View: 4388|Reply: 5
|
zoo terengganu (bukit takal) ; ada rimau putih, cenderawasih
[Copy link]
|
|
Zoo Terengganu dibuka bulan depan
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan membuka zoo pertamanya di Bukit Takal, Kemaman, akhir bulan depan dan bakal menjadi yang terbesar di Pantai Timur.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata zoo yang terletak di kawasan seluas 54 hektar bersempadan dengan kawasan kunang-kunang yang terkenal di Kampung Yak Yah, akan mempamerkan sekurang-kurangnya 100 spesis haiwan apabila dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.
揃eberapa spesis haiwan seperti burung unta, merak, beruang, landak, burung helang, kucing hutan, rusa dan ular sedang dikuarantin untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru di kawasan zoo itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
ok laa tu ada zoo kat area kemaman..sure anak2 aku suka g tgk haiwan2 liar ni..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
rimau albino je.. |
|
|
|
|
|
|
|
asik2 kat kg MB saje..ni sejarah Wan Mohtar berulang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ala dah tengok rimau putih dah...
kat tv. |
|
|
|
|
|
|
|
RM40 Juta Bangunkan Zoo Bukit Takal
SETIU, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu akan memperuntukkan RM40 juta untuk menjadikan Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman yang akan dibuka bulan depan sebagai sebuah zoo sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata peruntukan itu antara lain, akan diguna untuk membeli lebih banyak binatang daripada beberapa negara seperti Afrika, Australia.
"Buat masa ini kita sudah ada beberapa jenis binatang seperti harimau, ular, burung merak, merak hijau yang hampir pupus di negara kita, landak, beruang, burung nuri, kucing hutan dan rusa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran prasarana sukan Sekolah Sukan Terengganu di Sekolah Bukit Nenasi, di sini, Selasa.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang membuka kira-kira 80 hektar lagi tanah bagi memperluaskan kawasan zoo itu yang kini mempunyai keluasan 54 hektar.
" Pada peringkat awal ini, kita menyediakan dua buah bas dari bandar Chukai untuk pengunjung ke mini zoo itu," katanya.
Beliau berkata orang ramai akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM10 seorang bagi orang dewasa, RM5 bagi kanak-kanak dan RM3 untuk pelajar.
aku rasa bayaran masuk tu kira wokeyyy ler tu... bley buat guna bagi natang2 tu makan makanan baguih sket... ekkk
[ Last edited by amazed at 17-2-2009 07:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|