72 hingga 75 peratus tahun ini, berbanding 68 peratus tahun lalu.



DUA pelancong tempatan berjalan ke arah Masjid Kristal
untuk melihat 21 monumen seni bina tamadun Islam yang terdapat di situ.



'PAKAT mari ramai-ramai" (datanglah beramai-ramai), kata Mohd Fairus Lizam Mohd Zaid, mengajak pengunjung menghayati keunikan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di Kuala Terengganu.

Akui pemuda berusia 29 tahun itu, beliau sendiri mulanya keberatan untuk berkunjung kerana kesibukan kerja, tetapi akhirnya memaksa diri untuk ke sana selepas beberapa kali dipujuk isteri.

Ternyata, katanya, ia menjadi satu pengalaman yang menakjubkan dan membuka minda terhadap ketamadunan Islam.

"Taman Tamadun Islam merupakan tempat yang menarik untuk dilawati kerana banyak monumen sejarah dunia Islam terdapat di sini. Lagipun, kalau kita nak pergi sendiri melawat tempat-tempat asalnya, kita tidak mampu," katanya.

Taman itu terletak di sebuah pulau kecil di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Losong yang terkenal dengan industri keropok lekor.

Ia menempatkan 21 monumen seni bina tamadun Islam seperti Kubah As Sakhra di Palestin, Masjidil Haram (Arab Saudi), Masjid Al-Hambra Citadel (Sepanyol), Taj Mahal (India), Menara Kalyan (Uzbekistan), Masjid Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Mesir), Masjid Qairawan (Tunisia), Masjid Allepo Citadel (Syria) dan Masjid Kul Syarif (Rusia).

Selain itu, taman berkenaan turut menempatkan pusat konvensyen serta Masjid Kristal.

Bagi Mohd Fairus Lizam, TTI bukan sekadar tempat riadah bagi keluarga malah, berfaedah kepada generasi muda terutama untuk mereka yang mahu mengetahui keagungan tamadun Islam.

Beliau yang berasal dari Ajil, Terengganu, berkata, jika dianjurkan program menarik sepanjang tahun, tidak mustahil TTI dapat mengerakkan industri pelancongan Terengganu sekali gus mencambahkan industri lain untuk manfaat penduduk setempat.

Pandangan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu diakui Setiausaha Kehormat Persatuan Hotel Malaysia Terengganu, Shahrir Naelis Amir yang menjangkakan sektor perhotelan khususnya di bandar raya Kuala Terengganu akan mengalami pertumbuhan lebih pesat pada tahun ini.

Beliau berkata, pertumbuhan itu didorong oleh penambahan produk pelancongan yang mampu dipakejkan oleh pengusaha hotel di negeri itu.

Sebagai contoh, beliau yang juga Pengurus Felda Residence berkata, pihaknya akan mengeluarkan pakej Kebudayaan Islam di Terengganu yang merangkumi kunjungan ke TTI dan Masjid Kristal, selain budaya masyarakat setempat khususnya kepada pelancong Islam Asia dan Eropah.







Menurutnya, peratusan penginapan di hotel dijangka meningkat 72 hingga 75 peratus tahun ini, berbanding 68 peratus pada tahun lalu.

Selain itu, katanya, purata pelancong bermalam dijangka turut meningkat kepada 3.5 malam bagi pelancong domestik sementara lima malam bagi pelancong asing berbanding 3.1 (domestik) dan 4.6 (asing) pada tahun 2008.

Pengarah Pelancongan Terengganu, Suhaimi Abu Hassan Shari, pula berkata, TTI seluas 23 hektar itu telah menarik 1.6 juta pengunjung sejak ia dibuka pada Februari tahun lalu.

Beliau berkata, perkembangan itu dilihat menarik pengusaha hotel dan berdasarkan maklum balas yang diterimanya, sebanyak 11 lagi hotel termasuk yang bertaraf dua hingga tiga bintang akan beroperasi menjelang akhir tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan hotel di Terengganu ialah 241 buah.

"Daripada jumlah itu, enam hotel akan dibina di bandar raya Kuala Terengganu yang setakat ini mempunyai 52 hotel termasuk hotel bajet. Pada masa ini, terdapat 230 hotel di seluruh negeri ini dengan 7,813 bilik," katanya.

Menurutnya, pembinaan hotel-hotel berkenaan bukan hanya mampu menambah 3,379 bilik bagi penginapan pelancong malah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tambahnya, berdasarkan statistik, hampir 600,000 pelancong dalam dan luar negara menginap di hotel-hotel seluruh negeri itu sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu.

"Jumlah itu meningkat berbanding hampir 500,000 pelancong dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya," katanya sambil memberitahu, kunjungan ke Kuala Terengganu yang kini digelar bandar raya warisan pesisir air menjadi tidak lengkap jika tidak ke Masjid Kristal. - Bernama





mmg cantik masjid kristal nih.. aku dah pi dah  masa jalan2 ngan member aku taon lepas... monument2 tu pun cantek gak....   mmg ramai tourist kat ganu masa aku pi...  ada masa dan ongkos laei... mmg aku akan pegi lagi visit ganu...!!!  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 05:33 PM | Show all posts
tapi dah bocor-bocor....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 06:03 PM | Show all posts

Reply #2 pengimbas's post

masjid tu??? ko biaq betul...  masa aku pi... elok ajer... tapi ye lorrr tu dalam 6 bln lepas!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 11:39 PM | Show all posts
masjid tuh? bese-bese je pada aku. cantik kat luar je, dalam x cantik mana pun. better letak nama masjid kaca lagik sesuai kot, kristalnye ada la ciput jek. taman tamadun tu plak, agak ok la pada aku, tapi ada sesetengah monumen tu dibuat tanpa berhati2, especially pada monumen masjid al-Aqsa / qubbah Sahra' (dome of rock) lupe plak aku yg mana 1, yg aku pasti masjid kat baitul Maqdis tu la. susunan ayat Quran pada batu marmar kat pintu masuk tu salah susunan, mcm main letak jek ala2 org main jigsaw puzzle gitew. So atas rasa tanggungjawab, kawan aku yg perasan pasal susunan yg salah tu, then terus report pada pekerja yg jaga kat situ. Now, aku x tau la sama ada diorang dah take action atau blum. so, sesapa yg nak pi melawat TTI pas ni, be sure korang tengok semula Ayat2 Quran tu dah dibetulkan ke x. Kot2 la pekerja kat situ just masuk telinga kanan kuar tinga kiri je apa org komen. Ayat Quran tu kan Kalam Allah, so sebagai Muslim, wajib bagi kita pelihara kalam Allah ni sebaik2nya.

[ Last edited by  yetta at 19-1-2009 11:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 07:51 AM | Show all posts
cantek....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 07:34 PM | Show all posts

Reply #4 yetta's post

masa aku gi site visit kat sana.. aku x psan plak.. sbb naik guna kenderaan paer tah masa tengok monumen2 tuh..
baguslah kalo ada yg perasan.. hope dorg amik tindakan.. masa aku gi tuh byk laik monumen yg x siap.. panas plak tuh.. huhu.. muka hitam semula..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2009 11:14 PM | Show all posts

Reply #6 JUSTcircle's post

jaycee ko dah balik!!!!

:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:39 AM | Show all posts
bagi aku masjid kristal adalah masjid paling cantik di malaysia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 02:15 AM | Show all posts

Reply #7 amazed's post

aku dah lama balik.. juz x rajin masuk sini sgt.. bz ngan sem baru nih.. hehehehe!!

apsal sebulan lebih aku x masuk umah2 sini.. senyap jerk.. citer2 dlu x jalan awatnya wei?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 02:24 AM | Show all posts

Reply #8 sekngucing's post

yup.. memang cantik.. sayangnya saiznya dapat memuatkan berapa ratus org jer.. kecil..
x besar.. dan maca satu pembazira.. kristal ada berapa ciput jerk. harga kan main mahalnya..

tapi apa2 hal alhamdulllah.. disebabkan nak bina masjid tuh.. arkitek (mat salleh) masjid kristal terbukak ati tuk masuk Islam.. alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 03:51 PM | Show all posts

Reply #9 JUSTcircle's post

sumer tunggu ko.... !!!  ko dah ada nih hah!! bley meriah sket ekkkk  
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 05:14 PM | Show all posts
masjid neh laa yg cindia kapir yg bina yerr yg namanya patrick lim aka patrick badawi kan..tak hairan laa ayat quran pun salah susun....maklum laa kontractor kat malaysia neh dah takder melayu dahhhhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 05:15 PM | Show all posts

Reply #11 amazed's post

forumer x berilmu cam aku nih.. huhuhu!! x dapat byk info.. aku tau amik info jerk wat pengetahuan sendiri..

ya.. teruskan menyokong umah misteri, sejarah dan lagenda!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 08:38 PM | Show all posts

Reply #13 JUSTcircle's post

jgn cakap camtu bro.... aku belajar byk dari ko gak....  hepi ajer ko dah masuk bod!!

welkambeng bro!! :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 01:37 AM | Show all posts

Reply #14 amazed's post


k, k... tq sambut aku semula.. ya.. kalo ada benda yg boleh dibincangkan.. sesama kita bincang.. sesama kongsi ilmu..

aku bab bangunan mmg suker. bidang akulah katakan.. huhuh!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 01:38 AM | Show all posts

Reply #12 totokreturn's post

yg aku tau arkitek mat salleh.. dah masuk islam pun arkitek tuh. menurut arkitek2 bawahan yg terlibat.. masa aku gi sanalah... dia yg gitahu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 06:30 AM | Show all posts

Balas #10 JUSTcircle\ catat

kira masjid kaca la ni?yg mana satu kristal dan kaca?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 02:50 PM | Show all posts

Reply #17 nani_manu17's post

yang aku pasti.. 4 menara tuh. kat bhgn atasnya yg ada kristal.. bahagian lain cam biasa2 lah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 09:22 AM | Show all posts
Seorang pelancong telah datang melawat Masjid Kristal di Pulau Wan Man dan merakamkan video Masjid Kristal.

Apabila beliau pulang ke hotel dan memainkan semula video yang dirakam, dia terkejut apabila melihat imej aneh pada kubah masjid tersebut.

Kenapa jadi begitu?

Masjid yang menghabiskan duit rakyat jutaan ringgit namun tidak boleh ditunaikan solat Jumaat.

Mungkin video klip ini akan menjadi satu peringatan buat kita semua dan tanda amaran buat Idris Jusoh.

Saksikan
video ini..

http://www.youtube.com/watch?v=5Rmpx0qk-Ks

entah betul atau tidak tak taulah...mungkin satu penghinaan  keatas masjid kita kut...!

Allah saja yang tahu.


sumber melalui emel...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 03:32 PM | Show all posts

Balas #19 bromatt\ catat

aku pelik nape cite mcm gini senang org melayu nak percaya sampai cakap muka hantu,anjing kat rumah Allah tu?cite2 macam ni selalu dimainkan untuk politik sampai kan cerita silap arah kiblat padahal tak pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.238786 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list