View: 14643|Reply: 55
|
Denggi, Malaria & Chikungunya
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 15-7-2010 14:08
54 Lokaliti Dikenal Pasti 'kawasan Panas' Denggi
PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) -- Lima puluh empat kawasandi empat negeri --Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak --dikenalpasti sebagai 'kawasan panas' bagi wabak denggi.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Mericanberkata ini kerana kesemua kawasan terbabit masih belum bebas daripadawabak denggi walaupun sudah melebihi tempoh sebulan sejak kes pertamadilaporkan.
Sesebuah kawasan itu sepatutnya boleh bebas daripada kes barudalam tempoh dua minggu melalui langkah kawalan dan pencegahan sertakerjasama penduduk, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata sebanyak 1,255 kes denggi dilapor bagi kawasan-kawasan itu dengan tempoh wabak antara 30 hari hingga 125 hari.
"Aktiviti kawalan yang dijalankan di kawasan itu juga tidakberkesan kerana kurang kerjasama penduduk seperti rumah tidak dapatdisembur kerana tertutup atau enggan, juga kebersihan persekitaran yangtidak baik," katanya.
Beliau berkata 54 'kawasan panas' itu ialah seperti berikut:
Di Selangor membabitkan kawasan Petaling (Flat A dan Flat CSeksyen 7, Teres A Seksyen 7, Teres A dan Teres B Seksyen 18, SeksyenU3 Subang Perdana dan Seksyen U10 Puncak Perdana);
Kajang (Taman Kajang Perdana, Taman Semenyih Indah, Taman KoperasiCuepacs Batu 12, Taman Cheras Jaya, Taman Industri Mega, Taman SriJelok, Taman Zamrud, Taman Kajang Baru, Taman Kajang Jaya, Seksyen 2Bandar Sri Putra, Seksyen 2 Bandar Rinching, Zon 1 Taman Sepakat Indah,Zon 1 Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, Zon 3 Seksyen 16 Bandar Baru Bangi,Zon 5 Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dan Zon 4 Taman Bukit Mewah);
Shah Alam (Apartment Perdana Seksyen 13, Flat 18/3 (Eps 2), FlatPKNS Seksyen 20, Flat Seksyen 6, Padang Jawa B, Padang Jawa C,Pangsapuri Anggerik Seksyen 16, Seksyen 10, Seksyen 11, Taman AlamIndah Seksyen 33, Teres A Seksyen 25, Teres C Seksyen 27, Teres ASeksyen 25 dan Teres A Seksyen 8);
Gombak (Bandar Baru Selayang F2, Kampung Laksamana, TamanPinggiran Batu Caves Z2, Taman Samudera Timur dan Taman Sri Gombak Zon3); Subang Jaya (Taman Puchong Perdana dan Taman Serdang Perdana); HuluSelangor (Bandar Baru Batang Kali); Hulu Langat (Kampung Sg KantanKajang dan Kuarters Penjara Kajang); dan di Sepang (Taman Seroja Zon A).
'Kawasan panas' di Kuala Lumpur ialah Apartment Mentari, Lestari,Cendana, Bandar Sri Permaisuri, Flat Sentul Utama, Menara Orkid BandarBaru Sentul dan Taman Setiawangsa, manakala di Pahang ialah TamanMahkota Bukit Sekilau, Kuantan dan di Perak membabitkan kawasan TamanMewah Kamunting, Taiping.
Sementara itu Dr Ismail berkata pada keseluruhannya terdapat 273lokaliti wabak itu di seluruh negara berikutan terdapatsekurang-kurangnya dua kes dilaporkan di setiap lokaliti dalam tempohdua minggu kebelakangan ini.
Sebanyak 195 kes dilapor di Selangor, Kuala Lumpur (32), Johor(11), Pahang (9), Perak (8), Pulau Pinang (6), Sabah (3), masing-masingdua di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka serta satu kes di Terengganu,Kelantan dan Sarawak.
Mengenai keadaan denggi semasa, Dr Ismail berkata sebanyak 1,310kes dengan lima kematian dilapor di seluruh negara bagi tempoh 18 Janhingga 25 Jan lepas, berbanding 1,578 kes dan empat kematian padaminggu sebelumnya.
"63 peratus daripada kes ini berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur,manakala negeri lain juga menunjukkan peningkatan kes kecualiTerengganu, Sabah dan Labuan," katanya.
Bagi kes Chikungunya, Dr Ismail berkata sebanyak 136 kes dilapordalam tempoh yang sama dengan majoriti kes ialah di Perak (48),Selangor (24), Johor (17) dan Kelantan (16).
Secara keseluruhan, jumlah kes denggi sejak 1 Jan hingga 25 Jantahun ini ialah 4,521 kes dengan 13 kematian, manakala Chikungunyamencatat 500 kes, katanya.
Maklumat denggi dan Chikungunya boleh didapati daripada laman webkementerian di www.moh.gov.my atau daripada fasiliti kementerianberdekatan.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
huh!!nsb baik sri damansara xde dlm list.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Sh@rk_iR's post
shakir,
orang2 area umah ko tu
ada tak yang kena sakit nyamuk nih
kekadang kalau ada kes
5-6 orang kena, dorang masih kira lagi
tu kes tpencil |
|
|
|
|
|
|
|
area umah aku xde dlm list......fuhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Sh@rk_iR's post
tapi kalo org damansara or yg takde dlm list, yg pegi ke area yg dijangkiti tu buleh bawak balik "bende" tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ni yang kena kat kita semua ni
kira balance2
ni semua dulu asal dari ulu2 tu semua laa
yang balik kg laa
yang orang sana kuar p memana
tu yang bkembang biak penyakit nyamuk tu
haha
putrajaya tu pun kelakar gak
lecturer pening dah
pagi petang siang malam sembur asap |
|
|
|
|
|
|
|
my fren ade yg dah kena chikugunya ni..umah kat area Bukit Rahman Putra Sg Buloh.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak ai.. bandar baru bangi. ape sudah jadi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet
kat bandar Baru Bangi pun ada kes jugak
opismate dilla warded kat annur arituh |
|
|
|
|
|
|
|
kat sepital kajang
pun ramai
seremban pun sama gak
(orang selangor, cth : dari beranang p ke semban, sbb service sepital kajang HAZAB yang amat..)
orang nak mati dah...
lagi dia masuk air sebotol, suh balik umah...
:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 Syd\ catat
syd
agak aaaa KATIL dah penuh kut
tu yang disuruh balik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 dilaOHdila's post
suh balik pung
apa orang buleh buat kak dilla
ni suhu kalau chikungunya nih
selalu 39-40 darjah
bahaya kan kalau budak2 yang kena...
dah lah suhu panas, kaki tangan sendi2 semua sakit
tak leh gerak
jln mcm zombie
ni orang2 kampung yang dok ceruk2
tgh malam kalu tinggi mcm tu, nak carik doktor kat mana?
kita concern pasal budak2
sbb kalau dah lebih 38-40 darjah tu, sawan laa jawabnya
kang dah kena sawan
kena masuk antibiotik plak
sakit plak tu...
pastu kena buat ct scan laa apa lah
nunnnn ke putrajaya sana
amek masa
budak2 tu semua baru nak idup
penting life budak2 ni
penah depan saya sndiri, ni satu nurse kat wad kanak2 ckp
hmm..masuk lagi...
tak boleh tgk orang senang
yelah..memalam kan
dorang semua pun nak tido gak
sama mcm pesakit2 tu
sengal!
:@ |
|
|
|
|
|
|
|
CKIKUNGUNYA
Ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis Alpha virus. Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Ia berkembang dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian. Walaupun tiada ubat khusus untuk merawatnya akan tetapi terdapat cara yang paling berkesan untuk mngelakkannya iaitu dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi pembawa penyakit ini.
Tanda-tanda Chikungunya.
1. Mengalami demam tinggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan (ruam) muncul setelah 3 hingga 5 hari. Mata biasanya menjadi merah disertai tanda-tanda seperti selsema.
2. Pada kanak-kanak yang lebih besar demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kelenjar.
3. Pada orang dewasa gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit bila berjalan. Kadang kala timbul rasa mual sehingga muntah.
4. Pada umumnya demam pada anak hanya berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 Syd\ catat
sian kalau kena kat budak
kekadang kalau gomen hospitai ni dia amik yang serius punya kes ajer
selagi tak serius boleh dibenarkan balik
sendisendi sakit
barubaru ni kat KG LIMAU MANIS dah ada kes
pesakit ni sampai nak pegang cawan pun tangan tak boleh genggam
sian tengok |
|
|
|
|
|
|
|
aritu mak kite suspected chiko ...
sblm tu jiran kite kena demam denggi ..mmg black area kt cni |
|
|
|
|
|
|
|
aku tunggu lagi 2 hari. klu xelok jugak nie kena cek darah. semlm naik dkt 40 darjah celsius dh |
|
|
|
|
|
|
|
demam nih dia attack hari 1 2
then dia diam je
ingat dah sembuh
modus operandi dia
dia attack tahap gaban
hari 3/4
jaga2
jgn tertipu
petanda demam nih sembuh..
bila ruam2 dah kuar
lagi satu, katanya virus chikungunya nih
dok ada dalam badan kita selama 6 bulan, baru sembuh sepenuh nye
oh ye...memula kita demam kan
then kita elok
dan tak mustahil kita akan dapat sakit sendii2 tu
semula
dia attack lutut (orang2 dewasa laaa)
budak2 jarang kena balik...yelah...antibodi dorang lagi kuat dari orng tua |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|