Edited by maklukpenggoda at 30-11-2024 03:40 PM
Alor Setar: Bencana banjir di negeri ini turut menyebabkan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon ditenggelami air.
Pegawai Khas Media Menteri Besar, Helmi Khalid berkata, ia kesan daripada limpahan Sungai Anak Bukityang terletak di belakang Seri Mentaloon.
"Air melimpah dari sungai di belakang kediaman rasmi sejak awal pagi tadi (hari ini) dan mula memasuki kuarters kediaman kakitangan yang terletak tidak jauh di tepi sungai.
"Paras air kemudiannya terus meningkat hingga memasuki ruang tamu, dapur dan ruang makan kediaman rasmi. Setakat ini paras air di dapur mencecah 0.5 meter," katanya ketika dihubungi di sini, malam semalam.
Helmi berkata, ketika ini Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama keluarganya masih menginap di kediaman dua tingkat itu.
Harian Metro
|