CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5957|Reply: 11

salji tebal landa barat eropah; update; lagi ribut salji landa europe!!

[Copy link]
Post time 7-2-2009 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 20-12-2009 06:50

Salji tebal landa barat Eropah3 Februari 2009



SEORANG penunggang mengayuh basikal dekat beberapa
buah teksi diselaputi salji di barat London semalam.

LONDON - Jadual penerbangan di Britain dan Perancis terjejas manakala pengguna jalan raya berdepan bahaya selepas barat Eropah diselimuti salji tebal semalam.

London diliputi salji setebal 10 sentimeter iaitu yang terburuk pernah dicatatkan oleh bandar raya berkenaan sejak 18 tahun lalu.

Salji lebat turut mencetuskan huru-hara di beberapa kawasan di Perancis dan Sepanyol manakala tiga orang maut di Itali berikutan cuaca sejuk melampau.

Salji juga dilihat melanda selatan Eropah hingga ke Maghribi.

Di Britain, salji menyebabkan sebuah pesawat milik Cyprus dengan 104 penumpang terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, barat London.


ORANG ramai berjalan meredah salji tebal di Croydon, selatan London semalam.

" Pesawat itu mendarat dengan selamat dan menuju ke terminal apabila tergelincir ke kawasan berumput," kata seorang jurucakap pentadbiran lapangan terbang tersebut.

Beliau memberitahu, para penumpang dipindahkan menggunakan beberapa buah bas ke terminal dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Di Wales, dua pendaki maut di Gunung Snowdon manakala beratus-ratus buah sekolah di negeri itu dan tenggara England ditutup akibat salji tebal.

"Saya tidak pernah melihat salji lebat seperti ini, pengalaman ini amat menyeronokkan. Salji tidak turun di tempat kelahiran saya di Queensland," kata seorang rakyat Australia yang bertugas di Britain, Bree McWilliam. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2009 04:07 PM | Show all posts
Britain rugi berbilion pound4 Februari 2009



PEKEDAI ini menolak timbunan salji di luar kedainya
di Hartley Wintney, Hampshire, England semalam.



LONDON - Ribut salji yang berlaku di Britain sejak kelmarin menyebabkan sektor perniagaannya mengalami kerugian berjumlah berbilion-bilion pound, kata beberapa pakar ekonomi semalam.

Salji setebal 10 sentimeter yang meliputi pusat kewangan Eropah, London melumpuhkan semua laluan udara, kereta api dan jalan raya selain memaksa enam juta pekerja tidak keluar bekerja serta 3,000 sekolah ditutup.

Keadaan itu dibimbangi akan menyebabkan banyak perniagaan di Britain yang sedang bergelut dengan krisis kredit global jatuh muflis.

"Keadaan itu menyukarkan aliran tunai dan menjejaskan keuntungan selain menyebabkan pemilik perniagaan berdepan ancaman muflis," kata Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan, Douglas McWilliams.



SEORANG remaja (kanan) berdiri atas timbunan salji
di Hartley Wintney, Hampshire, England semalam.

Setakat ini, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) melabelkan Britain berada dalam kemelesetan ekonomi yang terburuk di kalangan negara maju.

Persekutuan Perniagaan Kecil Britain iaitu persatuan yang mewakili lebih 200,000 peniaga berkata, satu daripada lima orang tidak dapat bekerja kelmarin dengan menyebabkan golongan majikan mengalami kerugian lebih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 04:10 PM | Show all posts
Britain huru-hara akibat salji


BEBERAPA pesawat komersial tersadai selepas lapangan
terbang Heathrow di London dilitupi salji tebal.



LONDON - Salji lebat mencetuskan huru-hara di serata Britain ketika pihak berkuasa kehabisan garam untuk memastikan jalan raya dapat digunakan lalu lintas.

Jabatan kaji cuaca negara itu meramalkan hujan salji akan melanda selatan England pada pagi ini.

Landasan lapangan terbang di Midlands, Wales Selatan, tenggara England dan Scotland terpaksa ditutup berikutan salji setebal 15 sentimeter meliputi kawasan tersebut sekali gus menyebabkan banyak penerbangan ditangguh atau dibatalkan.

Semua pembedahan hospital, perkhidmatan bas serta kereta api di keempat-empat kawasan itu turut dibatalkan.

Persatuan Automobil Britain menyatakan banyak jalan raya dan lorong negara itu tidak selamat untuk dilalui berikutan pembentukan ais.

"Ditambah dengan ramalan cuaca bahawa salji dan cuaca beku bakal berterusan untuk lima hari lagi, banyak jalan raya akan menjadi perangkap maut," kata persatuan itu.



SALJI tebal menyebabkan gangguan lalu lintas teruk
ke lapangan terbang Luton, London semalam.



Setiausaha Pengangkutan, Geoff Hoon pula berkata, pihak berkuasa tempatan hanya dapat melakukan apa yang termampu berikutan musim sejuk kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 18 tahun.

"Kita tidak dapat membuka setiap jalan di negara ini kerana keadaan cuaca buruk yang serius sejak beberapa hari lalu," katanya di radio.

Katanya, Agensi Lebuh Raya meletakkan 25,000 tan garam di jalan-jalan utama setiap hari manakala para pengilang hanya dapat membekalkan 30,000 tan garam seminggu. - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 04:12 PM | Show all posts
Salji tebal landa Britain


DUA pemuda bermain luncur di Gold Hill, barat daya England semalam.



LONDON - Salji lebat kembali mengkucar-kacirkan sistem pengangkutan di Britain semalam selepas seminggu negara berkenaan lumpuh akibat dilanda salji paling tebal sejak 20 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sehubungan itu, sebuah kawasan di Devon dilaporkan, 200 buah kereta dilitupi salji setinggi 30 sentimeter dan pasukan penyelamat, askar dan polis dikerahkan untuk menyelamat penduduk di situ.

Pada masa yang sama sebanyak 800 buah sekolah ditutup dan kawasan pedalaman telah terputus hubungan dengan dunia luar kerana jalan ke kawasan itu tidak dapat dilalui lagi.

Jurucakap Agensi Lebuh Raya berkata dua jambatan Severn yang menghubungkan selatan Wales turut ditutup demi keselamatan.

Katanya lagi, kebanyakan penerbangan di lapangan terbang Bristol ditunda.

Lapangan Terbang Luton dan Stansted turut terjejas.

Keadaan sama turut berlaku pada sistem perkhidmatan kereta api di Wales dan Yorkshire. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 05:23 PM | Show all posts


comel lak tgk keta2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 06:51 AM | Show all posts
Ribut salji selubungi seluruh Eropah


POLIS membantu pemilik kenderaan yang rosak dalam cuaca sejuk bersalji dekat Brix di Perancis. Salji mula turun sejak kelmarin menyebabkan kelancaran lalu lintas terganggu. - AFP

LONDON 19 Dis. - Eropah hari ini berdepan dengan masalah pengangkutan ketika cuaca sejuk menyelubungi sebahagian benua ini beberapa hari sebelum ketibaan Krismas.

Perkhidmatan kereta api Terowong Channel yang menghubungkan Britain dengan tanah besar Eropah terpaksa ditangguhkan berikutan kerosakan tiga kereta api penumpang Eurostar yang menghalang laluan kedua-dua landasan sehingga penumpang terpaksa dibawa keluar, kata pengendali Eurotunnel kepada pemberita.

Cuaca buruk menjejaskan benua ini dari Britain hingga ke Laut Hitam, dengan salji memenuhi lapangan terbang, jalan raya dan landasan kereta api serta memaksa sekolah ditutup selain masalah bekalan tenaga.

Eurotunnel menyatakan situasi yang berlaku adalah 'tidak dijangka' ketika usaha mengeluarkan penumpang dari terowong bawah laut terpanjang di dunia itu masih diteruskan.

"Setakat ini terowong itu masih ditutup," kata jurucakap tersebut.
Kira-kira 1,300 penumpang dari dua kereta api di satu terowong akan dibawa keluar menggunakan kenderaan dari terowong bersebelahan.

Kereta api ketiga pula dijadualkan untuk ditolak keluar kemudian.

"Ketika ini kami tidak membuat sebarang penentuan masa. Kami berharap semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin" kata jurucakap itu lagi.

Kereta api keempat yang rosak telah ditarik kembali ke London sebelum ini.
"Disebabkan cuaca, salji dan kesejukan luar biasa, kami berdepan dengan masalah besar dengan kereta api kami," jelas seorang jurucakap Eurostar.

Katanya, perbezaan suhu luar yang membeku dengan bahagian dalam terowong yang panas menyebabkan kereta api rosak dan gangguan perkhidmatan akan berterusan sepanjang hari ini.
Di Perancis, salji menyebabkan gangguan di Paris dan penerbangan hanya dapat dilakukan di lapangan terbang Charles de Gaulle dan Orly.

Badan kaji cuaca Perancis memberi amaran, lebih banyak salji dan ais akan meliputi utara negara itu, banjaran Alps dan pulau Corsica di Mediterranean. - AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2009 05:40 PM | Show all posts
sonok main salji tp bile kene landa ribut salji...huu~
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 08:29 PM | Show all posts
eurostar pon terkandas 16 jam...dasyat la..winter mengundang bahaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2009 05:33 PM | Show all posts
Lapangan terbang Frankfurt ditutup sementara kerana cuaca buruk

FRANKFURT: Lapangan terbang Frankfurt, iaitu ketiga paling sibuk di Eropah, ditutup sementara waktu kerana diliputi ais sejak malam semalam hingga hari ini, menyebabkan 3,000 penumpang terkandas.

Seorang jurucakap, berkata pegawai lapangan terbang memutuskan menghentikan penerbangan dan pendaratan sebelum 11 petang waktu tempatan, selepas landasannya bertukar menjadi gelanggang meluncur ais.

Operasi lapangan terbang berkenaan bersambung sebelum jam 3 pagi hari ini, di mana kira-kira 90 penerbangan sedang menunggu untuk diuruskan.

Kepada 2,000 penumpang dibawa ke hotel berdekatan, manakala bakinya terpaksa menghabiskan masa pada waktu malam di terminal lapangan terbang sehingga pesawat dibenarkan berlepas. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2009 07:02 AM | Show all posts
AS, Eropah masih dibelenggu salji

CHICAGO 24 Dis. – Ribut salji buruk menjejaskan perjalanan Krismas di kebanyakan kawasan tengah Amerika Syarikat (AS) apabila hujan yang bertukar menjadi ais dan salji tebal mengakibatkan penerbangan terkandas dan membayahkan pemanduan di jalan raya.

Pat Slattery, jurucakap Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, terdapat ribut kuat bergerak di seluruh bahagian tengah negara, pada dasarnya daripada sempadan Kanada hingga ke Texas dan ia merebak daripada barat Colorado ke Illinois.

Bahagian utara yang dilanda ribut itu dijangka dilitupi salji setebal dua kaki sementara amaran banjir telah dikeluarkan di sepanjang bahagian selatan ribut melanda.

Satu puting beliung juga dikesan berlaku di Texas.

“Kami menyarankan orang ramai jika boleh supaya menangguhkan rancangan perjalanan bagi menjamin keselamatan.

“Ini adalah satu ribut serius,’’ kata Slattery dalam satu wawancara telefon.

Dia dalam pada itu memberi amaran, hujan akan menjadikan pemanduan sangat berbahaya terutamanya pada waktu malam apabila hujan akan berubah menjadi ais dan angin kencang juga boleh mengurangkan had penglihatan.“Jika mereka boleh tunggu untuk beberapa hari, salji tetap ada tetapi ia tidak akan membahayakan lagi,’’ katanya.

Lebih dari 260 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Chicago semalam ekoran keadaan landasan yang dilitupi ais, salji tebal serta hujan beku.

Turut terjejas adalah perkhidmatan kereta api yang tergendala tiga jam di Stesen Penn, New York berikutan masalah bekalan kuasa, menjejaskan perjalanan daripada Air Terjun Niagara ke Washington.

Sementara itu di Eropah, beribu-ribu penumpang tren Eurostar di London yang tidak sabar untuk pulang menyambut Krismas berebut tempat duduk semalam ketika hujan lebat dan cuaca sejuk mencetuskan lebih banyak gangguan pengangkutan di seluruh benua tersebut.

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Britain dan utara Itali malam tadi akibat salji lebat, sementara keadaan landasan lapangan terbang yang licin memaksa lebih banyak penerbangan dibatalkan dengan satu kes pesawat Ryanair tergelincir ke atas rumput di Scotland.

Dua orang yang tidak berumah maut di Denmark, yang mencatatkan suhu serendah -20 darjah Celsius.

Banjir pula menenggelami Venice ketika kombinasi angin, hujan dan fenomena ombak bermusim menyaksikan peningkatan air sebanyak 143 sentimeter, rekod tertinggi tahun ini.

Di London, beribu-ribu penumpang yang terkandas selama tiga hari akibat pembatalan perkhidmatan tren Eurostar, membentuk barisan panjang di Stesen Antarabangsa San Pancras dengan harapan dapat kembali ke tanah besar Eropah.

Berlaku ketegangan tentang siapa perlu diutamakan kerana bilangan tren dikurangkan setelah perkhidmatan disambung semula semalam. – AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2010 01:30 AM | Show all posts

ORANG awam membantu menolak sebuah kereta
di atas jalan yang dilitupi salji di Hartley Wintney,
Hampshire, 64 kilometer ke barat London. Eropah
hari ini dilanda lebih banyak salji dan ais sehingga
mengganggu perjalanan di benua itu. Penurunan
suhu juga menimbulkan kebimbangan mengenai
bekalan tenaga di Britain yang menghadapi musim
dingin paling buruk dalam tempoh beberapa dekad
ketika bekalan gas ke hampir 100 firma dipotong
bagi mengelak krisis. - Foto AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2010 07:33 AM | Show all posts
Salji tebal semakin buruk


SALJI tebal jelas kelihatan di sekitar Parlimen British di tengah London, kelmarin yang dikhuatiri akan mengakibatkan masalah pengangkutan kepada rakyatnya. - REUTERS

LONDON 8 Jan. - Salji tebal dan ais yang menyelubungi Eropah hari ini dibimbangi akan menimbulkan masalah perjalanan penduduk di seluruh benua itu.

Britain mengalami malam musim sejuk yang kritikal dengan suhu dijangka akan terus menurun sehingga 18 darjah Celcius di bawah paras beku.
Cuaca sejuk yang teruk itu dibimbangi akan menyebabkan Britain mengalami masalah kekurangan bekalan tenaga.

Gerabak kereta api Eurostar yang terperangkap di dalam sebuah terowong landasan kereta api sekali lagi menghantui jadual perjalanan kereta api yang menghubungkan Perancis, Britain dan Belgium itu.

Sementara itu, di Lapangan Terbang Orly, selatan Perancis, perjalanan beberapa kapal terbang ditangguhkan malah ada juga yang dibatalkan.

Dalam pada itu, di Britain, syarikat penerbangan Easyjet telah membatalkan kira-kira 80 penerbangan akibat cuaca buruk yang melanda manakala British Airways pula mendakwa mereka terpaksa menangguhkan perjalanan beberapa kapal terbang dan ada juga yang dibatalkan.

Semalam, Norway dilaporkan sebagai negara yang paling sejuk dengan mencatatkan suhu 15 darjah Celcius di bawah peras beku hingga 40 darjah Celcius di bawah paras beku.

Di Ireland, cuaca buruk yang melanda ini tidak pernah berlaku sejak 50 tahun lalu dengan peramal cuaca memberi amaran cuaca ini mungkin tidak akan berhenti dalam masa enam hingga tujuh hari ini.

Sehubungan itu, ratusan sekolah di Britain dan Ireland terpaksa ditutup sekali gus memberi cuti panjang kepada pelajar sekolah yang bercuti sejak Krismas lalu. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.268066 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list