CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3247|Reply: 23

kajian psangan kerap bertengkar panjang umur

[Copy link]
Post time 30-1-2009 12:59 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Ia mungkin kedengaran agak pelik, tetapi pasangan suami isteri digalakkan bertengkar kerana ia adalah rahsia panjang umur.

Penyelidik mendapati, suami isteri yang tidak membincangkan perbezaan pendapat dan memendam kemarahan antara satu sama lain berkemungkinan meninggal dunia lebih awal berbanding yang bergaduh.

Ia kerana cubaan menyelesaikan konflik - walaupun dalam tingkah laku menaikkan kemarahan - adalah lebih baik bagi kesihatan berbanding memendam perasaan.

Laporan akhbar Daily Mail menyebut, saintis mengkaji 192 pasangan selama 17 tahun dan meletakkan mereka dalam empat kategori.

Kumpulan pertama mengandungi pasangan suami isteri yang membincangkan kemarahan mereka dan kumpulan kedua diisi pasangan yang cuma suami menunjukkan kemarahan sebaliknya isteri memendam perasaan.

Kumpulan ketiga membabitkan pasangan yang cuma isteri menunjukkan kemarahan manakala kumpulan keempat mengandungi pasangan yang kedua-duanya memendam perasaan.

Penyelidik mendapati kematian ketika tempoh kajian dua kali ganda berlaku dalam kumpulan terakhir berbanding kategori lain.

Aliran itu nyata walaupun faktor lain seperti usia, merokok, berat badan, tekanan darah, masalah bronkus dan risiko kardiovaskular diambil kira. Di kalangan 26 pasangan yang kedua-duanya memendam kemarahan, 13 kematian dicatatkan.

Bagaimanapun, dalam tiga kumpulan lagi membabitkan 166 pasangan, cuma gabungan 41 kematian dicatatkan.

Profesor Ernest Harburg dari Fakulti Kesihatan Awam Universiti Michigan, yang menjalankan kajian itu berkata: 揂pabila pasangan bersama, salah satu tugas utama mereka ialah menyelesaikan konflik. Selalunya tiada siapa dilatih untuk berbuat demikian. Jika mereka mempunyai ibu bapa yang baik, mereka boleh mencontohi cara penyelesaian, itu tiada masalah. Namun selalunya pasangan tidak jahil mengenai proses menyelesaikan konflik.

揔unci utama ialah apabila konflik berlaku, bagaimana anda menyelesaikannya? Apabila tidak berbuat demikian, jika anda memendam kemarahan, dan anda berfikir mendalam mengenainya dan anda marahkan orang lain, dan anda tidak cuba menyelesaikan masalah, memang anda ada masalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 01:01 PM | Show all posts
eeeei..

dah lama aku tak gado2 neh..

teruja lak nak gado hari neh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 01:02 PM | Show all posts
hahahhaha...

lepas gado...baca thread panduan berdamai yg isif buka jugak untuk makluman/rujukan puan2..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:05 PM | Show all posts
mak n ayah aku mmg suka bertengkar,asal ckp je nak gadoh

kejap je lepas tu baik balik, gadoh blk, baik blk

tp alhamdullillah until now mrk sihat dan bahgia je aku tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:25 PM | Show all posts
aku rasa la, kalau kat msia yg cepat mati ni bila kaki & tangan terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by abun74 at 30-1-2009 01:05 PM
mak n ayah aku mmg suka bertengkar,asal ckp je nak gadoh

kejap je lepas tu baik balik, gadoh blk, baik blk

tp alhamdullillah until now mrk sihat dan bahgia je aku tgk.

gadoh baik gadoh baik........lepas tu adik beradik engkau pun ramai kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2009 01:48 PM | Show all posts
patutlah laki aku suka gaduh...upernya nak panjang umur
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by nidzhar at 30-1-2009 01:25 PM
aku rasa la, kalau kat msia yg cepat mati ni bila kaki & tangan terlibat



yang nih aku setuju,.... kena buat kajian utk gaduh+ kaki tangan... pendek umur atau menambahkan metabolisma badan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 02:23 PM | Show all posts
gado-gado sayang tak pe...kan bagus tu..
dalam gadoh gadoh..cuit cuit le tempat yg best...hehe...
cuit cuit jee...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 02:32 PM | Show all posts
provided that laki tue tadek kena penyakit mcm semput ker, heart attack and the likes.

asal gadoh, kena heart attack.....aaaa naya...itu sudah defeat the purpose
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 02:42 PM | Show all posts
tp laki aku ckp kalau dia selalu gaduh ngan aku blh silap2 kena heart attack sebab aku x pernah nak kalah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by eyan_suci at 30-1-2009 01:33 PM

gadoh baik gadoh baik........lepas tu adik beradik engkau pun ramai kan


HAHAHAHA!!

*aku plak yang terasa neh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by ceqtom at 30-1-2009 02:42 PM
tp laki aku ckp kalau dia selalu gaduh ngan aku blh silap2 kena heart attack sebab aku x pernah nak kalah


hahahhaha..tuh tandanya dia nak berdamai laa tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 06:27 PM | Show all posts
maybe ada betulnya...pak long and aruah mak long aku gini ler..tak pernah nya yg aku jumpa cakap berlembut2...nak menengking manjang.  yang pak long lak memang sengaja buat mak long marah..bila mak long dah tersemput2 tarik napas, dia boleh sengih2.....now mak long dah takde, memang pak long takde geng..patah kaki sungguh, la ni dah almost 4 years mak long takde, pak long dah sibuk2 nak carik geng gado yang baru
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 06:34 PM | Show all posts
... rasa cam tak caya je sebab bila bertengkar of course la sakit ati n sakit jiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 07:10 PM | Show all posts

Reply #14 Vvenus's post

at least dia tunggu 4 tahun unlike my father in law within 6 months dah ade pengganti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2009 07:35 PM | Show all posts

Balas #16 shania\ catat

itu maksudnya tak tahan kot lain...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by shania at 30-1-2009 07:10 PM
at least dia tunggu 4 tahun unlike my father in law within 6 months dah ade pengganti


haha..yg sebenornya my paklong sama gak...cuma takde org yg nak kat dia

ye aaa...umur dah 80 lebih...pala pun dah nyanyuk2 gak..mana ada org yg takde beban nak carik beban...anak2 dia pun tak suka pak diaorang kawin lain...diaorang kata bawak2 tumpu ibadat aje ler...tp kadang2 anak2 kita tak paham..kadang2 org tua camtu nak cari partner lain bukan sebab gatal or apa...cuma lebih kepada companionship..cam my pak long..anak2 dah beso panjang, ada umah memasing...tinggal dia dgn aruah mak long aje ler dok gado2 sayang tiap2 hari..la ni dia dok sesorang, kesian gak laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 03:39 PM | Show all posts
aku suka gak nak marah2 dgn laki aku, saje nakkan perhatian... kat opis macam tu gak.. sebenarnya kalau aku tak cari kesalaha org karu rasa tak senang jer.. orang kata tak semestinya bergaduh tu tanda tak suka, bagi aku lebih mengeratkan hubungan...aku kalau gaduh dengan laki aku mesti suka merajuk, pastu dia pujuk, paling tak tahan, selalu jer tambah anak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 08:40 PM | Show all posts

Balas #19 nurulazzah05\ catat

hahahahaha....

itu kiranya mengeratkan kerukunan rumah tangga..kalau tak gaduh memang tak best.. biasanya bila malam saja mesti dah ok..mana leh tahan gaduh lama! Yer tak?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.073135 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list