|
Inspirasi jentera F1
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Dengan reka bentuk yang radikal, jentera berprestasi tinggi daripada Renault itu bukanlah sebuah kereta biasa.
SEBAGAI meraikan kejayaan Renault yang menjuarai Formula 1 selama dua tahun berturut-turut, maka tidak hairanlah jika model tersebut diberi nama yang cukup panjang, Renaultsport Megane 230 F1 Team R26.
Jentera yang bernaung di bawah nama Renaultsport Megane sebelum ini sememangnya menawarkan prestasi yang setara dengan pesaingnya seperti Volkswagen Golf GTI dan Peugeot 205 GTI.
Namun, kehadiran model Renault Megane R26 dilihat mahu menyempurnakan lagi misi Renault untuk menghasilkan sebuah kereta terbaik dari aspek pemanduan dan pengendaliannya.
Justeru, inilah versi yang memfokuskan kepada kepuasan setiap pemandu yang dahagakan prestasi sebenar sebuah hot hach. Dibina berdasarkan kerangka model Cup, Renault Megane R26 menampilkan reka bentuk yang bukan konvensional.
GEAR manual enam kelajuan yang cukup mengujakan.
Ia menekankan aspek aerodinamik yang mengambil inspirasi prestasi sebuah jentera F1.
Setelah kunci nipis berwarna hitam dimasukkan ke dalam slotnya, enjin petrolnya akan mengaum sebaik sahaja butang start/stop ditekan. Anda sememangnya memerlukan jarak yang sedikit jauh untuk benar-benar merasai janaan kuasanya sebelum gear ditukar satu persatu.
Keseronokannya susah untuk digambarkan. Natijahnya, amat sukar untuk mematuhi had kelajuan ketika berada di belakang stereng Renault Megane R26.
Kuasa yang mampu dijana oleh unit enjin turbo bersesaran 2.0 liter itu seakan-akan tidak sabar meneroka setiap momen merasai G Force yang membuatkan penumpang yang tidak biasa memandu laju terdiam seketika.
REKAAN bahagian belakang Renault Megane R26 yang
lari daripada reka bentuk konvensional.
Pendek kata, anda boleh merasai kuasa tork yang memberangsangkan pada setiap gear manual enam kelajuannya. Apatah lagi, responsnya boleh anda nikmati sebaik pedal minyak ditekan.
Jadi, biarkan sahaja jarum rpm merangkak ke garisan merah sebelum menukar gear. Lebih menarik, bunyi enjin yang dapat didengar dengan agak jelas dari dalam kokpit, menyedarkan anda ia bukanlah sebuah kereta biasa.
Sterengnya yang cukup responsif membuatkan sesi melayan selekoh dengan Renault Megane R26 satu pengalaman yang mengasyikkan.
Tidak perlu bimbang untuk mengambil selekoh lebih laju daripada biasa kerana jentera itu seakan melekat di atas jalan raya tanpa sedikit pun rasa membuang atau oversteer.
RUANG kabin yang mengekalkan ciri minimalis kenderaan Eropah.
Dinamik pemanduan itu banyak disumbangkan oleh aplikasi limited-slip differential (LSD) yang ada padanya. Ia membolehkan kuasa enjin disalurkan ke setiap rodanya dengan lebih konsisten dan memberikan lebih kuasa cengkaman pada roda hadapan.
Selain itu, LSD berfungsi meningkatkan tahap kestabilan ketika membrek secara keras demi memenuhi ekspektasi tinggi setiap pemandunya.
Jentera itu dapat diperlahan atau berhentikan dengan cemerlang. Terima kasih kepada sistem brek cakera dengan empat pot caliper berjenama Brembo pada roda hadapannya. Sementara roda belakangnya pula dipasang dengan brek cakera bersaiz 300 mm.
Menjadi sebuah kereta berprestasi tinggi, jentera hitam dengan stiker kotak-kotak berwarna kelabu di bahagian pintu, bumper hadapan, belakang dan bumbungnya tidak berkompromi terhadap keselesaan penumpangnya.
Sistem suspensi jenis double axis yang dipasang pada roda hadapan dan suspensi torsion beam (roda belakang) dapat menyerap segala ketidaksempurnaan permukaan jalan raya dengan sempurna.
Tetap mengekalkan konsep minimalis, Renault Megane R26 dilatari dengan warna hitam pada hampir setiap inci ruang kokpitnya. Cuma konsol tengah yang menempatkan unit audio dan butang kawalan pendingin hawa dengan paparan digital itu berwarna kelabu.
Stereng dan tombol gearnya pula dibalut dengan kulit berkualiti tinggi, di samping jahitan benang berwarna merah dan putih. Sama seperti varian Megane yang lain, model itu mengaplikasikan brek tangan yang lebar seakan-akan brek yang boleh dilihat dalam pesawat.
Tempat duduk Recaro yang disalut dengan kulit berwarna hitam itu pasti akan cukup selesa sepanjang perjalanan. Malah, posisi stereng dan ergonomik ruang kabinnya membuatkan setiap pemandu berasa yakin ketika mengendalikan Renault Megane R26.
Jentera hebat itu dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pihak TC Euro Cars yang merupakan anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad.
Didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu hitam, kuning, putih dan biru, ia ditawarkan pada harga RM229,988 seunit (tanpa insurans).
wowzieeeeeee mmg cantik dan sporty tul renault megane nih..... kat amerikana nih.. renault popular ler gak... walaupun yg ramai pandu rasanye kat france ajer... tapi..mmg cun megane ni.. harga dia kalu nak compare ngan sporty keta yang lain.. kira wokey gak ler tu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
pakai 2 tahun.... bila nak tolak jadi rm80k saja......
sedih ........... tax punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
kalau suh pilih golf r32 ngan r26 ni... aku pilih yg ni .....
yg benar
-peminat renault- |
|
|
|
|
|
|
|
lambatnya nak kaya... |
|
|
|
|
|
|
|
manthorpsss........tp tu la..nilai kete cepat flop arrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 amazed's post
haram tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
penah bawak (bukan versi ni punye) masa nak bawak reporter dr malaysia buat liputan kt Spain.. kualiti dalaman lebih kurang proton gak..... kete kecik, so dalam pun kecik gak, so tak de yg special ape2 pun, tp klu versi sport ni may be power lg kot |
|
|
|
|
|
|
|
Megane R26 慴erkuasa raksasa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mycos79 at 21-2-2009 08:18 PM
haram tuh..
tapi beli diam diam ajer ler.... wokeyyy :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Inspirasi jentera F1
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Dengan reka bentuk yang radikal, jentera berprestasi tinggi daripada Renault itu bukanlah sebuah kereta biasa.
SEBAGAI meraikan kejayaan Renault yang menjuarai Formula 1 selama dua tahun berturut-turut, maka tidak hairanlah jika model tersebut diberi nama yang cukup panjang, Renaultsport Megane 230 F1 Team R26.
Jentera yang bernaung di bawah nama Renaultsport Megane sebelum ini sememangnya menawarkan prestasi yang setara dengan pesaingnya seperti Volkswagen Golf GTI dan Peugeot 205 GTI.
Namun, kehadiran model Renault Megane R26 dilihat mahu menyempurnakan lagi misi Renault untuk menghasilkan sebuah kereta terbaik dari aspek pemanduan dan pengendaliannya.
Justeru, inilah versi yang memfokuskan kepada kepuasan setiap pemandu yang dahagakan prestasi sebenar sebuah hot hach. Dibina berdasarkan kerangka model Cup, Renault Megane R26 menampilkan reka bentuk yang bukan konvensional.
GEAR manual enam kelajuan yang cukup mengujakan.
Ia menekankan aspek aerodinamik yang mengambil inspirasi prestasi sebuah jentera F1.
Setelah kunci nipis berwarna hitam dimasukkan ke dalam slotnya, enjin petrolnya akan mengaum sebaik sahaja butang start/stop ditekan. Anda sememangnya memerlukan jarak yang sedikit jauh untuk benar-benar merasai janaan kuasanya sebelum gear ditukar satu persatu.
Keseronokannya susah untuk digambarkan. Natijahnya, amat sukar untuk mematuhi had kelajuan ketika berada di belakang stereng Renault Megane R26.
Kuasa yang mampu dijana oleh unit enjin turbo bersesaran 2.0 liter itu seakan-akan tidak sabar meneroka setiap momen merasai G Force yang membuatkan penumpang yang tidak biasa memandu laju terdiam seketika.
REKAAN bahagian belakang Renault Megane R26 yang
lari daripada reka bentuk konvensional.
Pendek kata, anda boleh merasai kuasa tork yang memberangsangkan pada setiap gear manual enam kelajuannya. Apatah lagi, responsnya boleh anda nikmati sebaik pedal minyak ditekan.
Jadi, biarkan sahaja jarum rpm merangkak ke garisan merah sebelum menukar gear. Lebih menarik, bunyi enjin yang dapat didengar dengan agak jelas dari dalam kokpit, menyedarkan anda ia bukanlah sebuah kereta biasa.
Sterengnya yang cukup responsif membuatkan sesi melayan selekoh dengan Renault Megane R26 satu pengalaman yang mengasyikkan.
Tidak perlu bimbang untuk mengambil selekoh lebih laju daripada biasa kerana jentera itu seakan melekat di atas jalan raya tanpa sedikit pun rasa membuang atau oversteer.
RUANG kabin yang mengekalkan ciri minimalis kenderaan Eropah.
Dinamik pemanduan itu banyak disumbangkan oleh aplikasi limited-slip differential (LSD) yang ada padanya. Ia membolehkan kuasa enjin disalurkan ke setiap rodanya dengan lebih konsisten dan memberikan lebih kuasa cengkaman pada roda hadapan.
Selain itu, LSD berfungsi meningkatkan tahap kestabilan ketika membrek secara keras demi memenuhi ekspektasi tinggi setiap pemandunya.
Jentera itu dapat diperlahan atau berhentikan dengan cemerlang. Terima kasih kepada sistem brek cakera dengan empat pot caliper berjenama Brembo pada roda hadapannya. Sementara roda belakangnya pula dipasang dengan brek cakera bersaiz 300 mm.
Menjadi sebuah kereta berprestasi tinggi, jentera hitam dengan stiker kotak-kotak berwarna kelabu di bahagian pintu, bumper hadapan, belakang dan bumbungnya tidak berkompromi terhadap keselesaan penumpangnya.
Sistem suspensi jenis double axis yang dipasang pada roda hadapan dan suspensi torsion beam (roda belakang) dapat menyerap segala ketidaksempurnaan permukaan jalan raya dengan sempurna.
Tetap mengekalkan konsep minimalis, Renault Megane R26 dilatari dengan warna hitam pada hampir setiap inci ruang kokpitnya. Cuma konsol tengah yang menempatkan unit audio dan butang kawalan pendingin hawa dengan paparan digital itu berwarna kelabu.
Stereng dan tombol gearnya pula dibalut dengan kulit berkualiti tinggi, di samping jahitan benang berwarna merah dan putih. Sama seperti varian Megane yang lain, model itu mengaplikasikan brek tangan yang lebar seakan-akan brek yang boleh dilihat dalam pesawat.
Tempat duduk Recaro yang disalut dengan kulit berwarna hitam itu pasti akan cukup selesa sepanjang perjalanan. Malah, posisi stereng dan ergonomik ruang kabinnya membuatkan setiap pemandu berasa yakin ketika mengendalikan Renault Megane R26.
Jentera hebat itu dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pihak TC Euro Cars yang merupakan anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad.
Didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu hitam, kuning, putih dan biru, ia ditawarkan pada harga RM229,988 seunit (tanpa insurans). |
|
|
|
|
|
|
|
pd aku slogan F1 tu cuma marketing gimmic je .... sbb nak cover up kehodohan keta tu.
mmg enjin tu power, tp interior design tak setaraf dgn F1 ... cth ..
- gear manual je ... kalu F1 guna auto + paddle shift
- design stering hodoh & takde paddle shift
- desgn handbrek pun dah jadik mcm kapal terbang plak ....
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg mantOPSsss kete ni...
tp maket kete2 conti mmg deppreciate gile dri kete2 japs! |
|
|
|
|
|
|
|
Rasai kehebatan F1 dengan Megane R26
Oleh Mohd Razlan Salleh
MELIHAT sudut luaran, pasti ramai menganggap model perdana siri Megane ini sekadar jentera 'biasa-biasa', tetapi apabila mengambil kira kuasa terlindung di bonet hadapannya, kenderaan buatan Perancis itu ternyata sebuah kereta luar biasa.
Renault Megane F1 Team R26 atau Megane R26 adalah sebuah jentera yang dilahirkan sempena kejayaan Pasukan ING-Renault F1 Team menjuarai kategori pengeluar perlumbaan F1 pada tahun 2005/06.
Malah, nama R26 diambil selepas kejayaan jentera Renault F1 R25 yang ketika itu dipandu Fernando Alonso menewaskan pasukan lain dalam perlumbaan berkenaan.
Berbalik kepada Megane R26, jentera kategori hatchback dua pintu ini jarang kelihatan di jalan raya negara ini berbanding digilai di Eropah disebabkan kuasa enjinnya yang mengagumkan.
Megane R26 dicipta khusus untuk peminat jentera Renault merasai kehebatan memandu jentera F1, tetapi diolah cemerlang jurutera Renault Sport Technologies di Dieppe, Perancis menjadikannya kenderaan jalanan berkuasa tinggi.
Walaupun ciri luarannya kelihatan agak pelik dengan rekaan 'ekor itik' pada bahagian belakang, grafik unik ala perlumbaan pada bampar, pintu dan bumbung menjadikannya tampak garang di jalan raya.
Dilengkapi lampu projektor berteknologi HID pada bahagian hadapan, model terpantas ini menawarkan pandangan jelas ketika pemanduan malam.
Rim aloi 'Anthracite' bersaiz 18 inci dan brek Brembo yang terkenal dengan angkup berwarna merah terang menjadikannya jentera yang perlu dihormati pesaing lain.
Ruang dalaman lebih ringkas, tetapi dipadankan dengan bahan berkualiti tinggi dan hanya boleh didapati pada jentera lumba.
Antaranya kerusi 'bucket' Recaro khas selain papan pemuka tersusun kemas serta tombol brek tangan seperti gear sebuah pesawat.
Dibawah brek tangan, plak tertulis 'F1 World Champions FIA 2005-2006' berserta nombor siri menjadikannya lebih eksklusif.
Sebaik enjin dihidupkan, pemandu pasti terpesona dengan deruman ekzos yang menyamai sebuah jentera F1 tetapi lebih senyap dan padat.
Kepadatan bunyi berkenaan datangnya daripada enjin berkuasa 2.0 L empat silinder Twin-Scroll Turbo yang membezakannya dengan jentera bertaraf 'perlumbaan' lain.
Sebaik pedal minyak ditekan, daya tujahannya membuatkan penulis terpaksa memegang erat stereng berikutan kuasa dihamburkan setinggi 310Nm memukau.
Walaupun Megane R26 mengambil masa 6.5 saat untuk bergerak dari kedudukan pegun ke 100 km/j, ia cukup membuatkan penulis puas, terutama ketika mendengar ngauman ekzos yang padat.
Jentera ini dibekalkan dengan transmisi enam kelajuan manual dan tidak hairanlah ia mampu memecut sehingga ke kelajuan paling maksimum.
Dari segi pengendalian, Megane R26 memang antara terbaik kerana dibekalkan dengan sistem 'damper' dan teknologi aerodinamik daripada kejuruteraan F1 serta dilengkapi LSD.
Walaupun suspensi ditala untuk perlumbaan, ketelitian teknologi menjadikan Megane R26 selesa di jalan raya.
Bagi mengimbangi kelajuannya, ia dibekalkan dengan sistem brek 'Brembo 4 Pot Front Callipers' untuk daya pemberhentian yang cepat, enam beg udara, ABS, EBD, ESP, CSV dan ASR.
Kesimpulannya, jika mahu memiliki kenderaan pantas, Megane R26 pasti sukar ditewaskan. Ia umpama memandu jentera F1 di jalan raya.
>SPESIFIKASI
Megane F1 Team R26
Enjin: 1,998cc Empat Silinder Twin-Scroll Turbo
Kuasa Maksimum: 230hp pada 5,500rpm
Tork Maksimum: 310Nm pada 3,000rpm
Transmisi: Manual Enam kelajuan dengan LSD
Harga: RM236,177.90 (termasuk insurans).
Tayar dicadangkan: ContiSportContact 2 235/40 ZR18 95Y |
|
|
|
|
|
|
| |
|