|
F 800 GS sememangnya BMW
Oleh ABD. HALIM HADI
BELUM PUN sempat penulis menghabiskan kesemua enam gear ketika membawa keluar motosikal ini dari pejabat BMW Malaysia di Cyberjaya, sudah terasa satu tarikan kuat yang mempengaruhi tunggangan.
Keserasian kawalan pada hendal, keselesaan posisi kaki, tempat duduk, kuasa enjin dan dentuman ekzos yang garang membuatkan penulis semakin tidak sabar untuk sesi tunggang uji pada keesokkan harinya.
Tunggangan selama 30 minit dari pejabat BMW menuju ke tempat kerja di Cheras melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya terasa begitu singkat.
Apatah lagi kekuatan enjin 85 kuasa kuda dan tujahan kuasa tork yang meronta-ronta tidak membenarkan penulis menguji keupayaan jentera touring itu sebelum benar-benar serasi dengan tunggangannya.
Namun ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Keserasian menunggang F 800 GS (2009) boleh dibaratkan seperti bertemu 'kawan lama'. Jentera baru dalam barisan Motorrad BMW itu bukan hanya membuktikan kuasa malah menjanjikan kepuasan tunggangan yang sebenar.
Sesi tunggang uji sejauh kira-kira 200 kilometer dilakukan bersama dua rakan yang turut menunggang jentera Motorrad BMW iaitu GS 1100 dan GS 650 F melalui pekan Karak, Jelebu, Mancis, Kuala Klawang dan berakhir di Ampang. Sebagai tunggang uji pertama motosikal dua fungsi, pandangan dan nasihat daripada orang lama memang banyak membantu.
Keunggulan profil 'keluarga GS' yang sememangnya diakui berkuasa untuk tunggangan off-road membuatkan timbul keinginan untuk menguji keupayaan pecutan enjin berkuasa 789 cc itu di permukaan jalan raya.
Tindakbalas enjin dan kuasa tork ternyata hebat, pecutan daripada kosong kepada 100 km sejam dicapai dalam tempoh kurang daripada lima saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 200 km sejam.
Keseimbangan tunggangan jentera seberat 178 kilogram itu juga dibina cukup sempurna dengan posisi tempat duduk tinggi dan bukaan hendal lebar yang memberikan kebebasan kawalan dan penampilan yang maskulin.
Pada ketinggian mencecah satu meter, mereka yang sudah biasa dengan ketinggian GS 1100, pasti tiada masalah untuk menunggang F 800 GS. Lagipun, BMW menawarkan dua pilihan tempat duduk dengan ketinggian 880 dan 850 mm.
Kestabilan sistem suspensi menggunakan serapan fork teleskopik terbalik dengan pegas (travel) berukuran 215 milimeter (mm) di bahagian depan membantu kuasa enjin dipindah secara lebih sekata.
Cengkaman tayar Brigdestone bersaiz klasik enduro (90/90-21) dan dimensi (150/70-17) pada tayar belakang juga terbukti berkesan ketika hari hujan.
Keberkesanan sistem anti brek (ABS) yang digunakan pada motosikal ini juga beberapa kali menyelamatkan penulis daripada terbabas. Jika, kebanyakan motosikal lain tidak 'membenarkan' penggunaan brek semasa selekoh, tiada masalah jika anda menunggang F 800 GS. Untuk tunggangan off road, fungsi ABS boleh dimatikan.
Selain prestasi unggul cakera brek berkembar Brembo (30 mm), F 800 GS turut dilengkapi sistem pembrekkan enjin automatik yang berfungsi apabila pemulas minyak dilepaskan.
Fungsi penyejukan cecair enjin empat injap dua silinder pada kembara ini pula disingkatkan dengan rekaan hos pendek dari radiator dengan binaan termostat bersepadu yang membantu menjimatkan bahan bakar.
F 800 GS ditawarkan pada harga RM83,800 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Kunjungi Auto Bavaria Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan Auto Bavaria Pulau Pinang untuk lebih maklumat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo buang box ade ranggi sikit..tp dah super touring kn... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 t0m's post
bro, motor DP ni kena ada side panniers, baru nampak cun...
baru boleh gelar International Rider.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ada optional tank brp liter tak ingat. still tak leh jadi continental crusher. kena bawak jerry can. |
|
|
|
|
|
|
|
baru nampak moto nie beberapa bulan lepas... hmm..not to my liking lah....rasa cam kelakar jer moto nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
|