CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16634|Reply: 32

Kisah keluarga 'pocong' di Kota Tinggi

[Copy link]
Post time 1-2-2009 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga 'pocong' gemparkan penduduk Tembioh

SEORANG penduduk, SapianMohd. Yusof menunjukkan tempat 'pocong' ditemui di tebing Sungai Johordi Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor, semalam.

KOTA TINGGI 31 Jan. - Penduduk Kampung Tembioh di sini digemparkandengan kejadian aneh dan menyeramkan ekoran penemuan lima objekmenyerupai 'pocong' yang terdampar di tebing Sungai Johor, malamkelmarin.

Dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd. Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail,17, yang sedang menjala ikan di Sungai berkenaan kira-kira pukul 7malam terkejut apabila terlihat objek yang menyerupai pocong yangtiba-tiba timbul di permukaan air di tebing tidak jauh daripada mereka.

Mohd. Izzuddin berkata, memang menjadi kebiasaan apabila ada masaterluang, dia dan Mohd. Razif sering menjala ikan di sungai itu tetapibelum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.

"Kami mula menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba ditebing berhadapan dengan dewan badminton di sini, tiba-tiba sayaterhidu bau yang agak wangi seakan-akan bunga kemboja atau kapur barustetapi tidak mengendahkannya.


"Sedang kami asyik menjala, entah dari mana tiba-tiba benda itumuncul dan timbul dari dasar sungai betul-betul di sebelah kanan saya.Saya dan Mohd. Razif tergamam seketika dan bergegas naik ke daratekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu," katanya ketika ditemuidi sini semalam.

Katanya, dia kemudian menceritakan kejadian itu kepada rakan-rakanyang lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empatlagi objek yang serupa tidak jauh dari tempat 'pocong' pertama timbul.

Menurutnya, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikapankan dengan kain putih.
Saiz setiap 'pocong' agak berbeza dan bagaikan seperti sebuahkeluarga kerana dua daripadanya seperti orang dewasa, manakala tigalagi seperti kanak-kanak," katanya.

Berikutan penemuan aneh itu, penduduk kampung kemudian melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.

Mingguan Malaysia dimaklumkan, seorang penduduk, Meran Nor Hamil,24, telah memberanikan diri membuka salah satu daripada 'pocong'tersebut.

Dia memberitahu terdapat satu bungkusan plastik hitam di dalam bungkusan 'pocong' berkenaan tetapi tidak berani membukanya.


Di bahagian tengah 'pocong' itu terdapat seketul batu seperti batu nisan dibaluti dengan kapas dan berbau kapur barus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2009 03:27 PM | Show all posts
ada ke sesapa orang kota tinggi / kampung tembioh kat sini?

buleh laa share citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 03:28 PM | Show all posts
Penduduk gempar dengan penemuan 'pocong'

Oleh FARIK SALLEH




PENDUDUK kampung cuba membuka kain putih yang membalut salah satu 憄ocong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 03:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 03:29 PM | Show all posts
Ada kaitan sihir 'bungkem'





KOTA TINGGI - Penemuan lima 'pocong' di tebing Sungai Johor di Kampung Tembioh di sini kelmarin, bukan saja menggemparkan penduduk malah menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kegiatan sihir yang dikenali sebagai 'bungkem'.

Seorang penduduk, Juffri Juraimee, 55, mendakwa, kemunculan lima objek yang menyerupai 'pocong' itu berkemungkinan bertujuan untuk menyihir seseorang.

"Menurut orang-orang tua, mangsa yang disihir atau 'bungkem' biasanya akan merana sehingga boleh membawa kepada kematian.

"Namun, ilmu tersebut tidak akan menjadi sekiranya objek yang digunakan untuk menyihir seseorang itu dijumpai orang lain," katanya ketika ditemui semalam.

Ujar Juffri, penemuan 'pocong' tersebut hingga kini masih menjadi tanda tanya penduduk di situ kerana kejadian seumpama itu adalah yang pertama kali berlaku di situ.

Bagaimanapun, terdapat juga pendapat mengatakan penemuan 'pocong' tersebut merupakan antara aktiviti membuang ancak, saka atau rawatan penyakit secara tradisional.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 03:57 PM | Show all posts
errkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2009 04:07 PM | Show all posts
menakutkan...   mesti ada kaitan nak "buat" org lain nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 04:45 PM | Show all posts
adoi takotnye..
sib baik rumah mak aku jauh dr situ
tapi eiii seramnyee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 05:14 PM | Show all posts
WOOOO..ape maknernyer sumer ni eh>???aku ni mule nk seram nihhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 05:44 PM | Show all posts
ada org main2 kut ni...takkan semudah itu 5 pocong sekali kuar...

pastu nape kene bukak baju nak mengelak dr dikacau?lari silang2 tu camne?cam lari gelecek bola kat cone yg disusun ker
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 07:12 PM | Show all posts
Ishhishhh.. apakah itu... sampai 5 plak tu.. jgnla kes nak buat org.. nauzubillah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2009 10:39 AM | Show all posts
Tolong uruskan 慿eluarga pocong
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 11:05 AM | Show all posts
lor?ada org yg buang?ke saje2 je org2 tu nak takutkn org tp ape plak motifnye ye..erm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2009 11:53 AM | Show all posts
Misteri pocong terbongkar

Oleh FARIK SALLEH
[email protected]




Mohamad (kanan) dan Mad Zamri mengangkat 'pocong' yang ditinggalkan di tebing Sungai Johor di Kampung Tembioh, Kota Tinggi semalam.


OTHMAN

KOTA TINGGI - Tiga ketul batu berwarna kelabu kehitaman seperti batu nisan ditemui dalam bungkusan 'pocong' lima sekeluarga yang menggemparkan penduduk Kampung Tembioh, dekat sini kelmarin.

Selain itu, batu itu diselaputi kapas dan bungkusan plastik hitam serta bau kapur barus yang agak kuat.

Itulah yang ditemui oleh dua penduduk kampung tersebut, Mad Zamri Ademin, 37, dan Mohamad Hussin, 44, setelah memberanikan diri untuk membuka ikatan 'pocong' tersebut semalam.

Kelmarin, penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar Kota Tinggi digemparkan dengan penemuan lima objek menyerupai 'pocong' yang terdampar di tebing Sungai Johor.

Dalam pada itu, penduduk di situ meminta pihak berkenaan tidak membiarkan 'pocong' tersebut terbiar begitu sahaja di sungai tersebut.

Seorang penduduk, Othman Abas, 50, berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya membiarkan keluarga 'pocong' itu berkampung di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku ini bukan sahaja memberi tanggapan tidak baik terhadap masyarakat di sini, malahan penduduk terutamanya wanita dan kanak-kanak mulai takut untuk melalui kawasan berkenaan.

Menurut Othman, setiap hari tidak kira siang atau malam, pinggir sungai di kampung ini menjadi tumpuan orang ramai memancing ikan dan udang galah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:08 PM | Show all posts
seram nya
gler tol yg wat keje ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 01:10 PM | Show all posts
kalau ikutkan,seolah2 mcm utk 2 org dewasa dan 3 org kanak2....jgn lah ada kaitan ilmu sihir terhadap satu keluarga...tak'kan lah kanak2 pun nak jdik mangsa?sedih betul.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2009 07:39 AM | Show all posts
Lima 憄ocong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 10:30 AM | Show all posts
'Keluarga pocong' dibakar

KOTA TINGGI 4 Feb. - Objek misteri berupa 'pocong lima sekeluarga' yang ditemui di Kampung Tembioh Jumaat lalu, dibakar di tanah perkuburan Islam Kampung Makam di sini hari ini.

Objek yang meresahkan penduduk itu dibakar oleh petugas Pejabat Agama Islam Daerah kira-kira pukul 10 pagi.

Petugas pejabat berkenaan, Othman Markan, 39, yang juga pekerja di tanah perkuburan itu berkata, kerja-kerja membakar 'pocong' itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau yang dibantu dua petugas lain memberitahu, walaupun kain kapan dan kapas yang membaluti 'pocong-pocong' itu masih lembap, pembakaran berjalan lancar kerana bahan bakar petrol dan kayu kering turut digunakan.

"Alhamdulillah, tiada kejadian pelik atau gangguan sewaktu menguruskan kerja-kerja mengangkut dan membakar pocong tersebut dan perkara ini dianggap selesai," katanya kepada Utusan Malaysia di tanah perkuburan itu di sini hari ini.

Turut hadir beberapa pegawai Jabatan Kesihatan, Majlis Agama Daerah, ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Makam dan penduduk tempatan.

Jumaat lalu, penduduk Kampung Tembioh, Kota Tinggi di sini digemparkan dengan kejadian aneh dan menyeramkan ekoran penemuan objek misteri berupa 'pocong lima sekeluarga' yang terdampar di tebing Sungai Johor.

Kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikapankan dengan kain putih.

Saiz setiap 'pocong' agak berbeza dan bagaikan seperti sebuah keluarga kerana dua daripadanya seperti orang dewasa, manakala tiga lagi seperti kanak-kanak.

Menurut Othman, beliau dan rakannya akan memastikan tiada benda-benda aneh atau kegiatan khurafat dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab di tanah perkuburan itu selepas pembakaran pocong tersebut.

"Kami akan memastikan tiada benda-benda aneh atau khurafat diletakkan atau ditanam di dalam liang lahad di sini.

"Pernah sebelum ini, saya terjumpa gumpalan tanah yang dibentuk seperti patung manusia berserta jarum yang dikapankan dan diletakkan di dalam liang lahad di sini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 10:41 AM | Show all posts
seramnye la..........

jauhilah bende y kurafat
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 04:35 PM | Show all posts
seram siot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.320123 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list